BUKURIA

Gerbang Dunia Buku dan Perpustakaan

Archives for the ‘Artikel Luar’ Category

Utusan Malaysia: RM2.5 juta beli buku perpustakaan

By Najibah • May 25th, 2008 • Category: Artikel Luar

KUALA TERENGGANU 21 April - Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan tahun ini untuk membeli bahan-bahan bacaan baru untuk ditempatkan di Perpustakaan Negeri Terengganu.
Pengarahnya, Nor Akmal Abdul Fatah berkata, sebahagian besar daripada peruntukan itu adalah untuk perbelanjaan membeli buku-buku bercorak pengetahuan am dan akademik.
”Pada pesta buku yang lepas, kita membelanjakan hampir RM0.5 juta untuk membeli buku-buku baru,” […]



Berita Harian (Timur): Guru Disaran Terbit Buku Akademik

By Najibah • May 15th, 2008 • Category: Artikel Luar

KUANTAN: Guru di negeri ini disaran berusaha menerbitkan buku bagi memberi lebih peluang kepada golongan pelajar mendalami apa juga ilmu akademik.
Buku yang dihasilkan oleh guru dianggap lebih tepat dan sesuai untuk digunakan golongan pelajar kerana hasil tulisan diperoleh daripada pengalaman sebenar.



Utusan Malaysia: Majalah Membentuk Budaya Membaca

By Najibah • May 12th, 2008 • Category: Artikel Luar

Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM
MEMBACA adalah pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang.
Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah majalah. Maka lambakan majalah di […]



Utusan Malaysia: Usaha Memupuk Minat Membaca

By Najibah • May 12th, 2008 • Category: Artikel Luar

12 Mei 2008
INISIATIF Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan Pameran Wajah-Wajah Penulis Malaysia yang bertemakan Setitis Tinta… Sejuta Karya bermula 5 Mei lalu hingga 8 Jun ini patut diberi perhatian oleh semua pihak.Perhatian itu tentunya ditujukan kepada masyarakat tentang peri pentingnya pameran tersebut yang antara lain mempamerkan sumbangan sebahagian daripada para penggiat dalam bidang penulisan tanah air.
Menerusi […]



Utusan Malaysia: Budayakan Bahan Bacaan Bermutu - Razali

By Najibah • May 5th, 2008 • Category: Artikel Luar

KOTA BHARU 4 Mei - Usaha ke arah membudayakan membaca di kalangan rakyat negara ini perlu menitikberatkan bahan-bahan bermutu agar dapat dapat membentuk pemikiran dan budi pekerti yang baik.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd. Razali Ismail berkata, pemikiran dan budi pekerti seseorang akan turut dipengaruhi corak bahan-bahan bacaan yang mereka pilih.



Utusan Malaysia: Lambat proses keahlian perpustakaan kanak-kanak

By Najibah • May 4th, 2008 • Category: Artikel Luar

PADA hari minggu yang lepas, kami sekeluarga melawat perpustakaan kanak-kanak di Johor Bahru. Suasana perpustakaan amat selesa dan nyaman. Tahniah kepada pihak pengurusan dan sila terus pastikan penyelenggaraan yang baik.
Tetapi kami amat terkilan apabila diberitahu bahawa permohonan keahlian memerlukan dua minggu untuk diluluskan?



Utusan Malaysia: Adam, Dafi meriahkan pesta buku

By Najibah • May 2nd, 2008 • Category: Artikel Luar

KOTA BHARU 1 Mei - Sambutan Pesta Buku Kelantan 2008 selama seminggu di sini yang bermula Isnin lalu mencapai kemuncaknya hari ini dengan dihadiri lebih 15,000 pengunjung.
Orang ramai mengambil kesempatan bersama keluarga sempena cuti umum Hari Pekerja dan kemunculan tiga artis remaja, Adam, Dafi serta Ryzal memeriahkan lagi suasana dan menjadikan Dewan Jubli Perak Majlis […]



Utusan Malaysia: Buku Bentuk Minda Rakyat

By Najibah • Apr 26th, 2008 • Category: Artikel Luar

Oleh: Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim
TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.
Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.



Utusan Malaysia: Program Tingkatkan Pembaca Dirancang

By Najibah • Apr 10th, 2008 • Category: Artikel Luar

SEREMBAN 11 Mac - Perpustakaan negeri sedang merancang pelbagai program sepanjang tahun ini untuk meningkatkan kadar pengunjung di gedung ilmu itu.
Pengarah Perpustakaan negeri, Samsudin Hamidan berkata, pihaknya kini sedang mengatur strategi untuk menarik lebih ramai pembaca memandangkan peningkatan yang baik dari segi pengunjung sejak kebelakangan ini.