Archive for the ‘Buku dan Hidup’ Category

Wariskan ‘tongkat sakti’ dengan sepotong ‘mantera’

Sunday, July 13th, 2008

Saya percaya buku mempunyai kuasa yang misteri. Manakala mereka yang mewariskan buku dengan penuh sedar adalah pemilik mantera yang mampu mengatur kuasa misteri itu, agar mencapai tujuan yang murni. Kedengarannya seperti kisah pari-pari dengan tongkat sakti, cuma dalam dongeng saya ini, si pari-pari adalah penggemar buku manakala tongkat saktinya adalah buku ...

1000 buku untuk 1000 manusia dan 1000 keadaan

Thursday, June 5th, 2008

Kata S.R. Ranganathan bapa sains perpustakaan India, setiap buku ada pembacanya dan setiap pembaca ada bukunya. Betapa benarnya kata-kata beliau. Malah bukan itu sahaja, saya percaya setiap buku juga ada keadaan yang bersesuaian dengannya untuk ditelaah. Biar saya kongsikan kisah saya dengan buku sekali lagi untuk menunjukkan kebenaran kata-kata ini. Pertama sekali ...

Terima kasih 1515….

Friday, May 23rd, 2008

Sebelum aku memperpanjangkan kisah terima kasihku, aku ingin menyatakan di sini sebagai satu pelepasan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan pada masa sama, kalau-kalau ada orang mempersoal di mana telah kaucampak kitab sucimu - kau kelihatannya ribut-ribut benar soal buku-buku cerita dan novel sahaja? Ya, pernah ada yang bertanya senada. Jadi ...