Pada hari Isnin lepas (11 Januari 2010), selepas lama tidak menjenguk BukuRia, saya cuba mencapainya semula melalui laman login Wordpress, tetapi gagal. Ada beberapa mesej ‘error’ dan selebihnya laman putih tanpa data.
Saya kira itu adalah disebabkan oleh cubaan saya menukar tema Wordpress. Selepas meneliti keadaan semua fail lama dalam pangkalan data melalui perisian FTP Filezilla, saya segera menghubungi pihak hos laman sesawang.
Rupa-rupanya masalah yang menimpa laman web BukuRia jauh lebih serius daripada sekadar masalah tema. BukuRia telah digodam, disyaki melalui Trojan atau Spyware.
Siapa menyangka kejadian sebegini boleh menimpa. Walaupun saya ada membuat backup, tetapi tarikhnya sudah agak lama. Saya tak dapat membayangkan jika kesemua hasil tulisan saya dan beberapa rakan yang lain hilang begitu sahaja.
Saya tahu sebahagian puncanya adalah kesilapan sendiri, terutama kerana tidak menaiktaraf Wordpress ke versi terbaru. Malah saya tidak pernah membuat apa-apa langkah keselamatan lain melalui penggunaan plugin-plugin anti-godam. Saya berasa yakin, BukuRia yang hanya bercerita tentang buku dan perpustakaan tidak akan menjadi sasaran.
Bukuria baru sahaja berpindah ke platform baru iaitu blog Wordpress. Selepas sesi soal jawab selama dua tiga hari dengan web hosting provider yang cukup penyabar, Bukuria memutuskan untuk berpindah daripada Plesk ke cPanel supaya dapat menggunakan Fantastico yang memang fantastic.
Dalam masa dua hari Bukuria telah selesai membina rumah baru, memilih ‘kulit baru’ dan proses memuat kembali bahan-bahan dari laman lama telah mula berjalan beransur-ansur [di sebelah kiri adalah screenshot laman lama].



Komentar Terkini