Peraturan

Menjadi ahli

  1. GandingBaca menerima sesiapa sahaja, tidak kira usia atau latar belakang.
  2. Senang sahaja, daftarkan diri anda di sini. Semuanya percuma! :) . Dengan keahlian ini nanti, anda boleh mencalonkan buku, mengundi dan berdiskusi. Maklumat anda tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga.

Peraturan Umum

  1. Setiap tahun GandingBaca akan menghabiskan 10 buah buku, satu untuk setiap bulan, kecuali bulan Masihi yang melibatkan Ramadhan dan Syawal.
  2. 10 buah buku dibahagikan seperti berikut: 6 buah buku fiksyen dan 4 buah buku bukan fiksyen (termasuk buku agama/memoir/puisi/dll). Sekurang-kurangnya 5 buah buku setahun mesti berbahasa Melayu.
  3. Pencalonan akan dilakukan pada 1-3 haribulan setiap bulan, 4-6 haribulan untuk mengundi, 7-20 haribulan untuk membaca sambil berdiskusi dan 21-30 haribulan untuk diskusi penuh.
  4. Setiap ahli boleh mencalonkan buku yang dirasakan sesuai menurut syarat pencalonan (boleh dibaca di bawah).
  5. Setiap ahli layak mengundi satu kali untuk setiap sesi mengundi.
  6. Pencalon buku yang bukunya terpilih, secara automatik akan menjadi moderator bulanan bagi sesi diskusi bulan tersebut.
  7. Setiap ahli bebas bertanyakan soalan masing-masing ketika diskusi.

Syarat Pencalonan Buku

  1. Buku yang terbit pada tahun terkini dan tahun sebelumnya (Contoh: Pada tahun 2010, buku yang terbit 2010 dan 2009)
  2. Selain buku yang terbit pada dua tahun terakhir, buku-buku yang telah memenangi hadiah tertentu peringkat antarabangsa atau nasional, buku-buku yang telah diberikan komentar yang baik, buku-buku yang telah diangkat sebagai karya agung dan mana-mana buku yang telah dipersetujui bersama oleh ahli GandingBaca.
  3. Bukan buku cinta popular – jangan marah ya peminat-peminat buku cinta, GandingBaca bukan anti, tetapi buku-buku ini memang sudah sedia ramai peminatnya dan kita mahu mencari kelainan.
  4. Buku yang mengetengahkan isu-isu yang dapat dijadikan inti diskusi sesama ahli, contohnya yang mengisahkan mengenai kemiskinan, konflik keluarga, alam sekitar, isu wanita dan seumpamanya.
  5. Hanya buku berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris.
  6. Setiap ahli hanya boleh mencalonkan satu atau dua buku sahaja setiap sesi pencalonan, dan mesti memberi 2 sebab kenapa buku itu layak di GandingBaca. Tanpa memberi dua sebab, dengan sendirinya pencalonan akan ditolak.

Aturan Diskusi

  1. Pertanyaan-pertanyaan seputar buku bulanan boleh diajukan oleh  mana-mana ahli, tetapi moderator GandingBaca dan moderator bulanan harus memainkan peranan utama untuk menghidupkan diskusi.
  2. Tidak boleh mengumpat / menghina peribadi tertentu. Jika ada kisah peribadi yang ingin dikongsikan, nama orang-orang yang terlibat tidak perlu disebut, melainkan melibatkan isu-isu kepentingan awam yang patut diketahui.
  3. Hormat menghormati sesama ahli, walaupun berbeza pendapat, satu ke Timur satu ke Barat.