BukuRia 2.0
	<language>en</language>
Bila Allah Menduga Kita
		<description><![CDATA[Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Pengarang: Syed Alwi Al-Atas
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM19.90
Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau [...]]]></description>
Koleksi artikel buku & perpustakaan
		<description><![CDATA[Atas isu-isu hak cipta, saya telah menurunkan semua artikel-artikel akhbar milik persendirian atau milik akhbar yang pernah saya muatkan di BukuRia. Ini kerana ada segelintir pengarang tidak memberi izin harta inteleknya dipaparkan di blog-blog secara berleluasa. Saya mohon maaf kerana selama ini telah memaparkan artikel-artikel berkenaan di sini tanpa izin.
Walau bagaimanapun, artikel buku & perpustakaan [...]]]></description>
Mari meriahkan GandingBaca
		<description><![CDATA[Saya sangat teruja hari ini, kerana impian saya untuk mewujudkan kumpulan pembaca yang berorientasikan diskusi buku, telah mula nampak bayang-bayangnya. Rasa teruja ini lebih-lebih lagi kerana tidak sabar mahu lihat kumpulan ini berfungsi Mac nanti.
Sebenarnya kumpulan seperti ini tidak asing, tetapi saya lihat tidak wujud di kalangan pembaca Melayu. Oleh itu saya ingin cuba mengangkat [...]]]></description>
Malaysia dan Kelab Buku Dalam Talian
		<description><![CDATA[Selalu kita dengar, membaca adalah hobi yang sunyi. Selalu dilakukan sendiri-sendiri. Malah ada persepsi serong yang mengatakan para pencinta buku adalah kera sumbang yang tidak gemar berkawan.
Padahal itu tidak benar. Ulat buku hanyalah orang biasa seperti sesiapa juga, cuma kecintaan terhadap aktiviti membaca sahaja yang lebih tinggi daripada rata-rata orang lain.
Ulat-ulat buku juga menikmati dan [...]]]></description>
Bengkel proses kreatif bersama Kak Min
		<description><![CDATA[Tiada yang lebih nikmat setiap bulan, melainkan bengkel sastera yang kecil, erat, mesra. Malah semuanya percuma. Kopi, kuih, dan makan tengahari.
Itulah kegigihan Dr. Mawar Shafei dan kemurahan hati Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM.
Di situ saya tumpang belajar banyak perkara tentang dunia sastera. Tumpang bersua muka dengan para pengarang, yang selama ini tak [...]]]></description>
Jepun dan Cinta dalam Mekar Sakura
		<description><![CDATA[Coret Dato’ Baha Zain di lembaran Dewan Sastera tahun 1972, audiens sastera kita kurang kritis. Saya rasa saya termasuk dalam kelompok yang kurang kritis itu. Selama ini saya banyak memendam perasaan mahu mengkritik, enggan melukai pemilik karya. Saya tahu, mengarang bukan enteng. Dan siapa pula saya mahu menerjah karya orang sesuka hati.
Tetapi sampai bila saya [...]]]></description>
Hadiah sastera nasional perlu lebih teratur, sempurna
Manuskrip Melayu: sumber maklumat peribumi Melayu
		<description><![CDATA[Buku kecil yang sempat saya baca awal tahun ini, adalah hasil tangan Prof Ding Choo Ming [1][2], seorang penyelidik penting manuskrip Melayu yang kini bertugas di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Isi buku ini merupakan syarahan perdana yang disampaikannya dalam proses mendapat gelar Profesor.
Buku ini memberi gambaran awal dan secara permukaan mengenai bidang kajian [...]]]></description>
Membuang malang buku Melayu
		<description><![CDATA[Rintihan Tuan Ramli Abdul Halim di bahagian Sastera Mingguan Malaysia mengenai nasib malang buku bahasa Melayu sebenarnya sudah terlalu acapkali kita dengar sepanjang masa.
Sebagai seorang pemerhati kecil yang meminati buku terutama buku-buku Melayu, kemudian secara kebetulan terlibat pula dalam hal-hal buku di perpustakaan, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit reaksi.
Menurut penulis, bahasa kita adalah bahasa [...]]]></description>
Dua buku terbaik 2009
		<description><![CDATA[Rasanya belum terlalu lewat untuk bercerita tentang bacaan sepanjang 2009, walaupun tahun baru 2010 sudah menjangkau dua minggu.
Ini juga merupakan sahutan kepada pertanyaan rakan sekelab di Goodreads Malaysia (Mudin) mengenai buku yang telah dibaca pada 2009 dan dianggap terbaik? Jadi, entri ini bukanlah berkenaan buku terbaik yang terbit sepanjang 2009.
Tahun lalu, saya berjaya mengkhatam 37 [...]]]></description>