CERITA PILIHAN Blog

2

Senarai Sasterawan Negara

Berikut adalah senarai penyandang Anugerah Sasterawan Negara. Anugerah ini dikurniakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf jasa pengarang dalam dunia kesusasteraan tanahair. *  *  *  *  *  *  * Sasterawan Negara 1981 : Kamaludin Muhammad...

Derma buku untuk Dar Nur Az-Zahra’ 5

Derma buku untuk Dar Nur Az-Zahra’

Saya sering mendengar tentang perpustakaan di atas dari semasa ke semasa. Tetapi ceritanya tidak betul-betul saya tahu sehinggalah pagi ini. Selama ini saya tidak pernah cuba ‘menggoogle’ dengan mendalam mengenainya.* Satu kesilapan yang besar...

Ole-ole buku ketika kenduri kahwin 14

Ole-ole buku ketika kenduri kahwin

Sudah jadi kebiasaan, pada setiap kenduri kahwin Melayu pasti ada disediakan sedikit ole-ole kepada tetamu yang hadir untuk dibawa pulang. Gula-gula, bunga telur, sapu tangan, potpourri atau coklat adalah antara yang popular dalam senarai...

2

Apabila A Kadir Jasin memblog

Tajuk buku: Blogger Pengarang: A. Kadir Jasin Penerbit: Berita Publishing Sdn Bhd Terbitan: 2006 Teknologi komputer dan internet sekali lagi memberi peluang kepada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin ke jalan yang betul, seterusnya memberikan...

11

Buku-buku di rumah emak, tanpa ‘pustakawan’

Rumah tempat saya membesar adalah sebuah rumah kayu campur simen di sebuah kampung di pinggir sebuah bandar ‘koboi’. Di halamannya ada pohon rambutan, nangka, jambu air dan pohon bunga kenanga. Di rumah inilah koleksi...

Yayasan Karyawan dan karya-karya agung 2

Yayasan Karyawan dan karya-karya agung

Tidak lama dahulu, saya menulis tentang repositori manuskrip Melayu lama yang dihoskan oleh Universiti Malaya. Manuskrip-manuskrip tersebut ditulis dalam bahasa Jawi lama. Di hujung tulisan itu, saya ada bertanya jika ada mana-mana pihak yang...

1

Oldest Malay manuscript identified in Sumatra

Scholars from around the world gathered in Jakarta in December to attempt translation of a 700-year-old Malay manuscript rediscovered by a Minoa archaeologist and philologist. Assistant Professor of Indonesian Uli Kozok found the 34-page...

Travelog Za’ba: Kembara ke Kedah, Perlis dan Kelantan 0

Travelog Za’ba: Kembara ke Kedah, Perlis dan Kelantan

Tradisi menulis travelog atau catatan kembara adalah cabang kesusasteraan yang tua. Antara yang paling awal direkodkan adalah kisah pengembaraan Marco Polo, seorang pengembara Venetia pada kurun ke-13. Kisah pelayarannya telah diabadikan oleh seorang pengarang bernama Rustichello da Pisa.

Dalam kebudayaan dan kesusasteraan Islam, kita akan menemui karya Ibnu Jubayr, seorang qadhi Andalusia yang mencatat pengembaraannya ke Mekah menunaikan haji, serta kisah pelayaran Ibnu Batutah. Mereka masing-masing hidup dalam kurun ke-13 dan ke-14.

Di alam Melayu pula, seorang pengarang travelog yang sangat dekat kepada kita adalah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, yang lebih kita kenali sebagai Abdullah Munsyi. Catatan kembaranya ke Kelantan dan ke Mekah terhimpun dalam dua buah hikayat iaitu Kisah Pelayaran Abdullah dan Hikayat Abdullah.

Selamat ‘pulang’ SN Arena Wati 0

Selamat ‘pulang’ SN Arena Wati

Negara kita kehilangan seorang lagi sasterawan negara iaitu Arena Wati atau nama asalnya, Muhammad Dahlan Abdul Baing.

Allahyarham telah meninggalkan khazanah kesusasteraan yang kaya untuk ditelaah oleh bangsa Malaysia – termasuk yang berkaitan ilmu kelautan, suatu keistimewaan pada latar belakangnya sebagai seorang pelaut pada zaman muda yang tidak dimiliki oleh pengarang lain.

Jenazah beliau telah disemadikan di Perkuburan Islam Bukit Kiara petang tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya

Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya

Buku lama dalam simpanan saya Sudah lama saya ingin berkongsi isi buku ini dengan sahabat dan pembaca BukuRia, tetapi memikirkan buku ini sudah tiada dalam cetakan dan banyak faktanya dari zaman 70-an, saya urungkan...

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com