Archive for the 'Ulasan Buku' Category

Surat kepada Encik Montag

[sepucuk surat kepada Encik Montag, lelaki bomba yang insaf dalam Fahrenheit 451]
Encik Montag,
Saya dapat tahu mengenai cerita Encik Montag semasa tengah mengarang cerita yang dirasakan sudah cukup kreatif dan bakal meletup. Tajuk tentatif yang saya beri; Boo-Koo-Foo-Bya. Cerita itu sudah masuk halaman ke-3! Tapi tiba-tiba saya google sana google sini, saya terjumpa cerita Encik Montag [...]

Mengasuh generasi Qur’ani: pengalaman ibu bapa Hussein Tabtabai

Anak itu pintar sekali. Kepintarannya bukan pintar kimia, fizik, atau matematik. Beliau pintar Al-Qur’an. Bukan sekadar menghafaz, malah faham.
Namanya Sayyid Muhammad Hussein Tabtabai. Beliau digelar Mukjizat Abad 20. Saat usianya masih belum baligh, seorang wanita pengagumnya ingin mencium pipinya dalam suatu majlis. Beliau menolak. Orang bertanya kepadanya, “Kenapa harus menolak, sedangkan kamu belum baligh?” Jawabnya, [...]

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Judul: Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Pengarang: Anwar Ridhwan
Tahun: c1976, 2009
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Lima hari lalu, saya baru pulang dari sebuah kampung permai. Lelaki, wanita dan kanak-kanaknya hidup gotong-royong bergantungkan musim; musim Barat Daya dan Timur Laut. Juga musim bersawah dan musim tak bersawah. Tiada pengaruh konsumerisme yang menyesakkan dada. Mereka bergerak seiring dengan alam. Waktu [...]

Things I’ve Been Silent About: Memories (Azar Nafisi)

Judul: Things I’ve Been Silent About: Memories
Pengarang: Azar Nafisi
Penerbit: William Heinemann Ltd
Tahun: 2009
ISBN: 0434014044
Buku ini ada dua kisah selari: pertama, sejarah Iran sekitar 1950-1997 (zaman Shah hingga zaman Revolusi Islam), dan kedua, sejarah keluarga Azar Nafisi.
Azar Nafisi adalah seorang profesor kesusasteraan Inggeris asal Iran. Selepas mengajar di beberapa buah universiti di Iran, akhirnya [...]

Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq

Judul: Kumpulan Cerpen Menanti Buraq
Pengarang: Marsli N.O.
Tahun: c2008, 2009
ISBN: 9789836298096
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Halaman: 279
Sewaktu menerima buku Kumpulan Cerpen: Menanti Buraq awal April lepas, saya memang gembira; malah terlalu. Apa tidaknya, buku ini hadiah dari Marsli N.O. yang sejak remaja saya lekatkan sajaknya ‘Negeri Ini, Anak‘ ke dalam buku catatan peribadi. Walaupun ini hadiah bersyarat [...]

Bila Allah Menduga Kita

Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Pengarang: Syed Alwi Al-Atas
Penerbit: Mustread Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM19.90
Saya menerima buku Bila Allah Menduga Kita daripada penulisnya, Tuan Syed Alwi Alatas, menjelang makan tengahari hari Khamis 11 Februari 2010, dengan sepotong janji. Beliau minta buku ini diulas di blog, beserta pesannya “tak perlu khawatir, saya akan menerima review yang diberikan, walau [...]

Jepun dan cinta dalam Mekar Sakura

Coret Dato’ Baha Zain di lembaran Dewan Sastera tahun 1972, audiens sastera kita kurang kritis. Saya rasa saya termasuk dalam kelompok yang kurang kritis itu. Selama ini saya banyak memendam perasaan mahu mengkritik, enggan melukai pemilik karya. Saya tahu, mengarang bukan enteng. Dan siapa pula saya mahu menerjah karya orang sesuka hati.
Tetapi sampai bila saya [...]

Manuskrip Melayu: sumber maklumat peribumi Melayu

Buku kecil yang sempat saya baca awal tahun ini, adalah hasil tangan Prof Ding Choo Ming [1][2], seorang penyelidik penting manuskrip Melayu yang kini bertugas di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM. Isi buku ini merupakan syarahan perdana yang disampaikannya dalam proses mendapat gelar Profesor.
Buku ini memberi gambaran awal dan secara permukaan mengenai bidang kajian [...]

Melatih kreativiti ala Tony Buzan

The Power of Creative Intelligence oleh Tony Buzan

Buku ini dari mata saya
Bintang: 7.5 daripada 10
Kebolehan otak manusia merupakan sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan untuk diterokai. Malah masih banyak hal mengenai otak yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Misalnya bagaimana otak dapat menggambar kembali wajah seseorang yang telah kita simpan dalam memori, secara [...]

Isteri MB pun menulis

Bidadari Dari Timur oleh Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri

Buku ini dari mata saya:
Bintang: 6 daripada 10
Sebagai anak Kelantan jati, saya tumpang berbangga dengan usaha pihak Anbakri yang telah menerbitkan buku karangan isteri Menteri Besar Kelantan ini. Ia sesuatu yang patut ditahniahi kerana jarang (atau masih tiada?) isteri pemimpin Malaysia yang [...]