BukuRia 2.0

Bila Allah Menduga Kita
Kala dugaan itu datang, apakah kita cukup bersedia?

Tajuk: Bila Allah Menduga Kita

Pengarang: Syed Alwi Al-Atas

Penerbit: Mustread Sdn Bhd

Tahun: 2010

Harga: RM19.90

Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau banyak kritik sekalipun.” Ini tugas sukar saya kira, bagaimana mengkritik sebuah buku yang telah dihadiahkan oleh penulisnya sendiri? Bagaimana saya dapat membendung kecenderungan biasa dalam hati manusia untuk terhutang budi pada si pemberi?

Namun Allah mempunyai aturannya sendiri. Buku yang saya tatap beberapa halaman pertamanya ketika waktu rehat 11 haribulan itu, rupanya menjadi bekal yang sangat penting menjelang petang dan malam harinya. Sekitar waktu Asar Khamis itu, saya menerima berita dari kakak sulung. Seorang adik sepupu yang sedang menuntut di UiTM Seri Iskandar, telah ditimpa kemalangan jalan raya dalam perjalanan pulang menyiapkan tugasan akademik dengan rakan-rakannya.

Saya bergegas pulang sebaik sahaja tamat waktu kerja, mencongak sama ada perlu ke Hospital Batu Gajah sebaik tiba di rumah, atau menunggu berita terkini keadaannya dari abang-abangnya yang sedang memandu ke sana. Namun dalam perjalanan, berita yang lebih memedihkan akhirnya tiba. Adik sepupu saya, telah dipanggil pulang oleh Allah. Pada usia 20 tahun.

Malam itu sanak-saudara memenuhi perkarangan bilik mayat Hospital Batu Gajah. Kami tiba saat jenazah sedang dimandikan, sempat turut serta mengafan dan mengucupnya sebelum disembahyangkan. Saya lihat wajah tabah ibu saudara saya, tidak ada air mata melinangi pipinya, dan ucapnya pada saya, dia reda. Saya cuba gambarkan diri di tempatnya, bagaimana kalau yang disembahyangkan itu anak saya, apakah saya bersedia?

Itulah sekilas inti buku Bila Allah Menduga Kita, yang sempat saya baca beberapa halaman, muncul semula dalam fikiran saya di sisi jenazah. Apakah saya bersedia jika dugaan Allah menimpa saya waktu itu, saat itu juga? Dan menurut pengarangnya, tidak ada yang lebih penting saat kita menerima dugaan, tidak kira dugaan nikmat atau kesedihan, melainkan persediaan kita. Ini kerana persediaan kita itulah yang akan menentukan, apakah kehidupan ini akan kita akhiri dengan penuh keimanan kepada Allah, atau sebaliknya, Nauzubillah.

Pada saya, buku yang telah saya khatam ini sebenarnya buku yang serba sederhana. Namun usah cepat bingkas, kerana acapkali, kesederhanaan itulah yang lebih menyentuh dan meninggalkan bekas.

Kesederhanaan pertama yang saya temui pada buku ini adalah dari susunan bab-babnya. Hanya ada tiga bab utama saja dalam buku ini, iaitu  ‘Berprasangka Baiklah Pada Tuhanmu’, ‘Iman Terhadap Takdir’ dan ‘Agar Anda Selalu Menang dan Bahagia’. Di dalam setiap bab ada subbahagian yang merupakan tajuk-tajuk kecil yang saling berturutan dan berkaitan, menyoroti setiap topik dengan santun dan tidak gopoh-gapah, dibumbui pelbagai kisah dari zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah apa yang kita sering hadapi pada masa kini. Di sinilah kesederhanaan itu bagi saya bertukar menjadi istimewa, kerana selitan kisah semasa membawa kedekatan masalah kepada kita, dan tidak meninggalkan kita terawang-awang mengenai peristiwa ratusan tahun lampau semata-mata. Dengan jelas, aplikasi ilmu sudah dinampakkan kepada kita secara bersahaja.

Selain itu, pendekatan pengarang yang menulis dengan bahasa yang sederhana, tetapi mengajak dan sesekali sedikit menggesa pembaca menempatkan diri dalam keadaan tertentu, turut memberi saya kesan. Mungkin ada segelintir yang tidak selesa dengan cara penulisan begini yang dianggap menggurui pembaca, tetapi saya tergolong di kalangan yang tidak kisah. Apatah lagi kalau membaca buku agama. Pada saya, kenapa tidak boleh pengarang itu menggurui saya, kalau ternyata saya memang layak menjadi muridnya? Dan bukankah membeli buku agama karangan sesiapapun, bererti kita telah sudi untuk digurui pengarangnya secara tidak langsung?

Dan benar, Syed Alwi Alatas telah banyak menggurui saya melalui buku ini. Saya rasa saya mampu melihat ujian Allah dengan kaca mata baru setelah menyudahkan bacaan. Saya ingat antara pengulangan yang ditekankan oleh pengarang dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w., “Raihlah apa yang bermanfaat bagimu”, walaupun ketika itu kita sedang bergelumang dengan ujian. Dua kisah dari riwayat hidup Hasan Al-Banna dan Ummu Sulaim, sudah cukup untuk menjentik hati dan meninggalkan kesan.

Betapa juga, pandangan saya tentang beberapa hal yang saya anggap kecil (tetapi hakikatnya besar) mengenai takdir, selama ini terpendam begitu sahaja dan tidak berani saya terokai, ada jawapannya dalam buku ini. Saya ada kisah peribadi yang sangat berkait Bab 2 (Iman Terhadap Takdir). Sewaktu arwah Ayah saya meninggal di Mekah ketika usia saya 15 tahun selepas waktu haji, lima hari sebelum pulang ke Malaysia, saya sangat tertanya-tanya, kenapa doa dan tangisan saya dalam solat hajat setiap malam, sepanjang beberapa puluh hari arwah di sana (kecuali satu hari saya tertinggal), tidak dikabulkan Allah? Adakah kerana satu hari yang tertinggal itu?

Saya tahu, arwah Ayah sangat uzur ketika bertolak, malah doktor mahu membuat pembedahan pintasan jantung sebelum arwah berlepas, tetapi saya sangat tertanya-tanya, kenapa akhirnya arwah tidak dikurnia usia lebih panjang untuk pulang bertemu saya yang telah berdoa dan berdoa? Meskipun saya telah meredai pemergian arwah lama dahulu, tetapi saya selalu mencari jawapan yang memuaskan, yang dapat memberi ketenangan penuh mengenai masalah takdir ini, dan Alhamdulillah, buku ini menemukan saya dengan jawapannya. Ya, sebuah buku yang sederhana, tetapi menjadi sangat bermakna!

Akhirnya saya memahami, ada dua senjata penting dalam menghadapi kehidupan, tidak kira sewaktu dunia saya sedang bergolak, mahupun ketika dunia saya diempuki nikmat, iaitu sabar dan syukur. Saya berharap saya dapat menggunakan kedua-dua senjata ini pada masa sepatutnya dengan rahmat dan kurnia Allah. Penerangan panjang lebar pengarang dalam Bab 3 mengenai dua keperluan penting ini, akan mampu memberi kejelasan dan ruang lingkup baru pengamalannya.

Dirindui, Siti Aminah Hadawiah (20 Februari 1990-11 Februari 2010)

Namun tidak dapat saya nafikan, buku ini mungkin tidak sebermakna seperti yang saya luahkan bagi orang lain, kerana sudut pandang manusia dalam hidup tentulah berbeza-beza. Apatah lagi, buku ini saya baca saat sedang menghadapi dugaan kehilangan, serta desakan pengalaman lampau yang mengesankan jiwa remaja saya 15 tahun lalu. Semua penilaian berbalik kepada diri kita, kerana diri kita semua bukanlah ‘tabula rasa’. Selain itu, mungkin juga pandangan saya yang sangat menyenangkan mengenai buku ini tercipta kerana saya telah terhutang budi menerimanya sebagai hadiah.

Walau bagaimanapun, satu kehampaan yang ingin saya bangkitkan mengenai buku ini, iaitu ayat-ayat Al-Qur’annya hanya ditampilkan dalam bentuk terjemahan sahaja, manakala ayat-ayat yang asli tidak dimasukkan bersama. Penghayatan ayat-ayat Al-Qur’an dalam bentuk asalnya bagi saya adalah penting dalam sesebuah buku agama. Ini sedikit sebanyak mencacatkan, saya kira. Barangkali keputusan pihak penerbit turut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, tahniah dan terima kasih kepada pengarang buku ini, Tuan Syed Alwi Alatas, yang telah sudi memberi saya peluang membaca bukunya dan membuat resensi. Beliau yang berasal dari Indonesia, setahu saya, adalah Ketua Forum Lingkar Pena (cawangan Malaysia) dan telah lama giat menulis, dengan 18 buah buku atas namanya. Beliau juga boleh ditemui di Goodreads.

Koleksi artikel buku & perpustakaan
Atas isu-isu hak cipta, saya telah menurunkan semua artikel-artikel akhbar milik persendirian atau milik akhbar yang pernah saya muatkan di BukuRia. Ini kerana ada segelintir pengarang tidak memberi izin harta inteleknya dipaparkan di blog-blog secara berleluasa. Saya mohon maaf kerana selama ini telah memaparkan artikel-artikel berkenaan di sini tanpa izin.

Walau bagaimanapun, artikel buku & perpustakaan tersebut masih ada dalam simpanan saya secara peribadi, dan akan saya indeks tidak lama lagi. Indeksnya akan saya paparkan di bawah sebagai satu senarai mengikut abjad.

Bagi mereka yang memerlukan artikel-artikel yang saya simpan bagi tujuan penyelidikan berkenaan buku atau perpustakaan, mohon hubungi saya secara peribadi di najibah.abubakar[at]gmail.com.

Terima kasih.

Senarai artikel berkaitan buku & perpustakaan:

“Program tingkatkan pembaca dirancang”, Utusan Malaysia, 12 Mac 2008

Khairusy Syakirin Hasyun Hasyim, “Buku bentuk minda rakyat”, Utusan Malaysia.

Mari meriahkan GandingBaca
Saya sangat teruja hari ini, kerana impian saya untuk mewujudkan kumpulan pembaca yang berorientasikan diskusi buku, telah mula nampak bayang-bayangnya. Rasa teruja ini lebih-lebih lagi kerana tidak sabar mahu lihat kumpulan ini berfungsi Mac nanti.

Sebenarnya kumpulan seperti ini tidak asing, tetapi saya lihat tidak wujud di kalangan pembaca Melayu. Oleh itu saya ingin cuba mengangkat kelab buku dengan konsep ini, untuk mendiskusikan buku-buku yang dibaca secara bergandingan.

Selanjutnya jemput berziarah ke GandingBaca.

Malaysia dan Kelab Buku Dalam Talian
Selalu kita dengar, membaca adalah hobi yang sunyi. Selalu dilakukan sendiri-sendiri. Malah ada persepsi serong yang mengatakan para pencinta buku adalah kera sumbang yang tidak gemar berkawan.

Padahal itu tidak benar. Ulat buku hanyalah orang biasa seperti sesiapa juga, cuma kecintaan terhadap aktiviti membaca sahaja yang lebih tinggi daripada rata-rata orang lain.

Ulat-ulat buku juga menikmati dan menghargai keseronokan berkumpul dengan rakan-rakan, terutamanya para penikmat buku yang dapat bertukar cerita tentang buku-buku yang telah dibaca. Demi mencipta ruang ini, mereka akan menyertai kelab buku atau kumpulan pembaca tertentu.

Menurut sebuah buku berjudul Reading Groups yang mengkaji fenomena kewujudan kelab-kelab buku di negara Barat, kelab buku adalah tidak asing sama sekali, malah wujudnya seiring dengan kewujudan buku.

Seawal penghijrahan dengan jalan laut, telah ada kelompok pembaca di antara oleng gelombang yang saling berbincang isi buku untuk mengisi masa membelah samudera. Atau sewaktu buku masih lagi belum mampu dicetak dalam jumlah besar, ada seorang wanita yang sanggup menyalin karya kegemarannya dengan tangan demi berkongsi cerita dengan jiran yang juga tahu membaca.

Hanya di Malaysia sahaja aktiviti kelab buku boleh dikatakan relatif baru, mungkin kerana tiada pendedahan, ataupun tidak diberi sorotan rasmi. Walau bagaimanapun, pengaruh fenomena ini tetap merebak seiring minat membaca yang kian tinggi, terutama dengan kemunculan beberapa kelab-kelab terbaru dalam talian, termasuk di Facebook.

Di bawah ini adalah senarai beberapa kelab buku dalam talian yang aktif di Malaysia, dinaungi oleh beberapa pihak berbeza:

Bookster Hub – Dinaungi MPH, boleh diakses melalui laman web MPH.

Baca@LRT – Dinaungi PTS, menggunakan Facebook sebagai medium kumpulan. Aktiviti bertumpu di LRT dan stesennya, dengan tujuan menggalakkan rakyat membaca dalam kenderaan awam tersebut.

Goodreads Malaysia – Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat pengguna-pengguna Goodreads. Aktiviti menjurus perbincangan mengenai buku-buku dan dikendalikan oleh para peminat buku. Sekali sekala ada ahli akan memberikan buku percuma ataupun mengadakan pertukaran buku/bookswap. Cabaran-cabaran membaca turut diadakan seperti menghabiskan sasaran 50 buku setahun.

BookCrossing Malaysia – Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat pengguna-pengguna BookCrossing. Aktiviti melibatkan pembebasan buku-buku untuk dimiliki oleh para peminat secara rawak ataupun secara tangan-ke-tangan. Antara kumpulan yang paling lama bertapak di Malaysia.

Kelab Buku Malaysia – Bebas, menggunakan Facebook sebagai medium. Konsep santai dan tidak fokus kepada apa-apa aktiviti khusus.

Kelab Tidur Dengan Buku – Bebas, baru ditubuhkan pada tahun ini tetapi giat merancang aktiviti-aktiviti yang pelbagai. Menggunakan Facebook sebagai medium. Turut serta dalam aktiviti Kelab Baca@LRT dan lain-lain.

Kewujudan kelab-kelab buku di atas nyata telah memeriahkan lagi dunia buku tanah air. Menjadi ulat buku kini tidak lagi bererti menjadi insan terasing dalam dunia sendiri, tetapi menambah luas lagi pengalaman hidup dan persahabatan, merentas minat, kerjaya dan budaya/agama.

Bengkel proses kreatif bersama Kak Min
Tiada yang lebih nikmat setiap bulan, melainkan bengkel sastera yang kecil, erat, mesra. Malah semuanya percuma. Kopi, kuih, dan makan tengahari.

Itulah kegigihan Dr. Mawar Shafei dan kemurahan hati Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM.

Di situ saya tumpang belajar banyak perkara tentang dunia sastera. Tumpang bersua muka dengan para pengarang, yang selama ini tak termimpikan untuk duduk bersebelahan. Dan saling tertawa.

Dan para pengarang, saya dapati mereka orang-orang yang senang berbagi cerita. Bukan hanya di atas kertas.

Hari ini misalnya, kami bersama Kak Min, atau Aminah Mokhtar, yang menulis dengan jiwa, bermodalkan fikiran dan perasaan, mencanai karya-karya emas. Saya terpaku dari slaid pembentangannya yang pertama.

Tiada kepura-puraan. Dia berbahagi kisah. Betapa cita-cita yang tersasar dari mahu menjadi guru, masuk ke dunia jururawat, bukanlah suatu kekalahan, tetapi sebenarnya jalan yang telah dibentang Tuhan.

Dan sesungguhnya para pengarang, saya dapati mereka orang-orang yang punya kekuatan luar biasa. Bukan sekadar dalam watak cereka yang dihidupkan.

Penderitaan dan kekecewaan mereka tukar menjadi bintang gemerlap di angkasa. Kata Kak Min, mutiara itu di dasar laut tempatnya, bukan calang, di dalam tiram disembunyikan Tuhan. Untuk mencapainya dengan tangan, kita harus pandai menyelam.

Dan lagi, para pengarang, saya dapati mereka orang-orang yang bukan berimaginasi kosong. Mereka cuba menghantar pesan kepada yang sanggup menatap karya-karya.

Ketika fikiran dan perasaan mereka bergolak dengan imaginasi, itu adalah rentetan sensitiviti mereka yang tinggi. Ketika ada blok atau besi penghadang di hadapan, mereka tidak diam. Mereka bersuara dengan tulisan. Ada banyak hal yang ingin mereka jeritkan, membangunkan lengah manusia, membetulkan ketidakadilan.

Sejujurnya saya bukan pengikut setia Aminah Mokhtar, atau staff nurse yang lebih merakyat diri dengan panggilan mesranya Kak Min, tetapi hari ini saya telah mendaftar diri di daftar ghaib peminatnya.

Saya percaya dia orang luhur, yang layak menempati tempatnya kini. Malah layak diraikan lebih-lebih lagi oleh para pembaca. Dia menulis dari jiwa. Dengan rasa gerun kepada Sang Pencipta.

Ah! Bengkel kecil itu – di pusat sumber Pusat Pengajian Bahasa; bukan kopi, kuih atau makan tengahari percuma yang menghangatkannya, tetapi kemabukan menulis, cinta yang tidak putus-putus akan susastera, kata-kata indah yang cuba mengubah dunia. Apa adanya.

Jepun dan Cinta dalam Mekar Sakura
Coret Dato’ Baha Zain di lembaran Dewan Sastera tahun 1972, audiens sastera kita kurang kritis. Saya rasa saya termasuk dalam kelompok yang kurang kritis itu. Selama ini saya banyak memendam perasaan mahu mengkritik, enggan melukai pemilik karya. Saya tahu, mengarang bukan enteng. Dan siapa pula saya mahu menerjah karya orang sesuka hati.

Tetapi sampai bila saya mahu jadi audiens 70-an dalam abad 20-an? Sudah sampai masanya untuk saya lebih skeptikal, tidak menerima dan menelan sahaja. Lagipun tidak semestinya kritikan saya melukai; pada saya sendiri, saya ingin dan mahu kritikan untuk terus mengatur gerak lebih ampuh.

Berbalik kepada buku yang baru saya habisi, karya ini telah memenangi Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen baru-baru ini (18 Januari 2010). Buah tangan Ilham Hamdani, berjudul Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Sewaktu melihat tajuknya mula-mula, ada dua perkara dalam fikiran saya: Jepun, dan cinta.

Saya peminat Jepun, pernah tenggelam dalam episod Ninja, Rin Hanekoma, Oshin, Maero Attack dan Chiaki, serta menikmati komik Doraemon, Kenshin Himura Battohsai Legenda dan Chibi Maruko semasa kanak-kanak dan awal remaja. Cinta? Saya juga tiada isu untuk membantah soal cinta, walaupun sejak berkeluarga buku bertema cinta ala remaja sudah tidak masuk pertimbangan beli. Namun untuk mengatakan anti-buku cinta sepenuhnya, saya tidak. Ada banyak juga pernah saya baca ketika muda.

Ada 13 buah cerpen dalam buku ini. Kebanyakannya bernuansa Islam dan dakwah, dan hampir semuanya mengangkat Jepun sebagai latar utama, sesuai dengan simbolik sakura pada judulnya. Hanya 3 buah cerpen sahaja yang memilih latar selain Jepun.

Salah satu cerpen yang tidak berlatar Jepun berjudul Air Mata Seorang Gigolo, mengangkat sesal perasaan seorang bekas gigolo ketika berada di Tanah Suci. Pengarang berjaya menenggelamkan watak dalam kehinaan dosanya, menyiksa bekas gigolo itu sepuas-puasnya sehingga makam-makam ibadat yang diburu manusia, enggan menerimanya.

Cerpen yang dihidupkan di Taman KLCC pula mengisahkan seorang lelaki kurang siuman turun ke kota pada malam tahun baru, mencari si pembuka kota. Di situ dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang penuh rasa ingin tahu, serta seorang lelaki tua yang misteri. Jukstaposisi pencarian lelaki tersebut dan suasana malam tahun baru yang bobrok, berhasil mengangkat kesan dan pesan ke dalam diri pembaca.

Sebuah cerpen lagi yang mengangkat latar bukan ’sakura’, adalah cerpen terakhir dalam buku ini, iaitu Wardah Ain Salsabila, yang mengisahkan pengorbanan seorang isteri membiayai rumah tangga kerana ingin suaminya terus berbakti kepada sebuah sekolah agama yang miskin belanja. Permintaan paling hujung sang isteri, membawa cerita kepada klimaksnya. Walaupun ada bayang-bayang konflik, tetapi pada saya ia belum cukup padu. Permintaan paling hujung itu pula sudah agak klise dalam kisah-kisah cinta kebanyakan.

Sepuluh buah cerpen selebihnya, adalah cerpen-cerpen ’sakura’. Namun sedikit gusar untuk saya nyatakan, meskipun isu yang telah diangkat oleh penulis adalah isu-isu Islam dan dakwah, namun garapannya tidak sebulat yang saya harapkan. Ada yang terlalu rancu dengan hal-hal sampingan yang tidak menjulang konflik utama. Misalnya kisah Kembara Kenangan di Sakura, pertautan antara kenangan puasa di permulaan cerita dengan kenangan di Al-Quds agak kendur oleh segala cerita-cerita kecil di antaranya.

Begitu juga dari segi perwatakan, kerapkali nama watak dan ciri yang sama dihidupkan berulang kali sehingga berasa seperti ia adalah cantuman memoir peribadi, sebuah kenangan indah dan cabaran kehidupan pelajar di Jepun.

Pada akhir pembacaan, banyak antara kisah-kisah di bumi sakura itu tidak dapat saya ingat betul-betul, kerana banyaknya persamaan di antara satu sama lain. Kebanyakan watak adalah gadis atau wanita Jepun, yang pada mulanya tidak berminat kepada Islam, kemudian tertarik dan akhirnya memeluk Islam. Saya sebenarnya berharap jika pengarang mengisi lebih banyak sisi falsafah, atau pandangan hidup Jepun sebagai perbandingan dengan kepercayaan agama kita, untuk menambah inti cerita.

Walau bagaimanapun, antara kisah di Jepun yang agak hidup dan berlainan dari sudut pengolahannya, adalah cerpen Segeralah Merdeka yang mengisahkan ukhuwah antara pelajar Malaysia dan pelajar Palestin di Jepun, mengangkat konflik Palestin-Israel. Sebuah lagi yang agak berbeza dari keseluruhan cerpen lain dalam buku ini, adalah cerpen Pada Awan Langit Chiba, menceritakan konflik seorang bekas pelajar di Jepun yang kini berkerjaya di sana, tetapi diminta pulang oleh ibu bapanya.

Apabila mengingat semula setiap cerpen, dan judul yang dipilih untuk buku ini, ada sisi ironinya pada saya. Ini kerana terbersit dalam fikiran, cerpen-cerpen terkuat Ilham Hamdani bukanlah cerpen-cerpen Jepunnya, tetapi 2 buah cerpen bukan Jepunnya mengenai gigolo dan pembuka kota.

Sudah tentu saya tidak sesal membaca buku ini, ada pengisian dan pengajaran tersendiri boleh dikocekkan untuk hari muka. Semestinya, dalam setiap huruf yang tercatat ada pahala menurut niat pengarangnya, apatah lagi isu-isu yang dibawakan adalah isu-isu dakwah dan Islam.

Apapun sekalung tahniah untuk buku ini yang telah menggondol hadiah. Jangan tanyakan saya buku ini layak menang atau tidak, kerana tidak adil menilainya sendirian tanpa mengetahui calon-calon karya lain yang telah turut serta.

Hadiah sastera nasional perlu lebih teratur, sempurna
Saya baru sahaja tamat membaca Mekar Sakura di Mimbar Cinta karya Ilham Hamdani, yang saya pesan segera keesokan hari selepas malam pengumuman. Selepas tamat membacanya, perasaan ingin tahu membuak-buak, bagaimana prestasi karya-karya lain yang turut dinilai bagi merebut hadiah kategori sama. Saya rasa perasaan ini perkara normal yang memang wajar dipenuhi. Tetapi suasana hadiah sastera nasional tidak selalunya mengizinkan kenormalan ini.

Alangkah baiknya jika bagi setiap panel hadiah sastera nasional seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia baru-baru ini, karya-karya yang dinilai pada peringkat senarai pendek atau senarai panjang sekalipun, digembar-gemburkan seperti hadiah sastera antarabangsa misalnya Booker Prize (sekadar menyebut satu contoh).

Ada dua faedah langsung yang saya fikir akan terjelma jika karya lain yang dicalonkan turut diumum; pertama ia akan mencipta senarai karya terbaik tahunan nasional dan meningkatkan jumlah jualan karya-karya itu, dan kedua, menggalakkan perbandingan kritis dan perbincangan lebih hangat tentang buku-buku dan dunia sastera. Sudah pasti akan ada kritikan terhadap keputusan panel, tetapi itu hanyalah satu semarak perbincangan sastera dan budaya yang sihat, saya rasa.

Ya, itulah perasaan saya saat ini, sangat ingin melihat senarai panjang dan senarai pendek HSPM, seperti long list dan short list Booker Prize. Dan sudah tentu saya lebih-lebih lagi mahu melihat wujudnya satu laman web rasmi HSPM yang segah laman web hadiah-hadiah sastera lain, supaya sastera Malaysia nampak lebih hidup dan berwibawa.

Lagi berkait HSPM:

Keputusan HSPM ke-18 di blog Nazmi Yaakub

Komen Salbiah Ani di blog Salina Ibrahim

Baca juga cara pencalonan buku dua hadiah sastera berprestij ini:

Hadiah Nobel

Hadiah Man Booker

Manuskrip Melayu: sumber maklumat peribumi Melayu
Buku kecil yang sempat saya baca awal tahun ini, adalah hasil tangan Prof Ding Choo Ming [1][2], seorang penyelidik penting manuskrip Melayu yang kini bertugas di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Isi buku ini merupakan syarahan perdana yang disampaikannya dalam proses mendapat gelar Profesor.

Buku ini memberi gambaran awal dan secara permukaan mengenai bidang kajian manuskrip Melayu. Jumlah halamannya hanya 78 muka surat sahaja, menjadikannya sebuah buku yang padat dan kaya fakta.

Menurut buku ini, kajian manuskrip Melayu memainkan peranan besar dalam mengisi kelompangan yang masih wujud untuk memahami falsafah dan jati diri bangsa Melayu. Setakat ini hanya kira-kira 30% sahaja daripada sejumlah kira-kira 10,000 manuskrip Melayu yang terdapat di seluruh dunia telah dikaji dengan mendalam. Proses pengkajiannya masih berterusan dan kian giat, malah sebuah Pusat Kecemerlangan Manuskrip Melayu akan ditubuhkan tidak lama lagi di UKM untuk tujuan tersebut.

Manuskrip Melayu menurut penulis, bolehlah dianggap seperti bunga rampai maklumat peribumi Melayu. Di dalamnya terdapat pelbagai ilmu berkenaan orang Melayu dan lingkungan hidup mereka, seperti ilmu ketatanegaraan, ilmu undang-undang, ilmu bahasa, ilmu herba dan perubatan, ilmu astronomi, ilmu mantera dan jampi serta ilmu-ilmu tradisional lain yang mungkin masih berguna kepada generasi sekarang.

Walau bagaimanapun, kepentingan manuskrip ini kepada kita turut bergantung kepada falsafah pembangunan semasa yang dipegang oleh negara. Jika falsafah yang dipegang tidak mengutamakannya, tautan sebenar tidak dapat dibuat dengan masa lalu, dan ilmu-ilmu yang telah dikumpulkan oleh generasi lama akan menjadi sia-sia belaka.

Antara jenis-jenis manuskrip Melayu lama adalah sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera kitab, sastera undang-undang, sastera ketatanegaraan dan puisi klasik. Tetapi ini tidak selalunya bermakna keseluruhan bahan dalam sesebuah manuskrip itu menjurus kepada sesuatu bidang secara khusus. Ini kerana pengarang manuskrip selalu mencampur adukkan pelbagai kisah berkaitan ke dalam manuskrip mereka.

Selama ini, kajian manuskrip Melayu masih banyak terkongkong di bawah mikroskop penyelidikan orang-orang Barat yang prejudis terhadap keupayaan pengarang Melayu. Menurut mereka pengarang Melayu hanyalah peniru yang mencedok gaya sastera Hindu dan Arab. Hanya kini, kajian manuskrip dibedah semula dan diberi pengertian baru di bawah kaca mata tulen para pengkaji yang jujur mencari akar budi dan citra bangsa.

Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya di najibah.abubakar (at) gmail.com, di Facebook atau di Goodreads Malaysia.

Membuang malang buku Melayu
Rintihan Tuan Ramli Abdul Halim di bahagian Sastera Mingguan Malaysia mengenai nasib malang buku bahasa Melayu sebenarnya sudah terlalu acapkali kita dengar sepanjang masa.

Sebagai seorang pemerhati kecil yang meminati buku terutama buku-buku Melayu, kemudian secara kebetulan terlibat pula dalam hal-hal buku di perpustakaan, saya berasa terpanggil untuk memberi sedikit reaksi.

Menurut penulis, bahasa kita adalah bahasa ke empat terbesar di dunia, dan jumlah penutur keseluruhannya dianggarkan 300 juta orang. Tetapi buku-buku dan akhbar Melayu yang berisi ilmu, masih tidak laku.

Beberapa sebab yang saya anggap masih membawa malang kepada buku Melayu adalah seperti di bawah, dan bukan semata-mata kerana sikap penuturnya:

Meskipun penutur bahasa kita besar, tetapi budaya dan sejarah Kepulauan Melayu, iaitu wilayah utama di mana bahasa kita dituturkan, terlalu rencam untuk menyatukan kita dalam hal pilihan bahan bacaan. Faktor pemersatu harus dicari;

Di Malaysia sendiri, latar belakang pendidikan rakyat juga sangat pelbagai alirannya, ditambah pula dengan masyarakat multi-etnik, menyebabkan sukar wujud arus perdana dalam pemilihan bahan bacaan;

Ketidakyakinan pemimpin sendiri terhadap bahasa Melayu telah merencatkan perkembangan bahasa ini di Malaysia;

Masih ramai intelektual berbakat tidak menulis buku-buku mesra massa yang sepatutnya ditulis untuk dinikmati masyarakat, kerana sistem pendidikan belum benar-benar dilentur untuk memudahkan para intelektual menghasilkan buku sedemikian;

Cara pemasaran buku yang tidak kena pada sasaran dan tidak memenuhi syarat pemasaran semasa; dan

Akhbar boleh jadi tidak laku, bukan kerana faktor bahasa semata-mata, tetapi juga faktor sosiopolitik semasa.

Inilah enam perkara yang saya rasa menjadi faktor ‘malang’ buku Melayu. Tetapi ini adalah sekadar pandangan peribadi seorang pemerhati kecil. Boleh jadi banyak salahnya.

Saya sangat ingin tahu apa kata pemain-pemain industri buku Melayu yang besar-besar, misalnya PTS sebagai penerbit, dan MPH sebagai rangkaian jualan buku.

Apapun saya yakin kajian mendalam wajar dibuat mengenai fenomena ‘malang’ itu, barulah akar umbi pohon yang menyebabkan ‘malang’ itu dapat dicabut terus daripada terus-terusan menghantui bahasa kita.

Dua buku terbaik 2009
Rasanya belum terlalu lewat untuk bercerita tentang bacaan sepanjang 2009, walaupun tahun baru 2010 sudah menjangkau dua minggu.

Ini juga merupakan sahutan kepada pertanyaan rakan sekelab di Goodreads Malaysia (Mudin) mengenai buku yang telah dibaca pada 2009 dan dianggap terbaik? Jadi, entri ini bukanlah berkenaan buku terbaik yang terbit sepanjang 2009.

Tahun lalu, saya berjaya mengkhatam 37 buah buku, kurang 13 buah daripada sasaran 50 buku setahun. Tetapi meningkat 10 buah dari tahun 2008.

Daripada 37 buah tersebut, ada dua buah buku yang saya rasa layak diangkat sebagai terbaik.

Buku pertama adalah Panggil Aku Melaju karya Dr. Rahmat Haroun Hashim, manakala buku kedua, Outliers karya Malcolm Gladwell.

Ada ciri persamaan antara kedua-dua buku ini; sama-sama berbincang mengenai teori. Satu mengenai teori asal-usul Melayu, dan yang sebuah lagi, mengenai teori kejayaan cemerlang segelintir individu yang berada di luar fenomena statistik yang biasa.

Sudah tentu bukan mudah menulis buku yang cuba mendirikan teori yang berbeza dari arus semasa – harus ada hujah yang boleh berdiri kukuh. Jika tidak harus bersedia untuk diketawakan khalayak pembaca. Kedua-dua buah buku ini berjaya mengetengahkan hujah masing-masing dengan kukuh, walaupun tetap ada ruang diskusi dan kritikan, tidak kira secara mendalam atau melebar.

Dari sudut idea dan fakta, kedua-duanya memang sarat dan tepu, sesuai dengan buku yang dihasilkan berdasar kajian rapi, tetapi cara penulisannya sangat menghiburkan, malah ada kalanya mampu mengundang tawa. Ini menjadikan pembacaan lebih santai dan tidak memenatkan. Buku-buku ini juga termasuk dalam kategori malar hijau atau ‘evergreen’ kerana menyorot hal-hal yang besar. Panggil Aku Melaju misalnya, menyorot asal-usul sebuah bangsa besar iaitu Melayu, manakala Outliers memperkatakan mengenai kejayaan, sesuatu yang diburu setiap manusia.

Khusus bagi Panggil Aku Melaju, teori yang dikemukakan Dr. Rahmat, ada relevannya dengan kajian ilmiah yang sedang dilakukan sekarang, misalnya dalam penyelidikan dermatoglifik – iaitu ciri yang tidak berubah sepanjang hayat pada manusia, contohnya garisan tapak tangan – antara orang asli Negrito, Melayu, Cina dan India.

Dalam Outliers pula, walaupun jawapan yang ditemukan pada akhir pembacaan mungkin antiklimaks, kerana Gladwell menganggap dalam dunia ini kejayaan sebenar tidak wujud, tetapi Outliers (serta Panggil Aku Melaju) wajar diangkat sebagai dua bacaan terbaik kerana memenuhi kriteria-kriteria  yang telah disebutkan di atas, serta banyak lagi kriteria kecil lain.