Buku di Dunia Islam

Sejarah buku di dunia Arab-Islam boleh dikatakan bermula dengan turunnya al-Qur’an. Sebelum kedatangan Islam, beberapa bentuk syair pernah dirakamkan dalam bentuk bertulis, namun bukan dalam bentuk kodeks atau buku.

Selepas bermulanya penulisan al-Qur’an, kepandaian baca tulis kian meluas di kalangan Muslim sehingga akhirnya wujud tamadun intelektualnya yang agung. Sejarah buku dunia Islam ternyata meninggalkan khazanah yang begitu gemilang, menyerap ke dalam peradaban lain dan menjadi baja yang menyuburkan.

Kronologi di bawah ini berusaha menceritakan perkembangan sejarah buku Islam dari zaman sebelum Islam sehingga zaman kini.

SEBELUM ISLAM
Kronologi Tahun Peristiwa
Abad ke-9 / awal abad ke-10 SM Sistem tulisan di Semenanjung Arab
328 M Epigraf dengan huruf Nabatean ditulis (ditemui di Hauran pada makam Imra al-Qays)
Abad ke-6 M Tujuh Mu'allaqat
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
Kronologi Tahun Peristiwa
661-750 M Wahb b. Munabbih mentafsir inskripsi awal Raja Yaman tentang Kota Na'it (1500 tahun sebelum Islam)
Kurun ke-8 Hammad al-Rawiya menyusun Mu'allaqat
743 M Ibn al-Muqaffa' memeluk Islam
745-750 M Ibn al-Muqaffa' dan Khudai-Nama
756 M Ibn al-Muqaffa' dihukum bunuh oleh Khalifah al-Mansur
975-990 M Perpustakaan Islam Zaman Fatimiyah
1729-1742 M Ibrahim Muteferrika: Pelopor Percetakan Moden di Turki Uthmaniyah
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com