Pencalonan Mac 2010
March 1, 2010 in Pencalonan Buku by Najibah A. Bakar
Bermula hari ini, 1 Mac 2010 hingga esok, 2 Mac, pencalonan pertama sudah boleh dibuat
Buku bulan ini adalah buku fiksyen dalam bahasa Melayu – dan seperti diketahui syaratnya adalah terbit pada tahun 2009/2010.
Rakan-rakan boleh calonkan nama buku & berikan dua sebab kenapa buku tersebut sesuai untuk dibaca berganding beramai-ramai di sini. Boleh buat pencalonan melalui komen di bawah
– tak sabar rasanya nak tengok buku-buku yang dicalonkan.
Tetapi oleh sebab bilangan rakan-rakan GandingBaca masih kecil, kita buka untuk 3 pencalonan saja. Selepas itu pencalonan akan ditutup, walaupun belum sampai 2 Mac.
Saya akan naikkan poll yang rasmi bila dah ada 3 calon buah buku yang sesuai.
Terima kasih.
Salam,
Buat pencalonan di sini ya kak?
Saya calonkan BEDAR SUKMA BISU oleh FAISAL TEHRANI. Sebabnya 1) saya rasa ramai di antara kita memilki buku ini 2)banyak benda yang boleh diulas di dalam buku ini
Tak ada pencalonan lain nampaknya…. Hmmmm…
Minggu ini sepatutnya kena mula baca buku Badar Sukma Bisu..kan..kan..kan…
Haryati, ya kita sepatutnya mula baca Bedar Sukma Bisu sejak minggu lepas.
Minta maaf kepada semua, termasuk Haryati, sebab saya berperang dengan masa minggu lepas. Ada ahli keluarga terkena denggi dan menginap di rumah beberapa hari sebelum dibawa balik kampung untuk berehat.
Saya harap semua orang belum patah semangat untuk berGandingBaca