Cerita Mimpi

Berbicara tentang mimpi, saya percaya zaman kanak-kanak dan remaja adalah saatnya yang paling murni untuk kita bermimpi. Waktu itu gejolak keberanian belum surut berhadapan realiti hidup, lalu terciptalah mimpi-mimpi nan melangit tingginya.

Menjejak dewasa, walaupun ada seribu kemusykilan beriak di hati, saya percaya semangat diri harus tetap dikobarkan, demi melarik mimpi-mimpi yang sudah lama bersemi.

Berikut adalah semua mimpi saya sejak dahulu sehingga hari ini:

1. Mempunyai PhD dalam bidang pengajian yang diminati iaitu pengurusan maklumat, kepustakawanan dan sains informasi (atau mungkin PhD dalam bidang-bidang lain yang dilorongkan Allah?);

2. Menjadi pustakawan dan pensyarah sambilan di samping memberi sumbangan akademik dalam bidang pengurusan maklumat;

3. Memiliki sebuah perpustakaan yang dapat digunakan oleh orang ramai;

4. Mengembara ke seberapa banyak negara di dunia dan merekodkan pengalaman tersebut menjadi buku;

5. Menulis sebuah buku – kreatif atau non-kreatif tidak begitu penting, asalkan dapat meninggalkan sebuah buku untuk tatapan umum;

6. Membaca 50 buah buku setahun;

7. Melahirkan sekurang-kurangnya 4 orang anak;

8. Belajar menjahit sehingga dapat menghasilkan baju-baju sendiri;

9. Memiliki perniagaan buku sendiri – tidak kira sebuah penerbitan atau sebuah kedai buku;

10. Belajar berenang – meskipun Ma berasal daripada pantai timur dan pantai dapat dilihat daripada rumahnya, sayang sekali tidak dapat berenang;

11. Menjadikan berbasikal amalan kesihatan dalam kehidupan;

12. Membina rumah baru untuk Ma di kampung;

13. Memiliki rumah sendiri – selain rumah suami;

14. Belajar fotografi dan memiliki DSLR – mahu berkongsi hobi ini dengan kakak dan adik yang lebih terkehadapan;

15. Melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan;

16. Belajar sekurang-kurangnya empat lagi bahasa dunia – Jerman, Jepun, Mandarin dan Spanish [?], serta memantapkan penguasaan bahasa Arab yang sudah mulai lemah;

17. Memulakan koleksi buku-buku tentang laut dan hutan tropika sempena minat diri sendiri terhadap laut dan minat arwah ayah terhadap hutan Khatulistiwa;

18. Memiliki kemahiran rekabentuk web dan PHP yang baik supaya dapat menghasilkan template Wordpress sendiri (atau jika berkesempatan belajar lebih jauh, mampu membuat plugin Wordpress sendiri);

19. Belayar dalam sebuah kapal pelayaran ke mana-mana negara di dunia (tidak semestinya kapal mewah, kapal buruk pun boleh juga asal selamat!);

20. Menggiatkan diri dalam dunia persembahan dan kesenian Islam, terutama teater; dan

21. Mempunyai sebuah taman yang cantik di halaman rumah, dengan sebuah kolam dan bunga yang banyak!

LARIKAN TERKINI

SERIBU MIMPI

ARKIB MIMPI

SAMA BERMIMPI?

PETAH SANG PENDETA


"It is what you read when you don't have to that determines what you will be when you can't help it."— Oscar Wilde

http://www.goodreads.com/

KELAB BUKU, ANYONE?

Goodreads Malaysia
Goodreads Malaysia 125 members
Anak Malaysia yang gemar membaca! Mengalu-alukan para pembaca antarabangsa dan serantau yang meminat...

currently reading


Tawarikh Cinta Tawarikh Cinta
by Nisah Haji Haron
Start date: May 1, 2009

BACAAN SEKARANG

Widget_logo