Sepanjang membaca dan mengumpul buku, saya telah menyediakan beberapa fail Excel berkait dengan buku, antara yang ingin saya kongsikan di sini:
- Fail MS-Excel untuk merekod jumlah bacaan tahunan [muat turun: Excel 1997-2003 (.xls) / Excel 2007 (.xlsx)
Dalam fail ini kita boleh menyimpan rekod bacaan tahunan dan formula yang telah diisi dalam helaian Excel tersebut akan mengira berapa jumlah buku yang telah dibaca keseluruhan, buku yang telah dibaca mengikut genre, mengikut jantina pengarang, mengikut bahasa dan lain-lain.
Sila muat turun yang berkenaan dan sekiranya ada sebarang cadangan untuk memperbaiki lagi fail ini, boleh hubungi saya melalui ruang komen di bawah. Terima kasih.


