Diskusi Bedar Sukma Bisu (Mac 2010)

March 21, 2010 in Diskusi Mac 2010 by Najibah A. Bakar

Forum untuk diskusi Bedar Sukma Bisu sudah disediakan, boleh lihat di bawah ruangan Group. Untuk buat posting di forum, setiap ahli perlu menjadi Group Member terlebih dahulu.

Diskusi kita bebas, tidak semestinya ajukan soalan macam dalam Oprah Winfrey Book Club; boleh juga bincangkan bahagian-bahagian dari buku yang kita kurang faham – boleh sama-sama membantu.

Saya yakin buku Faisal Tehrani banyak falsafah tersembunyi yang boleh kita sama-sama dalami.

Bacaan Mac 2010

March 16, 2010 in Bacaan GandingBaca 2010 by Najibah A. Bakar

Bedar Sukma Bisu, Faisal Tehrani

Maaf kerana moderator telah terlambat mengemaskini bacaan bulan Mac.

Oleh sebab tiada pencalonan lain, jadi buku Bedar Sukma Bisu yang satu-satunya dicalonkan Welma telah terpilih secara automatik.

Harap Welma sudah berjaya dapatkan buku ini untuk dibaca. Tok Mudin pula nampaknya sudah habis buku ini, bila saya intai-intai di Goodreadsnya.

Saya sudah baca buku ini, tapi akan belek semula untuk diskusi nanti.

Selamat membaca bagi yang belum. Bagi yang sudah habis, bolehlah kita mula berdiskusi.

Pencalonan Mac 2010

March 1, 2010 in Pencalonan Buku by Najibah A. Bakar

Bermula hari ini, 1 Mac 2010 hingga esok, 2 Mac, pencalonan pertama sudah boleh dibuat :)

Buku bulan ini adalah buku fiksyen dalam bahasa Melayu – dan seperti diketahui syaratnya adalah terbit pada tahun 2009/2010.

Rakan-rakan boleh calonkan nama buku & berikan dua sebab kenapa buku tersebut sesuai untuk dibaca berganding beramai-ramai di sini. Boleh buat pencalonan melalui komen di bawah :) – tak sabar rasanya nak tengok buku-buku yang dicalonkan.

Tetapi oleh sebab bilangan rakan-rakan GandingBaca masih kecil, kita buka untuk 3 pencalonan saja. Selepas itu pencalonan akan ditutup, walaupun belum sampai 2 Mac.

Saya akan naikkan poll yang rasmi bila dah ada 3 calon buah buku yang sesuai.

Terima kasih.

Mari berGandingBaca

February 18, 2010 in Dari Moderator by Najibah A. Bakar

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Saya sangat teruja dan bersyukur hari ini, kerana impian saya untuk mewujudkan satu kumpulan yang berorientasikan diskusi buku, telah mula nampak bayang-bayangnya. Rasa teruja ini lebih-lebih lagi kerana tidak sabar mahu lihat kumpulan ini berfungsi dengan sempurna nanti.

Sebenarnya kumpulan pembaca seperti GandingBaca tidak asing, tetapi belum wujud secara serius di kalangan pembaca Melayu. Oleh itu GandingBaca ingin mengisi lompong ini dengan mendiskusikan buku-buku yang dibaca secara bergandingan setiap bulan.

Saya yakin membaca menjadi lebih seronok begini. Kita boleh mencari sahabat, mendapat makna yang lebih dalam dari buku-buku. Sesekali boleh pula bertemu untuk aktiviti luar. Saya bayangkan kita boleh adakan Hari Ketupat Cinta: boleh sama-sama memasak satu jenis masakan dari buku Faisal Tehrani tersebut dan berkelah beramai-ramai. Atau boleh juga buat aktiviti berkaitan Kisah Hantu atau Tahyul, selepas baca Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia. Betapa banyak aktiviti yang kita boleh jana hanya dari buku!

Tapi semua ini memerlukan penggerak-penggerak yang sudi bersama-sama GandingBaca. Jika kalian sanggup, mari sama-sama bermula Mac ini. Saya tidak kisah kita bermula dengan hanya 2-3 orang sekalipun, yang paling penting adalah bermula!

Ini adalah misi GandingBaca dan peraturan asas. GandingBaca meraikan dan menghargai sesiapa sahaja menjadi ahli.

“Berganding Baca, Berkongsi Cerita”