Archive for the ‘Buku Melayu’ Category

Kamu, tak mahu jadi Sang Pemimpi?

Wednesday, July 16th, 2008

Judul: Sang Pemimpi Pengarang: Andrea Hirata Penerbit: PTS Litera Utama ISBN: 978-983-3892-01-3 Tahun: 2007 Halaman: 227 Kalau kamu pernah mempunyai cita-cita atau impian yang berapi-api tetapi sudah berterbangan menjadi abu, hadamlah buku ini. Kalau kamu pernah ditimpa kesusahan sehingga asamu telah hancur gugur dimamah kepayahan, hadamlah buku ini. Kalau kamu mencari jawapan sebuah jati diri yang ...

Karya Kita Hak Kita: Memahami hak cipta dalam berkarya

Sunday, June 29th, 2008

Judul: Karya Kita Hak Kita Pengarang: Nisah Haron Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings ISBN: 978-983-399-44-0 Tahun: 2008 Halaman: 376 Meskipun telah banyak buku ditulis untuk memperkatakan tentang undang-undang hak cipta di Malaysia termasuk karya terjemahan, tetapi buku Karya Kita Hak Kita oleh Nisah Haron ini mempunyai beberapa keistimewaan. Antaranya adalah bahasa persembahan yang telah dipermudahkan untuk golongan ...

Suasana senja dan garapan pengalaman kepenyairan

Sunday, June 22nd, 2008

Judul: Suasana Senja: Kumpulan Sajak 1995-2001 Pengarang: Masuri S.N. Penerbit: Angkatan Sasterawan 50, Singapura Muka surat: 248 Puisi tidak memerlukan kata yang sensasi atau bombastik. Demikian tanggapan penulis selepas membaca karya Suasana Senja Kumpulan Sajak 1995-2001 oleh Masuri S.N yang memberi makna pandangan yang melatari kehidupan penyair dalam usia sekitar 70-an. Sebelum ini penyair ...

Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf

Monday, June 16th, 2008

Judul: Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf Pengarang: Jackson Sawatan Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN: 963-62-9341-8 Muka surat: 146 Harga: RM17.00 Orang yang pergi tidak lagi dapat kembali untuk duduk-duduk bersembang dan menceritakan pengalaman hidupnya. Jika berbaloi untuk diceritakan, ceritakanlah awal-awal lagi. Begitu tulis Jackson Sawatan tentang lintasan fikirannya semasa mula-mula hendak menulis ...

Makan Untuk Hidup: ada tips dari sahabat untuk sahabat

Wednesday, June 11th, 2008

Judul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan Penulis : Ramli Mat Nor Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd ISBN : 978-983-43241-1-7 Harga : RM 19.90 Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran ...

Cintamu Umi: Mencari alam surealistik

Sunday, June 8th, 2008



Fitrah Kimiawi: percubaan menggarap sains dalam wadah sastera

Friday, June 6th, 2008

Judul: Fitrah Kimiawi Pengarang: Rahmat Haroun Hashim Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka ISBN: 9836290168 Harga: RM15.00 Fitrah Kimiawi (FK) merupakan buah tangan seorang penulis luar (istilah yang ditujukan kepada penulis berkelulusan bukan sastera). Kemunculan FK menimbulkan kelainan berbanding pengalaman penulis aliran sastera tulen. Seperti judulnya, pembaca dapat mengagak penulisnya merupakan seseorang yang terlibat secara langsung ...

Menikmati ‘Curahan Cinta Niagara’ di bawah lembayung agama

Tuesday, June 3rd, 2008

Judul: Curahan Cinta Niagara - Novel Penulis: Maya Iris Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd. Muka surat: 549 Tahun: 2007 Kita sering kali bertanya, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?” Al-Qur'an menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu ...

13 Mei Sebelum dan Selepas: Memahami hasrat terpendam Tunku

Tuesday, May 27th, 2008

Judul: 13 Mei: Sebelum dan Selepas Pengarang: Tunku Abdul Rahman Harga: RM 20.00 Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Tahun: 2007 Muka surat: 195 Editor: Rozlan Mohamed Noor Setelah hampir 40 tahun berlalu peristiwa berdarah yang melanda negara pada 13 Mei 1969 terus menjadi polemik yang signifikan untuk diperkatakan. Pelbagai pihak mahu tampil dengan bermacam-macam ...

“Hidup sebuah terowong panjang” - Malim Ghozali PK dalam antologi Usia

Tuesday, May 27th, 2008

“…hidup adalah sebuah terowong panjang yang harus dilalui. Walau hitam suram ternganga di hujungnya, tak pernah siapa pun dapat berpatah balik.” Petikan di atas, yang diambil daripada cerpen Bayang, sememangnya memberikan gambaran tentang realiti kehidupan yang dipaparkan oleh Malim Ghozali PK dalam antologi cerpennya Usia. Hidup ini adalah suatu perjalanan panjang, ...