BukuRia 2.0 » Buku

Memburu yang haram?
Yang telah diharamkan

Tahun depan, Konferens SHARP “Battle for Books” bakal berbincang antara lain mengenai penapisan atau censorship (call for papers mereka baru saja lepas  ).

Penapisan adalah satu topik yang selalu hangat dan kontroversi, terutama di Malaysia yang boleh ‘berbangga’ dengan sejumlah undang-undang yang mengehadkan kebolehterbitan, secara langsung atau tidak langsung. Antara cengkaman ke atas penerbitan berpunca daripada pelbagai akta berikut:

Akta Cetak dan Mesin Cetak 1984 (warisan daripada zaman darurat di bawah British);

Akta Hasutan 1948;

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;

Akta Fitnah 1957; dan

Kanun Keseksaan 1997 (yang bersangkutan jenayah fitnah)

Semua undang-undang di atas memberi kesan yang bukan calang-calang ke atas keupayaan pengarang, penerbit, dan pencetak. Namun jangan pula dilupakan impak terhadap golongan pembaca.

Hidangan untuk pembaca akan sentiasa yang tidak mencabar mindanya. Pembaca berasa berada dalam zon selamat sepanjang masa. Fikirannya akan cenderung berfikir sepihak, malah mungkin tidak berupaya lagi menimbang pendapat-pendapat yang tidak dipersetujuinya. Ketika itu golongan bergelar orang terpelajar mungkin akan pupus. Bukankah ada si filsuf Aristotle meninggalkan hikmah:

It is the mark of an educated mind to be able to entertain a thought without accepting it.

Daripada penapisan paksa oleh undang-undang, budaya tapisan kendiri (self-censorship) boleh membarah dalam masyarakat. Inilah situasi penyesuaian (conditioning) yang wajar dielakkan, kerana waktu itu kita tidak mampu bertanya lagi mengenai kehidupan kita ‘di dalam kotak’, apatah lagi untuk berfikir di luar kotak.

Walau bagaimanapun dari segi penggunaan istilah, censorship atau penapisan bukanlah sesuatu yang baru muncul. Aktiviti penapisan pertama boleh ditelusuri sejauh zaman Rom, dengan penubuhan satu jawatan khusus (censor) di bawah pejabat majistret. Fungsi penapisan (census) pada waktu itu bagaimanapun menjurus kepada kerja banci atau statistikal, di samping mengawasi moral para penduduk. Ini berlaku 443 tahun sebelum kalendar Kristian, menurut Palgrave Macmillan Dictionary of Political Thought.

Encyclopedia of International Media and Communications pula menganggap konsep penapisan berakar umbi dalam agama dan sejarah kemanusiaan itu sendiri. Dalam Al-Qur’an misalnya, manusia diajar untuk memohon kepada Allah supaya dikekalkan atas jalan yang lurus. Bererti satu sistem diperlukan untuk menapis segala yang tidak lurus. Al-Qur’an juga menyuruh kita supaya tidak “melampaui batas dalam perkara agama” dan tidak “mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar” (Surah An-Nisa’ 4: 171). Ini memberi kuasa kepada penguatkuasa agama untuk menapis hal-hal yang melampaui batas dalam perkara agama dan tidak benar mengenai Allah.

Melalui kisah penciptaan manusia di dalam Perjanjian Lama pula, manusia telah dilemparkan ke dunia sebagai hukuman, kerana gagal mematuhi larangan Tuhan untuk tidak memakan buah daripada pohon terlarang. Oleh sebab melanggar ‘penapisan’ yang telah digariskan sebagai peraturan di Taman Syurga, manusia menerima akibat hidup-mati.

Manakala ketika papyrus mula-mula menjadi bahan penulisan di Mesir 2500 BC, gabenor Mesir telah direkodkan berkata: Usah diulangi fitnah, kamu tak wajar mendengarnya, kerana ia adalah hasil kemarahan. Di China pada 1100 BC, serangkap peribahasa berbunyi: Dan lidah itulah penyebab kepada segala malapetaka.

Tidak salah rasanya jika kita membuat kesimpulan daripada contoh-contoh di atas, bahawa penapisan ini suatu tabi’i semulajadi, inherent dalam jiwa manusia. Yang membezakan tahap penapisan cuma sejauh mana sahaja manusia menggunakannya untuk mencapai tujuan masing-masing. Dalam situasi liberalisme yang merajai zaman kita, kegiatan penapisan kian dipandang sebagai penghalang kebebasan bersuara. Hakikatnya, tak ada kerajaan di muka bumi ini yang tidak mengamalkan penapisan. Tidak terlalu aneh, kerana barangkali ketakutan paling dasar dan halus bagi setiap pemegang kuasa adalah perubahan status quonya, apatah lagi bagi pemegang kuasa mutlak yang cenderung untuk korup.

Logis alasan paling sempurna setiap ketika tentu sekali demi kemaslahatan dan kepentingan masyarakat sivil, untuk sebuah keamanan yang didambakan semua pihak, untuk kelangsungan ekonomi, kelangsungan hidup. Namun, kita harus berani menimbang sejauh mana alasan itu benar-benar ikhlas, atau sebagai penyumbat akal rakyat. Atau yang lebih menggerunkan lagi, semata-mata sebagai satu upaya pemegang kuasa untuk kekal berkuasa demi menjarah dan merongrong hasil milik rakyat.

Lalu, ketika saat ini kita berhadapan dengan segedung undang-undang yang boleh bertindak sebagai senjata apabila keikhlasan tidak ada di kalangan penggubal dan penguatkuasanya, yang penting adalah kreativiti kita sebagai pembeli buku, seterusnya pembaca, untuk bertindak pantas membaca arus semasa.

Ketika ada buku-buku yang sedang ‘dibicarakan’ di ‘mahkamah penapisan’, ada segelintir kita yang galak memburu buku-buku itu habis-habisan sebelum tidak tersisa lagi di pasaran. Mungkin mereka merebut momen untuk menjadi sebahagian daripada sejarah, dengan memiliki edisi pertama buku-buku yang telah diharamkan – walaupun pada akhirnya kemungkinan akan sentiasa ada untuk pengharamannya ditarik balik (kerana sejarah tidak sepihak), seperti yang telah terjadi kepada The Malay Dilemma.

Jadi, apa kata anda mengenai memburu yang haram? Pernahkah anda, dan dengan teruja?

Waktu terlupakan yang buku-buku…
Tiga minggu lalu, saya mengetik mesej ke Twitter, terus menghala ke Facebook juga:

Saya yang memohon kepada suami supaya membawakan Tiga Kali Seminggu dari rumah pada hari ketiga menjadi pertapa menjaga bayi 7 bulan saya di wad. Buku itu sahaja yang saya ingat benar, berada paling atas dalam sesusunan buku yang berada di tepi dinding bilik ‘pustaka’.

Sengaja meminta beliau mengambil yang paling senang dicari, walaupun ketika itu sedang membaca SMS, pemenang tempat ketiga HSKU 2010. Ini kerana saya sudah lupa di mana paling akhir saya letakkan SMS dan tak mahu menyusahkannya tercari-cari (walaupun SMS itu buku yang asyik, apatah lagi bagi sesiapa yang mahu berjinak dengan karya-karya Naquib al-Attas; siapa sangka ada seorang lelaki bernama Teja sangat rajin mengkaji mengenainya dan menulis seputar tokoh hebat itu!). Suami saya tidak punya kesabaran sebanyak isterinya si pustakawan mengenai hal buku-buku, jadi lebih selamat untuk tidak meminta beliau membawa sebuah buku yang tak pasti lokasinya.

Saya sempat membaca dua tiga buah cerpen di dalamnya, yang mudah-mudah di permulaan. Tetapi pada hari ke 5 dan ke 6, kesihatan bayi saya kian menurun, akibat dehidrasi dan juga infeksi sampingan dalam sistem penghadaman. Lalu saya mula lihat buku itu sebelah mata; ia terdampar di mana-mana, kadangkala di sofa, kadangkala di kot bayi, kadangkala di atas laci, kadangkala di atas katil kedua tempat suami saya tidur menunggu bayi kami sembuh.

Sekitar sehari dua apabila kitaran serangan virus itu kian mereda, saya kembali giat mencari Tiga Kali Seminggu antara timbunan akhbar dan beberapa barangan peribadi lain. Anehnya sudah tak ada. Terpaksalah berserah sahaja, sehingga saya dapat pulang semula setelah 12 hari bertapa di wad tingkat empat dan mencari sendiri buku itu di rumah.

Untuk sementara itu, saya hanya dapat membaca akhbar sahaja, sambil mengajak si bayi kecil itu menikmati buku pertamanya, buku kain bertajuk Teddie and Friends, hadiah dari emak sepupunya tersayang, Cik A. Meskipun masih penat, beroksigen dan fontanelnya masih lekuk oleh dehidrasi, semangatnya cukup tinggi (mudah-mudahan dia menjadi al-mu’min al-qawiyy)

Manakala Tiga Kali Seminggu, apa yang saya syak rupa-rupanya benar; emak dan adik ipar yang datang dari kampung sebagai ‘pasukan bantuan’ menjaga si kakak terbawa pulang buku itu antara majalah Barbie, Ben 10 dan Asuh fatimah. Alhamdulillah, buku itu tidak hilang lesap begitu sahaja. Saya temuinya antara timbunan buku-buku Fatimah di rumah, sabar menanti saya pulang menyambung baca (walaupun entah bila, kerana harus menumpu pada pemulihan si kecil saya).

Beginilah waktu-waktu yang silih berganti, memaksa saya kadang-kadang menjarakkan diri dari buku dan baca, antaranya sewaktu si bayi ini tidak larat membuka mata selama sehari setengah.

Namun, hari bayi saya pulang itu juga membawa berita gembira bagi kami sekeluarga, kerana tak lama lagi buku-buku saya akan mempunyai rumah kekal. Bumbung tempat mastautin kami alhamdulillah sudah selesai pembinaannya dan penyerahan kuncinya adalah Khamis 1 Disember itu. Sebelah pagi suami pergi mengambil kunci dan petangnya bayi kami dibenarkan pulang. Syukur setinggi-tingginya, kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan:

Buat masa ini buku-buku yang dulu bersabar di tepian dinding, sudah masuk ke dalam kotak dan plastik untuk diangkut ke tempat tinggal barunya.

(Opps! Maaf kepada para pencinta hijau; saya belum cukup hijau kerana perpindahan nanti masih melibatkan banyak beg-beg plastik  ).

Walaupun cukup teruja dengan penghijrahan status kami sebagai perantau kepada pemastautin tidak lama lagi, saya belum betul-betul sedar bahawa ada satu lagi yang berkait buku-buku telah saya lepaskan selama-lamanya bagi 2011 (peluang baru hanya akan muncul 2012 tahun depan, itupun kalau umur panjang).

Ia adalah tekad saya, kalau sempat, untuk cuba juga menghantar abstrak untuk suatu pertemuan para pengkaji sejarah buku sebelum 30 November 2011. Setelah masuk bekerja semula pada 5 Disember 2011, baharulah hati saya benar-benar sedih selepas membaca emel daripada Jason McElligott yang berbunyi, Please do submit a proposal, menjawab beberapa persoalan yang saya lontarkan Oktober lepas.

Hal yang buku-buku, banyak membuat hati ria, tetapi adakalanya membuat hati jadi sebu. Iaitu pada waktu yang memaksa kita melupakan yang buku-buku.

Pesta Buku Selangor 2011
Belian pada kali ini

Alhamdulillah, makbul juga impian saya mahu ke Pesta Buku Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam petang Sabtu yang baru lalu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya memang seperti antara sedar dan tidak. Inilah kemaruknya apabila PBAKL tahun ini tak dapat saya hadiri kerana sedang berpantang di kampung.

Walaupun gerai-gerai buku tak sebanyak di PBAKL, saya puas hati kerana buku-buku yang diingini, sudah berada dalam pelukan.

Mula-mula sampai, saya terus ke gerai PTS untuk membeli buku Misteri Firaun: Musuh Para Nabi yang sedang dikupas di Ganding Baca, Goodreads Malaysia. Inilah misi utama, kerana saya tidak suka membeli dalam talian di Bookcafe, kerana kurang pilihan cara membayar.

Karakter kartun yang mencuit hati orang Melayu

Selepas ke gerai PTS, masanya untuk memuaskan hati anak pula. Kami terpaksa (terutamanya saya, berasa cukup-cukup terpaksa) keluar menunggu kemunculan Upin & Ipin di pentas. Ini mengambil masa hampir sejam kerana anak berasak-asak dengan orang ramai semata-mata mahu bersalaman dengan maskot ini.

Kemudian dia tahu pula mengomel, “Ummi, kenapa tangan Ipin kotor?” Terpana saya sekejap dengan pemerhatiannya. “Ipin tak mandi kot? Atau tak basuh tangan,” begitu saya jawab. Saya jadi terbayang iklan sabun anti-bakteria yang banyak ditayang di TV.

Selepas berjaya menarik keluar anak dengan alasan-alasan munasabah daripada aktiviti Upin & Ipin, suami mula ajak pulang kerana anak yang sedang dalam kantung gendongannya sudah tertidur nyenyak. Dalam hati saya Alhamdulillah anak tidur, tiba-tiba belahan jiwa ajak pulang pula. Aduhai!

Agaknya melihat perubahan air muka saya, dia pun beri masa tambahan setengah jam lagi. Dalam setengah jam itulah, saya singgah di gerai Kohwai & Young dan Ana Muslim membeli buku puteri sulung, jenguk gerai Fixi untuk tinjau buku-buku mereka yang dikatakan urban dan pulp (di situ terlihat buku Saharil Hasril Sanin terbaru yang diceritakan Kakak minggu lepas, Tentang dan Kentang), kemudian ke gerai GB Gerak Budaya memborong empat buah buku Pramoedya dan sebuah mengenai Pramoedya, iaitu Arok Dedes, Sekali Peristiwa di Banten Selatan, Cerita Calon Arang, Gulat di Jakarta serta Saya Ingin Lihat Semua Ini Berakhir (sejak kahwin 6 tahun dulu, baru inilah saya membeli buku-buku Pram lagi *terharu*, padahal pernah mahu buat koleksinya sampai lengkap), dan sempat singgah di gerai Jundi Resources lalu sambar Menuju Pas Baru (lebih sebagai hadiah untuk suami yang minat politik).

Kemudian saya pegang tangan puteri sulung yang merengek-rengek mahu belon, tanpa belas ihsan lagi dengan impiannya itu. Sampai di tempat suami, si kecil dua bulan setengah itu sudah bangun, dan rupanya sangat gembira. Sementara suami dan si sulung mencari sedikit alas perut, bayi saya masih sempat mengacah-acah ibunya dengan senyuman. Subhanallah, anak ini sangat memahami rupanya, kegilaan si ibu dan kerinduannya terhadap buku.

Namun malam tadi, dia mendera saya dengan tidur lambat pada pukul hampir dua belas. Tak dapatlah saya membaca, tetapi hati tersangat senang juga, kerana koleksi saya sudah bertambah.

Beli buku dalam talian dengan PayPal
Alternatif pencinta buku memburu keinginan

Sejak semalam, saya ralit mencuba PayPal yang sudah lama tidak saya gunakan. Rupanya (entah sejak bila), PayPal sudah menyediakan perkhidmatan yang jauh lebih menyeluruh. Kini, tak semestinya memiliki kad kredit lagi, malah boleh ditambah nilai terus dari akaun bank utama Malaysia: Bank Islam, CIMB, RHB, Hong Leong Bank, Maybank dan Public Bank. Macam kad prabayar sahaja.

Servis begini penting bagi pencinta buku yang tidak gemar bertransaksi hutang atau malas memiliki kad kredit. Atau tidak mahu melalui kerenah menelefon pihak kad kredit setiap kali mahu membuat transaksi belian buku dari luar negara (yang hanya akan buka gateway apabila kita menelefon). Memang dari suatu segi, itu ciri keselamatan, tetapi akan agak annoying apabila kita kerap membeli buku dari luar dan mereka akan bertanya perincian diri yang sama setiap kali: siapa nama suami, siapa nama ibu suami, apa alamat anda, dan nombor kad pengenalan anda (masa membaca telah berkurangan di situ sebanyak 10 minit).

Di sini, isu ‘kenapa tidak beli dari dalam negara?’ akan timbul. Kedai buku kita tidaklah terlalu kekurangan, tetapi sesetengah buku yang dicari memang sukar didapati di sini, terutama buku-buku mengenai buku. Sesetengahnya dapat saya beli dari Kinokuniya, namun masih banyak judul lain dalam senarai keinginan, hanya dapat saya lunaskan dengan membeli di luar sana.

Jadi, apabila saya berhasil menambah nilai ke dalam PayPal saya semalam (untuk membeli dari luar negara, jangan lupa tambah nilai dalam bentuk dolar US atau EURO), saya telah cuba membeli dari Thriftbooks (sebuah kedai buku terpakai), dan tempat biasa saya membeli dengan kad kredit iaitu Book Depository. Mulanya saya mahu cuba di AbeBooks, yang terkenal dengan jualan buku terpakai, tetapi saya dapati di Thriftbooks, saya akan dapat menjimatkan sedikit kos pos. Book Depository pula sememangnya tidak mengenakan kos pos langsung.

Maka saya kembali jadi penunggu peti pos; dan buku-buku yang sedang dinanti itu adalah:

(1) The Yellow-Lighted Bookshop: a Memoir, a History (Lewis Buzbee)

(2) Ex Libris: Confessions of a Common Reader (Anne Fadiman)

(3) Sixpence House: Lost in a Town of Books (Paul Collins)

Jika ada yang mahu mencuba menggunakan PayPal untuk membeli buku, langkah-langkah asasnya adalah:

(1) Mendaftar sebagai pengguna PayPal;

(2) Tunggu e-mel pengesahan akaun daripada PayPal;

(3) Tambah nilai (top-up) akaun PayPal dari akaun bank tempatan anda (sediakan nombor akaun terlebih dahulu); jangan lupa tambah nilai dalam dolar US (atau mata wang lain yang digunakan oleh kedai buku pilihan anda);

(4) Membuat pengesahan penerimaan wang yang telah ditambah nilai itu ke dalam akaun PayPal (ada e-mel lain akan dihantar oleh pihak PayPal);

(5) Pastikan nilai yang ditambah itu telah tertera di dalam akaun PayPal anda (biasanya selepas pengesahan penerimaan nilai terus tertera, tetapi jika ada masalah, boleh hubungi pihak PayPal di nombor +60377237155).

(6) Apabila membuat belian di mana-mana kedai buku dalam talian, bolehlah membayar dengan akaun PayPal anda.

(7) Oh ya, PayPal akan mengecaj sebanyak RM2.00 bagi setiap kali tambah nilai yang dilakukan (tetapi masih berbaloi saya rasa – dan kalau duit anda tebal, bolehlah tambah nilai sebanyak mungkin sekaligus!)

Dengan khidmat tambah nilai PayPal ini, urusan pencinta buku yang kurang gemarkan kad kredit dan hutang, namun ingin membina koleksi dalam genre tertentu yang tidak semestinya ada di Malaysia, menjadi enteng dan terbantu.

Cubalah  !

Nota: Bagi yang ingin tahu mengenai belian di Thrift Books, saya akan kemas kini kisah mengenai belian buku dari sana, sama ada puas hati dengan tempoh pos, cara mereka mengepos, keadaan buku dan lain-lain, sebaik sahaja buku-bukunya sampai. Belian melalui Book Depository biasanya tiada masalah.

Venez M’aider!
Buku-buku sedang menjerit!

Mari, tolong saya! Entah itu sesuai jadi jeritan buku, atau jeritan saya.

Hampir 4 tahun lalu, sewaktu mula-mula berhijrah ke Selangor, belum bekerja dan sepenuhnya dinaung suami, saya melobi suami supaya membeli sebuah rak buku – walaupun itu bukan suatu keutamaan pada zaman sesak kami.

Oleh sebab-sebab rahsia, kami sanggup membawa pulang rak itu secara ‘beli & bawa’, dan memasangnya sendiri. Masih saya ingat, tapak tangan suami hingga melecet merah demi menyudahkannya. Saya batuk, bersin menyedut habuk kayu.

Dek kesukaran tanpa peralatan sesuai, dan barangkali kurang cermat kami, maka sejak akhir-akhir ini rak buku itu mula jadi perhatian orang – bukan sebab keutuhan atau kekemasan, melainkan kerana sudah melengkung, melinglung dan berupaya menjadi rak makan tuan. Badannya sudah tersandar terus ke dinding di belakang. Condong bak Menara Condong Pisa (tak perlulah fotonya di sini sebagai bukti).

Lalu untuk menyelamatkan diri, suami, dan dua anak (alhamdulillah, sudah dua anak, sebelum ini satu!), walaupun seorang masih belum pandai meniarap pun, maka buku-buku saya terpaksa menginap di lantai kini, seperti dalam foto di atas.

Kebetulan cuti bersalin masih berbaki, maka giatlah saya mengemas kini data buku di Goodreads, dan inilah pautan ke rak buku saya di laman sana.

Buku-buku di perpustakaan peribadi di Selangor:

Saya dapati walaupun telah bersusun agak tinggi, tetapi jumlahnya masih  lagi kecil – hanya sekitar 200 buah sahaja (saya yang tamak mahu  memiliki 1000 buah buku, jadi terfikir ruang sebesar mana akan  diperlukan nanti kalau 200 buah sahaja sudah mengambil ruang sebanyak  ini).

Untuk sementara, saya akan bersabar dengan cara ini, walaupun hati memberontak membeli rak baru. Sabar ini, kalau umur panjang, akan berakhir manis dengan pembinaan rak dari lantai ke siling (kononnya), insyaAllah apabila mendapat kunci rumah sendiri awal tahun hadapan. Saya sudah berjaya melobi suami untuk rak itu di bilik tidur nanti, walaupun kalau boleh saya mahu rak begitu di setiap ruang rumah.

Jadi, untuk sementara, ya, sementara sahaja, saya biarkan jeritan venez m’aider itu bergema dari lidah-lidah buku kecintaan saya, dan dalam kepala juga.

*Mengenai venez m’aider, sila rujuk di sini.

Demam buku & Murder Most Foul
DEMAM BUKU

Itulah penyakit saya sekarang.

Dalam minggu ini, saya khatam Eat, Pray, Love (Elizabeth Gilbert), Surat dari Layola (Tajuddin Haji Abdul Rahman), Interlok (Abdullah Husain) dan Murder Most Foul (Radin Fernando).

Bak kata rakan penulis dalam SMS tak lama dulu, “Balas dendam!”

Walaupun sesetengah buku telah mula dibaca sebelum bersalin, tetapi kejadian menghabiskan sebuah demi sebuah buku memang memberi tenaga dalaman yang tinggi; menghilangkan sebahagian besar penat menjaga bayi dan membunuh kebosanan mengerjakan rutin. Nikmat yang sangat disyukuri, sementara sibuk-sibuk kerjaya tiba lagi (tinggal kira-kira 25 hari sahaja).

Setiap kesempatan menyusukan bayi, membuainya di dalam carrier/rocker dan mengepam susu stok, saya capai buku dan tenggelam ke dalam watak dan zaman yang berbeza. Terlalu indahnya!

MURDER MOST FOUL

Sejarah dari 'mata' rakyat

Buku-buku Malaysian Branch of Royal Asiatic Society sudah lama jadi impian, tetapi Murder Most Foul: A Panorama of Social Life in Melaka  from the 1780s to the 1820s adalah antara tiga buah pertama milik saya, selain Reprint 29 Hikayat Abdullah dan Monograph 9 Babad Dipanagara.

Gamitan apa yang ada padanya? Paling utama, saya mahu menikmati sejarah daripada kisah-kisah orang bawahan, orang kebanyakan dan golongan terpinggir dalam sejarah Melaka, seperti pedagang, peniaga kecil, petani, malah hamba.

Buku ini dapat menyajikannya, kerana disusun oleh Radin Fernando, seorang penyelidik di Nanyang Technological University, Singapura daripada kes undang-undang yang berlaku pada zaman Belanda dan sejurus Melaka dalam transisi untuk diserahkan kepada British.

Kes undang-undang tentu sekali tidak memilih, sama ada mereka orang bangsawan, pendekar ataupun tidak. Lagipun pada zaman penjajahan itu, golongan tersebut kebanyakannya telah meninggalkan Melaka bersama-sama perpindahan Kesultanan Melayu bertapak di petempatan baru.

Teringat saya pada zaman belajar undang-undang dulu, kalau pelajar lain seronok menyimpulkan prinsip undang-undang common law daripada case law yang dibaca, saya pula lebih suka mengikuti kisah-kisah manusiawi yang terkandung di dalamnya.

Ini kerana apabila sesuatu kes dibentang di mahkamah, segala rahsia di sebalik kejadian akan dikorek sehabisnya untuk membolehkan hakim menjatuhkan hukuman yang paling adil dan saksama. Saat itu segala rentet peristiwa, kedurjanaan atau kepujian jiwa manusia, penderitaan mangsa dan kepuasan penjenayah, terpamer tanpa dapat disembunyikan lagi.

Begitu juga buku Murder Most Foul ini apabila disorot daripada kes perundangan zaman Belanda itu. Terdapat pelbagai kisah manusiawi yang meruntun rasa dan pemikiran untuk direnung.

Umpamanya kisah seorang kanak-kanak telah dibunuh oleh ibu kepada temannya yang juga rakan keluarganya, kerana dorongan nafsu ingin memiliki emas yang dipakai kanak-kanak itu. Dengan bantuan beberapa orang hamba, kanak-kanak itu dipukul kepalanya dengan kayu dan dikebumikan senyap-senyap. Kepercayaan sesama manusia lebur begitu sahaja.

Kita juga dapat meneroka secebis kepahitan dunia perhambaan yang sangat berleluasa di Melaka pada zaman itu. Dikatakan, daripada 120,000 populasi Melaka, kira-kira 5000 hingga 6000 orang adalah golongan hamba. Hamba-hamba yang terlibat dalam jenayah ini, seringkali muda, didorongi kehendak asas manusiawi untuk bebas merdeka, lalu terdesak dan melakukan pembunuhan.

Kisah cinta dan kecurangan golongan bawahan juga mewarnai kehidupan zaman itu, mengesahkan bahawa pada zaman apapun, kejahatan dan kebejatan tetap sebahagian daripada diri manusia – meskipun pada zaman yang boleh ditanggap suci, tenang dan tidak dipengaruhi oleh anasir luar.

Kisah-kisah ini tidak akan diperolehi daripada hikayat-hikayat tinggalan nenek-moyang, yang banyak bertumpu kepada kisah bangsawan dan pendekar (meskipun saya tidak banyak membaca hikayat selain Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Abdullah).

Selepas buku ini, saya pasti akan mencari buku-buku MBRAS yang lain sebagai koleksi, terutama setelah tahu kedai buku pengedarnya, iaitu Read Resources Sdn. Bhd. Sebetulnya buku Murder Most Foul ini juga hadiah daripada syarikat tersebut tidak lama dahulu.

Buku dan kembara jiwa
Kembara jiwa seorang Elizabeth

Kini, sedang membaca Eat, Pray, Love (2006), ketika semua orang sudah lama memperkatakannya dan memiliki buku paling mutakhir, sepertinya saya orang yang tidak peduli dengan perkembangan terbaru dunia buku.

Hakikatnya: saya memang pengejar yang perlahan (malah sisi negatifnya, saya jarang merasakan itu suatu ketewasan – dunia bisnes yang kompetitif pasti merenung saya sambil menggelengkan kepala).

Selagi merasa hati-diri terisi, saya tetap berasa hidup dan ‘bernyawa’.

Mungkin kerana itu, saya tiba-tiba berasa lebih selesa untuk diam dan  sendiri, menyepi dari kebanyakan aktiviti dalam talian (memblog di sini  dan berforum di Goodreads Malaysia – dua perkara yang paling akrab  dengan kebahagiaan peribadi) sepanjang kehamilan kedua lalu (Ogos  2010-April 2011).

Silence and solitude are universally recognized spiritual practices, and there are good reasons for this. Learning how to discipline your speech is a way of preventing your energies from spilling out of you through the rupture of your mouth, exhausting you and filling the world with words, words, words instead of serenity, peace and bliss.

(Eat, Pray, Love, Bead 62)

Saya cuba mengaut tenang, aman dan bahagia dalam diam dan kesendirian. Ada sebabnya.

Kelahiran anak pertama dahulu, saya telah melalui Cesarean; walaupun tanpa parut fizikal yang hodoh, telah meninggalkan parut emosi yang sentiasa meruntun keteguhan diri.

Saya sentiasa mencintai apa yang paling semula jadi – dan Cesarean bagi saya adalah suatu pencerobohan atas ketentuan azali.

Keazaman saya berlipat ganda dan bertumpu hanya pada suatu destinasi sepanjang kehamilan kedua yang baru lalu; bersalin secara normal (walau terpaksa melakukannya sendirian di rumah, kononnya).

Di situlah tenaga fizikal dan mental saya terarah, dengan pelbagai cabaran termasuk keadaan bayi songsang hingga minggu 39 dan risiko lain, yang hampir meluputkan peluang bersalin normal yang terakhir.

Penyelidikan Internet, usaha perubatan & malam-malam pengaduan yang panjang; itulah dua hal utama yang menjauhkan saya dari dunia buku untuk begitu lama, di samping tenaga yang terkuras oleh urusan kerja dan rumah tangga.

Rindu buku seperti kabus sahaja, sebentar ada kemudian ghaib oleh kesesakan ujian lain yang bertimpa.

Buku – dalam kembara jiwa adakalanya terpaksa berpisah seketika.

Buku – dalam kembara jiwa ada waktunya membenih, seperti Eat, Pray, Love.

Buku – dalam kembara jiwa, hanya sebuah tempat kembali: AL-QUR’AN titipan Ilahi.

Mencumbu buku, dengan ketagihan baharu
Bayi & bangau - meminjam budaya tanpa faham?

PERTAMA

Saya tidak pernah mengalaminya – kerana hingga kini saya masih seorang wanita berzuriat satu. Sejak kehamilan kedua ini (Insya-Allah akan berakhir April tahun depan, doakan saya)  sahaja saya mendapat tahu, bahawa membawa seorang insan di dalam rahim, boleh membuat selera membaca saya tunggang terbalik; hingga perasaan ingin mencumbu buku hilang ghaib.

Setelah masuk suku kedua kehamilan, barulah saya merasai kembali nikmat membaca; mampu mengulit Every Book Its Reader pada pagi minggu, atau Madame Bovary dalam cahaya suram waktu seisi rumah sedang beradu. Tanpa terpaksa berjuang melawan perubahan hormon yang bergolak dalam badan. Sebulan lalu, saya hanya dapat menikmati komik, majalah bergambar dan membaca berita-berita pendek seputar politik. Seolah-olah ikrar cinta yang telah dicurangi, terpateri semula penuh makna; menyemarakkan cinta lama menjadi ketagihan baharu.

KEDUA

Gila buku boleh jadi juga suatu sikap jiwa eksentrik. Berapa ramai yang akan menganggap melakukan shelf-reading (menyemak bahan bacaan di rak perpustakaan agar urutan nombor panggilannya tidak kucar-kacir; atau memastikan buku-buku dalam katalog masih wujud di rak @ tidak) merupakan suatu nikmat?

Ia mungkin hal sangat membosankan bagi sebahagian besar orang, tetapi saya menganggapnya waktu intim untuk meneliti satu demi satu judul buku yang tidak pernah saya tahu kewujudannya; membayangkan siapakah pembaca yang akhirnya akan menanggapi buku itu sebagai kekasihnya; dan membiarkan diri tersiram oleh ketakjuban keluasan ilmu Allah dan manusia. Shelf-reading, adalah luang waktu mencumbu buku. Ketagihan yang nikmat.

KETIGA

Buku The Library at Night oleh Alberto Manguel yang dicita-citakan belum lagi dalam genggaman. Mengamati judulnya pertama kali, saya cuba membayangkan koleksi perpustakaan di semua tempat saya bekerja dulu dan kini dalam cahaya samar malam (sedalam minat saya pada perpustakaan, masih belum pernah saya terkunci atau sengaja mengunci diri di dalamnya ketika bulan sedang temaram).

Dapat saya bayangkan, ada gejolak rasa seperti menemui kekasih yang menderu dalam darah; seperti yang dirasai sekarang ketika ruang pembaca hampir tanpa penghuni kerana cuti semester telah bermula. Pada waktu-waktu yang begini, saya berasa lebih erat dengan setiap buku di rak; seolah-olah setiap naskhah sedang memandang saya penuh menduga, cuba mengajak bercengkerama. “Saya cinta kalian”, jerit hati, “tapi gelar pustakawan tidak memberi saya tiket mencumbu kalian sewaktu kerja.” Saya ketagihan mereka.

Ahad dua bahagia
Ahad lepas adalah Ahad dengan dua bahagia.

#1, buku yang dititip oleh teman seberang kini diam di rak peribadi. Terima kasih Amang, Mia dan Halim LCCT.

satu Islam, satu Melayu, satu politik - katanya

#2, Alhamdulillah tak memadai. Waktu cinta itu menguntumkan derita, tetap ada buah manisnya. Terima kasih Sifu Azmah, Bonda Zaharah dan Dr. Mawar.

16. Sehampar Ambal Tabriz (dipilih ke akhir).

Baca Perdana @ Tasik Shah Alam
Ada apa dengan Baca Perdana?

Apa yang istimewa dengan membaca beramai-ramai di tepi sebuah tasik? Sijil Malaysia Book of Records? Udara nyaman dari alam? Khalayak yang seperti pesta?

Apa sekalipun sebabnya, saya memang paling girang hati 26 Jun lalu. Bukan selalu suami membenarkan saya turut serta dalam acara berkait buku pada hari minggu – padahal hati selalu menggebu-gebu mahu ikut serta setiap acara Baca@LRT, kursus-kursus percuma PTS, aktiviti atau bengkel sastera, kegiatan sukarelawan dan seumpamanya.

Malah lebih bererti lagi, hari itu juga adalah pertemuan pertama antara beberapa orang rakan-rakan Goodreads Malaysia iaitu Ulya, Khairul, Thamrong @ Pak Din dan Hamizao, setelah kira-kira dua tahun saling mengenali di dunia maya. Juliana Es yang juga ahli Goodreads Malaysia (dan sudah pernah saya temui beberapa kali), memang sudah sibuk berbulan-bulan lamanya kerana terlibat sebagai penganjur.

Walaupun saya tiba lewat sekali daripada rencana asal (kerana jadual anak dan suami perlu diutamakan), tetapi rakan Goodreads Malaysia yang tiba lebih awal telah membantu urusan pendaftaran serta menandakan tempat di Lot 35.

Sebaik tiba, suami, anak dan saya mencari kakak yang tiba lebih awal untuk membantunya mendaftar. Waktu itu orang sudah penuh di sekeliling tasik dengan bahan bacaan masing-masing. Saya terintai-intai Ulya dan Khairul, dua orang rakan Goodreads yang lebih awal, dan nampak salah seorang melambai kami.

Para peserta MBSA

Oleh sebab orang sudah agak penuh di tempat mereka duduk, kami mengambil tempat di celah-celah peserta dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana di situ ada ruangan tikar yang masih kosong. Akhirnya Ulya dan Khairul pula yang berpindah berhampiran kami sekeluarga (maaf ya kalau telah menyukarkan). Ulya membaca menggunakan Sony Reader dan Khairul membaca buku Jasper Fforde.

Sejujurnya saya tidaklah membaca sangat, kerana tidak berasa selesa  membaca dalam keadaan padat dengan manusia seperti itu. Fikiran saya  tidak dapat difokuskan kepada isi buku dengan suasana yang julung kali  berlaku dalam sejarah negara. Saya lebih suka memerhati gelagat orang  dan menyerap semangat persekitaran.

Cuba mencari fokus antara baris kata

Tetapi bila siren membaca dibunyikan pada jam 10, saya cuba juga mencari   rentak antara baris kata-kata dalam buku The History of  Reading yang dibawa. Saya hilang tumpuan berbanding  membaca dalam kenderaan  awam yang sesak, yang boleh saya buat, mungkin  kerana kenderaan awam  sudah sebati dengan jiwa dan menjadi rutin satu  masa dulu.

Kakak yang cuba jadi gadis misteri dengan buku saya

Lelaki 'panas' sedang membaca (sila Google Hot Guys Reading)

Tidak sampai satu muka yang saya baca, anak saya mula bergerak ke sana  sini, terutamanya ke arah tasik. Dia memang peminat air dan asyik  meminta untuk berenang. Selepas suami membawanya mengambil Vico percuma,  dia masih ingin ke birai tasik juga. Maka sesi membaca saya tak bererti  lagi waktu itu, tamat lebih awal daripada orang lain. Saya menemankan  dia di tepi tasik sehinggalah akhirnya bertemu Thamrong, Hamizao dan  cucu mereka.

Menemani Fatimah yang cinta air

Tidak lama kemudian perarakan air Sultan dan Menteri Besar diiring pihak  penganjur, dan sebaik sahaja perarakan hilang dari pandangan, suami  pula terpaksa berkejar ke tempat kerja. Saya mengaku memang akan tewas  menjaga anak saya yang cukup aktif tanpa suami, lalu bergegas mengemas  barang dan bergerak pulang.

Perarakan Sultan dan VVIP

Maka saya tidaklah sempat berbual panjang dengan Thamrong, Hamizao, Khairul dan Ulya. Tetapi apa sekalipun sebab yang menarik saya menghadirkan diri membaca di tepi tasik itu beramai-ramai, saya sudah ada kenangan manis beracara buku dan bertemu ramai pencinta buku, tak kira sejati mahupun bidan terjun.

En. Thamrong, Ulya & Pn. Hamizao

Mahu baca ulasan kritis Khairul mengenai acara Baca Perdana, di sana. Jangan percaya dengan wajah serius saya di blognya, saya tidak membaca, tapi beraksi untuk kamera.

Mahu nikmati foto-foto Baca Perdana yang lain, Bunnybaby @ Juliana sempat merakam lebih banyak peristiwa – di sana.