Archive for the ‘Artikel Luar’ Category

Mingguan Malaysia: Tawar menawar di pasar buku

Sunday, July 13th, 2008

Oleh: Sopha Sulaiman TIDAK sukar untuk membeli sesuatu barang keperluan di Jakarta kerana ia diletakkan tempat yang khusus, baik di pusat membeli belah, jalan dan daerah tertentu. Orang ramai tidak perlu tercari-cari di mana mahu membeli alat ganti kenderaan, lukisan, tempat percetakan, telefon, batu permata, pakaian, mainan, haiwan, barangan elektronik, kraftangan dan ...

Pustakawan ulung; yang masyhur dan kualiti kemasyhuran

Wednesday, July 9th, 2008

Tugas pertama seorang pustakawan adalah untuk mengenali perpustakaan di bawah jagaannya; apa yang ada dan apa yang tiada dalam koleksinya, apa kelemahan dan apa kekuatannya, serta sentiasa bersiap siaga untuk memenuhi sebarang kekurangan yang telah diperakui. Secara sepintas lalu, dia harus tahu koleksi perpustakaan yang perlu dan tidak perlu diperolehinya, sama ...

Berita Harian: Syor pekerja diberi elaun buku

Tuesday, July 8th, 2008

Oleh Nor Azma Laila Cadangan akan dihantar ke Kabinet untuk galak tabiat membaca di kalangan rakyat KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat. Menterinya, Datuk Seri ...

Sebaik-baik teman sejati adalah buku - Dr. ‘Aidh Al-Qarni

Thursday, July 3rd, 2008

Di antara sebab kebahagiaan adalah meluangkan waktu untuk mengkaji, memberi perhatian kepada pembacaan dan mengembangkan kekuatan otak dengan beberapa hikmah. Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. Katanya: "Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan teman ...

Utusan Malaysia: Daya penarik gelombang membaca

Friday, June 27th, 2008

ARKIB : 23/06/2008 Oleh KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM DALAM membicarakan pengwujudan gelombang membaca, bukulah yang menjadi daya penariknya. Sekiranya buku tidak ditulis, tiadalah pembacaan. Sekiranya ia ditulis tanpa ilmu, tiadalah tamadun. Walaupun definisi membaca itu bukan sekadar perlu dilihat pada buku, namun bagi penulis, buku itu seharusnya didefinisikan secara lebih meluas lagi.

Utusan: Dedikasi 50 tahun penulisan kreatif

Wednesday, June 25th, 2008

Oleh AZMAN ISMAIL BERMULA 1960. Sejak itu, beliau telah menghasilkan sekitar 138 judul buku yang terdiri daripada novel dewasa, remaja dan kanak-kanak) selain menulis cerpen, puisi drama dan esei. Kini, setelah hampir 50 tahun bergelumang dalam kancah sastera dan dunia kreatif tanah air, Rejab F.I (Rejab Ismail) berjaya menerbitkan sendiri karyanya ...

Utusan: Bantuan pinjaman akan diberi kepada penerbit buku

Wednesday, June 25th, 2008

18/06/2008 2:07pm KUALA LUMPUR 18 Jun – Industri buku yang kian lesu akan digiatkan kembali menerusi beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada penerbit dan pengedar buku. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu menjana kembali industri buku yang pernah mencapai zaman cemerlangnya suatu ketika dahulu serta meningkatkan jualan buku yang ...

Jangkakan kenaikan harga buku dan bahan bacaan tradisional

Monday, June 23rd, 2008

Masih ingat kira-kira sepuluh tahun lepas apabila ekonomi Asia bergoncang, harga kertas telah meningkat naik dan seterusnya harga buku. Kali ini perkara yang sama berulang lagi. Para pembaca harus menjangkakan kenaikan harga buku dan juga bahan bacaan lain, termasuk akhbar harian berdasarkan kenaikan 50% yang berlaku kepada harga kertas.

Utusan: Keputusan pemenang HSKU 2007

Tuesday, June 17th, 2008

15 Jun 2008 - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2007 (HSKU 2007) kini telah memasuki usia 23 tahun. Sejak diwujudkan 23 tahun lalu, HSKU telah melahirkan banyak penulis baru yang berbakat hingga akhirnya menjadi sasterawan yang mewarnai lanskap kesusasteraan tanah air. HSKU menjadi platform paling berkesan untuk penulis baru mencipta ...

Kenapa kaum lelaki membaca?

Thursday, June 12th, 2008

Sering kita dengar, wanita dikatakan membaca untuk memenuhi keinginan emosinya lebih daripada intelektual. Itulah sebabnya ramai wanita membaca novel cinta. Mereka juga lebih banyak menggunakan buku masakan dan buku jahitan, manakala lelaki lebih macho dengan buku-buku yang hebat seperti politik dan sejarah. Sebuah artikel ringkas tulisan Kaite Mediatore Stover (seorang ketua ...