Kamu, tak mahu jadi Sang Pemimpi?

Sang Pemimpi, Andrea HirataJudul: Sang Pemimpi
Pengarang: Andrea Hirata
Penerbit: PTS Litera Utama
ISBN: 978-983-3892-01-3
Tahun: 2007
Halaman: 227

Kalau kamu pernah mempunyai cita-cita atau impian yang berapi-api tetapi sudah berterbangan menjadi abu, hadamlah buku ini. Kalau kamu pernah ditimpa kesusahan sehingga asamu telah hancur gugur dimamah kepayahan, hadamlah buku ini.

Kalau kamu mencari jawapan sebuah jati diri yang sudah luntur, hadamlah buku ini. Kalau kamu merindui dunia pendidikan yang dipenuhi keikhlasan dan membungakan keinsafan, hadamlah buku ini.

Kalau kamu tertanya-tanya makna persahabatan paling sejati, hadamlah buku ini. Atau kalau kamu sudah menginjak kesenangan sehingga terlupa makna kehidupan, hadamlah buku ini.

Continue reading

Karya Kita Hak Kita: memahami hak cipta dalam berkarya

Karya Kita Hak Kita

Pengarang, mari tegakkan hak!

Judul: Karya Kita Hak Kita
Pengarang: Nisah Haron
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings
ISBN: 978-983-399-44-0
Tahun: 2008

Halaman: 376

Meskipun telah banyak buku ditulis untuk memperkatakan tentang undang-undang hak cipta di Malaysia termasuk karya terjemahan, tetapi buku Karya Kita Hak Kita oleh Nisah Haron ini mempunyai beberapa keistimewaan.

Antaranya adalah bahasa persembahan yang telah dipermudahkan untuk golongan pembaca awam yang tidak berlatar belakang undang-undang; susun atur persembahannya yang telah dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang munasabah dan membantu pemahaman serta rujukan; dan diserikan pula dengan ilustrasi kartun yang dapat menerangkan lagi isi kandungan dan petikan kata-kata tokoh untuk direnungkan.

Continue reading

Ulasan: Suasana Senja: Kumpulan Sajak 1995-2001

Judul: Suasana Senja: Kumpulan Sajak 1995-2001
Pengarang: Masuri S.N.
Penerbit: Angkatan Sasterawan 50, Singapura
Muka surat: 248

Puisi tidak memerlukan kata yang sensasi atau bombastik. Demikian tanggapan penulis selepas membaca karya Suasana Senja Kumpulan Sajak 1995-2001 oleh Masuri S.N yang memberi makna pandangan yang melatari kehidupan penyair dalam usia sekitar 70-an. Sebelum ini penyair Masuri SN telah menghasilkan lebih lapan kumpulan sajak peribadi sejak tahun 1958.

Continue reading

Ulasan: Blink

blinkJudul: Blink: The Power of Thinking Without Thinking
Penulis: Malcolm Gladwell
Penerbit: Back Bay Books
Tahun: 2007 (c2005)
ISBN: 978-0316010665

Muka surat: 320

Intuisi adalah sesuatu yang boleh dilatih. Satu pernyataan yang sukar diterima akal. Selama ini intuisi diterima sebagai sesuatu yang datang secara tiba-tiba tanpa sebab munasabah yang dapat menjelaskannya. Tetapi pernyataan tadi telah cuba dibuktikan oleh Malcolm Gladwell dalam buku keduanya, Blink: The Power of Thinking Without Thinking.

Continue reading

Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf

Sepasang Kasut dan Selipar JepunJudul: Sepasang Kasut dan Selipar Jepun: di Bumi Abu Sayyaf
Pengarang: Jackson Sawatan
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 963-62-9341-8
Muka surat: 146
Harga: RM17.00

Orang yang pergi tidak lagi dapat kembali untuk duduk-duduk bersembang dan menceritakan pengalaman hidupnya. Jika berbaloi untuk diceritakan, ceritakanlah awal-awal lagi.

Begitu tulis Jackson Sawatan tentang lintasan fikirannya semasa mula-mula hendak menulis buku ini.

Sebagai wartawan yang dihantar oleh BERNAMA untuk turun ke medan ketika kejadian penculikan di Sipadan pada tahun 2000 dahulu, beliau sememangnya mempunyai pengalaman hidup yang berbaloi untuk diceritakan.

Continue reading

Makan Untuk Hidup: ada tips dari sahabat untuk sahabat

Makan untuk HidupJudul : MAKAN UNTUK HIDUP : Jaga Makan Sihat Badan
Penulis : Ramli Mat Nor
Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed
Penerbit : Iman Muafakat Group Sdn Bhd
ISBN : 978-983-43241-1-7
Harga : RM 19.90

Makan untuk Hidup : Jaga Makan Sihat Badan merupakan buku pertama yang ditulis oleh Ramli Mat Nor. Walaupun tidak memiliki kepakaran khusus dalam bidang pemakanan, namun tip dan panduan kesihatan yang diperturunkan malah praktikal untuk semua lapisan masyarakat. Mungkin kerana itu jugalah judul siri untuk dibuku ini berbunyi, Tip Sahabat untuk Sahabat.

“Jaga makan sihat badan”, demikian kata Editor Perunding buku ini, saudara Mohamed Nasser Mohamed dari Semenyih yang telah berjaya berkolaborasi dengan penulis untuk merealisasikan tip ini ke dalam bentuk buku yang sempurna.

Continue reading

Cintamu Umi: mencari alam surealistik

\Judul: Cintamu Umi
Pengarang: Suhaimi Haji Muhammad
Harga: RM 16.00
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Penerbitan: 2007
Muka Surat: 138

CINTAMU Umi merupakan kumpulan puisi ke-29 Suhaimi Haji Muhammad @ As-Suhaimi setelah menerima S.E.A Write Award pada tahun 1995. Reputasinya sebagai penyair surealisme memang sudah terkenal dalam arena sastera tanah air. Dalam Cintamu Umi, yang memuatkan sebanyak 110 buah puisi, beliau meneruskan aliran surealisme yang dianutinya.

Segala benda dalam kehidupan ini, merupakan simbol-simbol kekuasaan Allah. Tidak kira benda hidup atau bukan hidup, semuanya adalah ciptaan Allah. Semuanya beribadat kepada Allah. Bagi memahami simbol-simbol kehidupan ini, kita perlu menggunakan pancaindera dan juga imaginasi (atau mata hati) bagi membawa kita ke alam rohaniah. As-Suhaimi cuba membawa kita ke alam itu melalui puisi-puisinya dalam buku ini.

Continue reading

Fitrah Kimiawi: menggarap sains dalam wadah sastera

Fitrah KimiawiJudul: Fitrah Kimiawi
Pengarang: Rahmat Haroun Hashim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9836290168
Harga: RM15.00

Fitrah Kimiawi (FK) merupakan buah tangan seorang penulis luar (istilah yang ditujukan kepada penulis berkelulusan bukan sastera). Kemunculan FK menimbulkan kelainan berbanding pengalaman penulis aliran sastera tulen. Seperti judulnya, pembaca dapat mengagak penulisnya merupakan seseorang yang terlibat secara langsung dalam bidang kimia.

Novel ini digarap dengan latar peristiwa pengalaman penulis menuntut ilmu di maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Cerita dimulakan dengan memaparkan obsesi seorang pelajar bernama Omar terhadap sains. Omar diminati oleh seorang pelajar perempuan bernama Muniroh, tetapi dalam masa yang sama dia meminati Cikgu Kartini.

Continue reading

‘Curahan Cinta Niagara’ di bawah lembayung agama

Curahan Cinta NiagaraJudul: Curahan Cinta Niagara – Novel
Penulis: Maya Iris
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Muka surat: 549
Tahun: 2007

Kita sering kali bertanya, “Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?”

Al-Qur’an menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kali pertama melihat tajuknya mungkin sesiapa yang ego dengan perkataan cinta akan menjauhinya. Tentu terfikir barangkali ini karya biasa sahaja seperti karya lambakan lain. Tetapi apabila melihatkan perenggan terjemahan ayat Al-Quran di kulit buku, ia sekaligus mengubah persepsi awal. Curahan Cinta Niagara sebenarnya bijak menggunakan ayat Al-Quran disesuaikan dengan jalan cerita dan mesej.

Continue reading

Ulasan: Freakonomics

Freakonomics

Hasil renungan ahli ekonomi di luar kotak

Judul: Freakonomics
Pengarang: Steven D. Levitt & Stephen J. Dubner
Penerbit: Penguin Books
Tahun: 2006
Genre/Bidang: Ekonomi

Buku setebal 320 mukasurat ini telah mendapat kelas tersendiri dalam dunia ekonomi kerana ia memperkenalkan satu konsep baru yang belum difikirkan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

Freakonomics mengajak kita menyelesaikan persoalan yang kadang-kadang tidak pernah ditanya oleh kita dengan menggunakan kaedah-kaedah ekonomi yang bergantung kepada statistik dan analisis data yang banyak. Hasilnya: mengkagumkan.

Masyarakat sering mengatakan bahawa “seseorang boleh kaya dengan menjual dadah.” Di Amerika Syarikat (AS), rakyatnya digalakkan hidup berdikari. Orang yang tinggal di rumah sendiri lebih dihormati kerana membeli rumah sendiri menggambarkan kedudukan ekonomi yang lebih stabil berbanding tinggal bersama ibubapa. Persoalannya, “Mengapa pengedar dadah tinggal bersama ibubapa mereka?”

Buku ini menyelesaikan persoalan ini dari sudut ekonomi dengan menyiasat aktiviti pengedar dadah melalui rekod simpan kira yang disediakan oleh salah sebuah geng pengedar dadah di sekitar Lake Michigan, AS. Dengan mengaitkan beberapa perkara seperti isu pengurusan geng (meniru gaya pengurusan organisasi francais), perebutan pasaran dan keselamatan, buku ini memberi jawapan yang munasabah.

Pengolahan buku ini juga amat menarik sehingga anda tidak sabar untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh pengarang di muka surat yang seterusnya.

“Membaca Freakonomics seperti membaca novel detektif… di satu muka surat anda ketawa sendirian tetapi kemudian anda akan kagum apabila membaca muka surat yang seterusnya,” komen Wall Street Journal.

Buku ini ditulis oleh seorang ahli ekonomi yang melihat dunia dari sudut bukan ilmiah, suatu yang tidak lazim dilakukan oleh seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah dan seorang wartawan yang mengkagumi hasil kerja dan cara pemikiran ahli ekonomi tersebut.

Steven Levitt (ahli ekonomi) dan Stephen Dubner (wartawan) telah menghasilkan satu karya yang luar biasa dan buktinya karya mereka telah mendapat taraf ‘International Bestseller’ serta perhatian yang diberikan oleh pelawat blog mereka (www.freakonomics.com/blog/).

Dunia ini penuh dengan pertanyaan yang kadang-kadang kita boleh mendapat jawapan di depan mata kita sendiri. Selebihnya, gunakanlah data dan statistik untuk menyokong pendapat anda selain daripada membuka mata seluas-luasnya. Jawapan yang betul hanya diperolehi apabila anda mengemukakan soalan yang tepat.