BUKURIA

Gerbang Dunia Buku dan Perpustakaan

Archives for the ‘Artikel BukuRia’ Category

18 saranan untuk menanam tabiat membaca

By Najibah • Jun 27th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Seringkali kita berazam untuk membaca lebih banyak buku atau sekurang-kurangnya cuba menimbulkan minat membaca dalam diri sendiri, tetapi kecundang separuh jalan.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dicuba, gabungan daripada panduan yang ditulis oleh Leo Babauta dan Kevin Eikenberry (dengan sedikit ubahsuai supaya kena dengan budaya dan persekitaran Malaysia).



Seni membuat buku dengan tangan

By Najibah • Jun 25th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Kali pertama manusia mencipta buku, belum ada mesin yang mampu mencetak, menjilid serta menyusun helaian dan kulit buku secara pukal seperti sekarang.
Pelbagai teknik pernah digunakan untuk menghasilkan buku, termasuk mencetak dengan acuan ukiran kayu atau porselin di Eropah dan China. Selain itu, buku dihasilkan secara penuh seni dengan menggunakan tulisan tangan dan pelbagai hiasan yang […]



Jangkakan kenaikan harga buku dan bahan bacaan tradisional

By Najibah • Jun 23rd, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Masih ingat kira-kira sepuluh tahun lepas apabila ekonomi Asia bergoncang, harga kertas telah meningkat naik dan seterusnya harga buku. Kali ini perkara yang sama berulang lagi.
Para pembaca harus menjangkakan kenaikan harga buku dan juga bahan bacaan lain, termasuk akhbar harian berdasarkan kenaikan 50% yang berlaku kepada harga kertas.



Membaca sebagai penulis

By Najibah • Jun 18th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Pernahkah anda menyimpan impian menjadi penulis?
Tentu ramai di antara kita yang akan mengiyakan, apatah lagi dalam dunia hari ini apabila seorang blogger yang hanya bermula kecil-kecilan di dunia maya pun akhirnya dapat menerbitkan buku masing-masing, walaupun secara persendirian.
Kalau ada yang ingin menjadi penulis, pernahkah pula anda terfikir bagaimanakah seorang penulis perlu membaca supaya dapat menghasilkan […]



Simbiosis penulis, penerbit dan perpustakaan

By Najibah • Jun 14th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Mendengar perkataan simbiosis, ia mungkin mengingatkan penonton tentang drama bersiri dibintangi Nanu dan Fahrin yang saling bertukar pasangan demi maslahat masing-masing.
Bagi para peminat drama tersebut, maaf kerana Simbiosis yang itu tidak menjadi inti artikel kali ini.
Simbiosis dalam artikel ini hanya mengutarakan maksud umumnya, iaitu bentuk hubungan yang saling bergantungan dan memberi manfaat kepada pihak-pihak yang […]



Kenapa kaum lelaki membaca?

By Najibah • Jun 12th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Sering kita dengar, wanita dikatakan membaca untuk memenuhi keinginan emosinya lebih daripada intelektual. Itulah sebabnya ramai wanita membaca novel cinta. Mereka juga lebih banyak menggunakan buku masakan dan buku jahitan, manakala lelaki lebih macho dengan buku-buku yang hebat seperti politik dan sejarah.
Sebuah artikel ringkas tulisan Kaite Mediatore Stover (seorang ketua pustakawan di Perpustakaan Awam Kansas) […]



Ubah gaya hidup: sumber bahan bacaan ketika gawat

By Najibah • Jun 10th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Sebelum ini, Bukuria telah menyarankan membaca sebagai satu bentuk hiburan alternatif pada waktu ekonomi gawat. Saranan ini dibuat berdasarkan beberapa sebab. Salah satunya adalah kerana berhibur dengan buku ini walaupun masih memerlukan kita mengeluarkan kos tetapi ia berbaloi dan masih boleh diselarikan dengan saranan kerajaan supaya mengubah gaya hidup.
Dalam keadaan separa rela untuk menyahut […]



Hiburan terpilih ketika ekonomi gawat

By Najibah • Jun 7th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Ketika ekonomi dunia dan negara berada dalam keadaan sihat, kita mempunyai banyak pilihan hiburan. Nilai wang yang tinggi menjamin peluang kita untuk berhibur dengan pelbagai cara: melancong / mengembara, membeli-belah, berekreasi di pusat rekreasi berbayar, melawat teman-teman dan saudara-mara yang jauh, menonton konsert, menonton wayang dan lain-lain lagi.
Tetapi apabila keadaan ekonomi sedang gawat, kita harus […]



1000 buku untuk 1000 manusia dan 1000 keadaan

By Najibah • Jun 5th, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Kata S.R. Ranganathan bapa sains perpustakaan India, setiap buku ada pembacanya dan setiap pembaca ada bukunya. Betapa benarnya kata-kata beliau. Malah bukan itu sahaja, saya percaya setiap buku juga ada keadaan yang bersesuaian dengannya untuk ditelaah.
Biar saya kongsikan kisah saya dengan buku sekali lagi untuk menunjukkan kebenaran kata-kata ini.
Pertama sekali jangan ketawa. Semasa kecil saya […]



Antara Goodreads, LibraryThing dan Shelfari

By Najibah • Jun 3rd, 2008 • Category: Artikel BukuRia

Terdapat beberapa komuniti buku maya yang mendapat sambutan di kalangan penggemar buku iaitu Goodreads, LibraryThing dan Shelfari. Bagi sesiapa yang belum pernah menyertainya, Goodreads, LibraryThing dan Shelfari adalah komuniti maya yang memberikan khidmat katalog dan rangkaian sosial untuk para penggemar buku.
Komuniti maya ini menyediakan kemudahan yang sangat berguna bagi penggemar buku untuk merekodkan buku-buku yang […]