CERITA PILIHAN Blog

2

Cara-cara merangsang minat membaca

Ibu bapa profesional sentiasa merangsang minat membaca. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak, otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah apa sahaja rangsangan yang diterima.

Peluang ini harus digunakan dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran membaca.

Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak.

Namun dalam ghairah merangsang intelektual anak-anak, ibu bapa harus peka kepada keinginan dan minat anak pada waktu itu.

Paksaan dan rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan membebankan anak.

Perpustakaan peribadi seantero dunia 0

Perpustakaan peribadi seantero dunia

Kata Henry Ward Beecher, buku-buku adalah keperluan hidup, bukannya suatu kemewahan untuk segelintir orang. Oleh sebab itu, menjadi tugas insan untuk memiliki buku-buku. Sudah tentu ada pro dan kontra dalam kata-katanya, termasuk halangan ekonomi terutamanya di negara-negara membangun.

Namun ketinggian nilai buku yang menyampaikan ilmu ke tangan para pencintanya ternyata tidak dapat disangkal lagi. Inilah yang mendorong ramai orang untuk memiliki koleksi buku masing-masing, tidak kira dalam jumlah yang besar atau kecil.

Buku-buku itu akan disimpan serapi dan seindah mungkin di sudut tertentu rumah atau dalam sebuah perpustakaan peribadi, malah ada yang menganggap sebuah rumah tidak akan cukup sifatnya sebagai rumah tanpa sebuah perpustakaan.

3

Saya bukan pembaca novel yang baik – A. Ubaidillah Alias

Sukar dipercayai tetapi benar. Itulah dakwaan seorang penulis dua buah novel tanahair – dengan salah satu di antaranya sudah diulang cetak sehingga naskhah ke 6000. Malah beliau mengaku “tidak mampu mengkhatamkan sebuah novel sesiapapun”. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah A Ubaidillah Alias, pengarang novel ‘Warkah CInta Berbau Syurga’. Seorang guru, hafiz dan penceramah bebas yang mula mengukir nama sebagai penulis novel genre cinta Islami. Dengan sasaran untuk menulis 10 buah buku dalam waktu terdekat, beliau boleh dianggap antara pengarang yang sangat prolifik. Kita ikuti wawancara dengan beliau seterusnya yang telah diadakan melalui e-mel baru-baru ini.

Aku suka buku, kau suka kereta…. 2

Aku suka buku, kau suka kereta….

Ada sebuah lagu humor yang selalu membuat saya tersenyum sendiri apabila terkenangkan kisah saya dengan suami dan buku. Walaupun tidak seratus peratus sama dengan apa yang didendangkan oleh lagu, tetapi lagu itu bolehlah diubah suai untuk menggambarkan keadaan kami.

0

Perpustakaan warisan

Pernahkah anda terfikir untuk mengetahui judul-judul buku dalam perpustakaan warisan tokoh-tokoh terkenal, misalnya judul dan jumlah buku dalam perpustakaan Thomas Jefferson atau Ernest Hemingway?

14

Menjelang 2009 / 1430H: analisa senarai baca 2008

Pada setiap penghujung tahun, para pembaca yang serius akan meneliti semula senarai bacaan mereka pada tahun tersebut. Berapa buah buku yang berjaya mereka hadam tahun ini? Terlaksanakah impian pada awal tahun dahulu untuk membaca sekian banyak buku atau sekian judul tertentu?

Nilai buku bagi seorang pencinta 0

Nilai buku bagi seorang pencinta

Entah berapa ramai pembaca di luar sana mempunyai minat terhadap buku secara serius. Seserius perhubungan antara lelaki dan perempuan. Namun, mana mungkin ada persamaan antara keduanya. Ia tetap berbeza dan mempunyai nilai yang tersendiri. Sesetengah individu akan berbeza pandangan tentang hal ini. Apakah buku punya perasaan?

Perkembangan menarik di Shelfari 0

Perkembangan menarik di Shelfari

Sesiapa yang belum pernah membaca tentang Shelfari di ruangan BukuRia sebelum ini, Shelfari merupakan satu rangkaian sosial para peminat buku di mana mereka boleh merekodkan buku-buku yang telah mereka baca, miliki atau rancangan bacaan mereka serta berhubung dengan rakan-rakan buku.

Sejak artikel perbandingan tentang Shelfari, Goodreads dan LibraryThing tersebut ditulis, telah terdapat banyak perkembangan baru di ketiga-tiga perkhidmatan rangkaian sosial buku tersebut.

Repositori manuskrip Melayu Lama 8

Repositori manuskrip Melayu Lama

Para pengkaji manuskrip Melayu lama atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membaca hasil nukilan nenek-moyang kita orang Melayu, mempunyai peluang yang cerah untuk meneliti manuskrip tersebut dalam talian dalam format PDF.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com