Archive for the ‘Artikel Buku’ Category

Berita Harian (Timur): Guru Disaran Terbit Buku Akademik

Thursday, May 15th, 2008

KUANTAN: Guru di negeri ini disaran berusaha menerbitkan buku bagi memberi lebih peluang kepada golongan pelajar mendalami apa juga ilmu akademik. Buku yang dihasilkan oleh guru dianggap lebih tepat dan sesuai untuk digunakan golongan pelajar kerana hasil tulisan diperoleh daripada pengalaman sebenar.

Utusan Malaysia: Majalah Membentuk Budaya Membaca

Monday, May 12th, 2008

Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM MEMBACA adalah pintu kepada penerokaan ilmu. Sesuatu bangsa yang berjaya, adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu. Maka dengan ilmulah bangsa itu akan bangun dan mewujudkan sebuah tamadun yang cemerlang. Antara bahan bacaan yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah ...

Utusan Malaysia: Usaha Memupuk Minat Membaca

Monday, May 12th, 2008

12 Mei 2008 INISIATIF Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan Pameran Wajah-Wajah Penulis Malaysia yang bertemakan Setitis Tinta... Sejuta Karya bermula 5 Mei lalu hingga 8 Jun ini patut diberi perhatian oleh semua pihak.Perhatian itu tentunya ditujukan kepada masyarakat tentang peri pentingnya pameran tersebut yang antara lain mempamerkan sumbangan sebahagian daripada para penggiat ...

Utusan Malaysia: Budayakan Bahan Bacaan Bermutu - Razali

Monday, May 5th, 2008

KOTA BHARU 4 Mei - Usaha ke arah membudayakan membaca di kalangan rakyat negara ini perlu menitikberatkan bahan-bahan bermutu agar dapat dapat membentuk pemikiran dan budi pekerti yang baik. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd. Razali Ismail berkata, pemikiran dan budi pekerti seseorang akan turut dipengaruhi corak bahan-bahan bacaan yang mereka pilih.

Utusan Malaysia: Adam, Dafi meriahkan pesta buku

Friday, May 2nd, 2008

KOTA BHARU 1 Mei - Sambutan Pesta Buku Kelantan 2008 selama seminggu di sini yang bermula Isnin lalu mencapai kemuncaknya hari ini dengan dihadiri lebih 15,000 pengunjung. Orang ramai mengambil kesempatan bersama keluarga sempena cuti umum Hari Pekerja dan kemunculan tiga artis remaja, Adam, Dafi serta Ryzal memeriahkan lagi suasana dan ...

Utusan Malaysia: Buku Bentuk Minda Rakyat

Saturday, April 26th, 2008

Oleh: Khairusy Syakirin Has-Yun Hashim TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995. Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.