Ingin Menulis?

Ingin Menulis?

Anda berminat untuk menulis dan mendapatkan buku-buku sebagai hadiah / honorarium?

Sekiranya anda berminat, Bukuria ingin menyarankan anda menyumbangkan hasil tulisan anda di laman web ini.

Bukuria berminat untuk membantu para penulis amatur yang ingin menyatakan idea dan menulis di sini. Penulis yang telah berpengalaman apatah lagi, terlalu dialu-alukan.

Antara ruangan yang menanti sumbangan anda adalah:

  1. Artikel Bukuria: Sebarang artikel yang menyentuh dunia buku dan perpustakaan, terutamanya di Malaysia.
  2. Karya Terjemahan: Bagi sesiapa yang berminat untuk menterjemahkan hasil penulisan daripada bahasa lain terutama menterjemah buku [boleh dikirim ke Bukuria secara beransur-ansur].
  3. Ulasan Buku: Ulasan buku-buku yang pernah dibaca terutama buku-buku yang terbit pada tahun 2000 ke atas. [Tambahan: Ia haruslah ulasan yang belum pernah anda siarkan di blog sendiri atau di mana-mana laman lain, atau jika telah disiarkan harus sekurang-kurangnya 50% ditambah atau dibaiki daripada yang asal. Sebarang ciplakan ulasan orang lain akan ditolak atau dihapuskan daripada Bukuria sekiranya ditemui di laman / blog lain]
  4. Buku dan Hidup: Kisah tentang bagaimana buku telah mengubah, mempengaruhi atau mencorakkan kehidupan anda.
  5. Baca Anakku Baca: Kisah tentang anak anda, jenis buku yang disukainya serta tabiat membacanya. Digalakkan menyertakan gambar anak sedang terlibat dengan aktiviti membaca.
  6. Khabar dari Desa: Kisah daripada mana-mana perpustakaan desa di segenap pelusuk Malaysia.
  7. Dari Meja Pustakawan: Kisah yang menyorot kerjaya kepustakawanan tidak kira di perpustakaan akademik, awam atau khusus.
  8. Kaki Buku vs Kaki….: Kisah mencuit hati, mengusik emosi dan lain-lain melibatkan pertembungan antara orang yang suka membaca dan dengan yang kurang gemar / peduli hal buku dan membaca.
  9. Buku di Rantau Orang: Kisah berkaitan dunia perbukuan di rantau orang.
  10. Tinjau-tinjau Dunia Buku: Sebarang artikel mengenai blog buku, aktiviti buku yang dihadiri, kedai buku yang disukai dan seumpamanya.
  11. Tinjau-tinjau Dunia Perpustakaan: Sebarang artikel mengenai perpustakaan anda, aktiviti perpustakaan yang telah diadakan, perpustakaan yang anda sukai dan seumpamanya.
  12. Tinjau-tinjau Tokoh Buku: Hasil wawancara atau biografi yang dihasilkan mengenai seseorang yang anda rasakan layak diangkat sebagai tokoh buku.
  13. Tinjau-tinjau Tokoh Perpustakaan: Hasil wawancara atau biografi yang dihasilkan mengenai seseorang yang anda rasakan layak diangkat sebagai tokoh perpustakaan.

Sila hantarkan hasil penulisan anda ke Bukuria, dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan e-mel.

Kirimkan melalui e-mel ke editorial@bukuria-malaysia.com.

Untuk pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi 017-9379132.

Baca juga tentang Skim Bukuria di bawah untuk lebih memahami konsep penerimaan karya dan honorarium di Bukuria.

Penerangan skim

Skim penulisan dan kewangan di Bukuria direka untuk membantu para peminat buku memiliki buku daripada wang hasil pengiklanan laman webnya. Bertitik tolak dari prinsip membina laman web yang unik dan sentiasa dikemaskini tentang dunia buku dan perpustakaan di Malaysia daripada bahan yang disumbangkan orang ramai, laman ini bercita-cita untuk memberikan maklumat terbaik kepada para pengunjung.

Apabila sesebuah laman telah berjaya menarik minat pengunjung, dengan sendirinya para pengiklan di luar sana akan tertarik untuk meletakkan iklan. Hasil kewangan daripada iklan tersebut akan diasingkan 20% sahaja daripada setiap ringgit untuk pengendali Bukuria dan selebihnya adalah untuk para penyumbang tulisan. Dan kenyataan kewangan Bukuria akan dibuka untuk diakses oleh sesiapa sahaja (di bawah).

Walau bagaimanapun, bukan wang tunai yang akan diberikan kepada para penulis yang menyumbangkan tulisan, tetapi wang itu akan ditukar nilai dalam bentuk buku. Yang istimewa, para penyumbang dibenarkan memilih tajuk buku yang mereka inginkan daripada kedai-kedai buku maya Malaysia. Tetapi buku yang dipilih haruslah buku dalam bahasa Melayu atau sekiranya berbahasa Inggeris, mestilah yang diterbitkan di Malaysia.

Bagaimana mahu menyertai skim ini? Hantar tulisan anda dan nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai honorarium buku. Sebaik sahaja Bukuria mendapat wang hasil pengiklanan yang mencukupi untuk buku anda (maksimum RM50 sekali menulis buat masa ini), buku pilihan anda akan diposkan kepada anda. Tunggu apa lagi? Mari menyumbang sesuatu untuk Bukuria.

Lihat juga “Penyata Kewangan” dan “Senarai Honorarium“.