Pengiklanan

Kenapa mesti di Bukuria?

Bukuria sedang berusaha sedaya upaya untuk melengkapkan laman ini dengan maklumat terkini tentang dunia buku dan perpustakaan yang akan menjadi rujukan ramai. Di Bukuria, kami berazam untuk mencapai bilangan pengunjung sekurang-kurangnya 200 orang sehari pada penghujung tahun 2008.

Selain itu, dengan mengiklan di Bukuria anda dapat membantu industri buku negara kerana wang yang akan diperolehi bakal dilaburkan semula ke industri tersebut. Hanya sebahagian kecil akan digunakan untuk penyelenggaraan laman dan habuan kepada pengendalinya. Sila baca selanjutnya di “Skim Bukuria“.

Kadar Kunjungan di Bukuria

Selepas dua bulan diuruskan secara serius, Bukuria telah menerima kadar pengunjung yang meningkat 100% setiap bulan. Kami menjangkakan (dan sedang mengusahakan) kunjungan yang lebih ramai secara berterusan.

Februari: 1-10 kunjungan sehari
Mac: Dormant (dalam proses penjenamaan semula)
April: 10-20 kunjungan sehari
Mei: 30-50 kunjungan sehari

Jenis-jenis iklan di Bukuria

Buat masa ini kami menerima iklan-iklan yang berikut, antaranya:

  1. Iklan banner di sidebar utama berukuran 180 X 73.
  2. Iklan pautan, yang kami gelarkan “Pautan Rakan Bukuria” juga di sidebar utama.

Kadar Bayaran Iklan

Kadar bayaran iklan berbeza mengikut jenis perniagaan:

  1. Kedai buku maya dan kedai buku fizikal: RM50.00 sebulan bagi banner, RM30 bagi pautan.
  2. Iklan perniagaan-perniagaan lain: RM40.00 sebulan bagi banner, RM20 bagi pautan.
  3. Blog berkaitan teknologi maklumat, Internet dan WWW yang menjana pendapatan daripada pengiklanan / ada memaparkan iklan-iklan: RM20.00 sebulan bagi banner, RM10 bagi pautan.

Kenapa kedai-kedai buku dicaj lebih mahal? Ini kerana secara tidak langsung kedai-kedai buku tersebut terutama kedai buku maya akan mendapat pulangan langsung daripada hasil pengiklanan yang akan digunakan untuk membeli buku-buku sebagai honorarium.

Perubahan Kadar Bayaran Iklan

Bukuria berhak membuat sebarang perubahan kepada kadar bayaran iklan ini dari semasa ke semasa. Tetapi menjadi pegangan kami untuk tidak sesekali ‘mencekik darah’.

Cara Bayaran Pengiklanan

Bank: CIMB
No. Akaun: 0303-0069344-52-9
Hantar bukti pembayaran ke: admin@bukuria-malaysia.com
Atau telefon: 017-9379132 / 012-9758307