by najibah | May 25th, 2009
Sesekali apabila saya memerhati perjalanan menuju impian, saya dapati ada suatu corak yang istimewa – iaitu bilamana sebuah mimpi itu menjauh, yang lain tiba-tiba datang mendekat sebagai ganti. Saya fikir ada kebaikannya juga saya mempunyai ’seribu’ mimpi!
Misalnya seminggu lalu, saya menahan kecewa mendapat tahu tentang polisi baru KPT tentang menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah. Tetapi hari ini, alhamdulillah, ceria rasanya mendapat tiga berita baik sekaligus.
Salah satu yang boleh saya rakamkan di sini, adalah termuatnya artikel “Peranti Membaca Digital” dalam Dewan Kosmik Jun 2009. Walaupun masih ada sisi-sisi tertentu artikel itu yang sangat tidak memuaskan hati sendiri, tetapi rezeki tetap perlu disambut dengan rasa syukur. Biasanya hanya selepas tersiar sesuatu karya atau artikel, barulah saya terkocoh-kocoh kembali mencari idea penulisan seterusnya. Karya yang tersiar itu menjadi seperti suntikan vaksin yang kembali merangsang antibodi minda supaya mencanai idea baru.
Dua berita lagi akan saya rakamkan kemudian, bergantung kepada beberapa gerbang ujian yang bakal dilalui pada hari Rabu dan Khamis nanti.
Pohon doa dari semua. Kedua-dua langkah ini terlalu penting untuk saya mencapai mimpi yang kedua: Menjadi pustakawan dan pensyarah sambilan….
Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu rezeki-Nya buat saya kali ini, sesudah dua kali gagal di persimpangan sama. Sudah semestinya, usaha saya harus digandakan juga!




salam, jie, best of LUCK! seronok melihat masing2 cuba mengejar mimpi masing2… berjaya atau gagal… mungkin itu rezeki masing2…
tp bagaimana pula dgn yg masih tidak mempunyai mimpi… rasanya lebih teruk lg drp gagal mengejar mimpi… huhuhu…
Salam,
”Walaupun masih ada sisi-sisi tertentu artikel itu yang sangat tidak memuaskan hati sendiri, tetapi rezeki tetap perlu disambut dengan rasa syukur. Biasanya hanya selepas tersiar sesuatu karya atau artikel, barulah saya terkocoh-kocoh kembali mencari idea penulisan seterusnya.”
Saya terkenang masa mula menulis dahulu. Memang lepas siar baru sedar akan kekurangan itu.
Insya-Allah saya akan baca.
Wan, mudah-mudahan mimpi-mimpi yang tersenarai di sini tak jadi mimpi-mimpi Mat Jenin…
Cakap-cakap tentang mimpi ni, ceritalah mimpi Wan pula di blog, he he he.
Isma,
Salam kembali. Ya, apabila tersiar terasa seolah-olah masih ada ruang bagi artikel itu diubah suai, difikirkan dengan lebih mendalam dan lain-lain lagi. Ada tips boleh dikongsikah, Isma. Bagaimana mahu mencapai tahap puas hati lebih tinggi dengan hasil penulisan?
Wan, mimpi-mimpi biasa pun, yang penting intinya. Keikhlasan
Mimpi luar biasa kadang-kadang boleh membuat manusia jadi bongkak.
Kak, saya sudah baca artikel itu. Hmmm… maaf, rasa masih ‘kekerasan.’Maaf.
Bagi saya,kepuasan tercapai apabila fakta dan fiksyen digauli(faction).Macam mimpi juga.
Isma, tak mengapa. Tak perlu minta maaf. Terima kasih atas komen, memang selalu saya tunggu komen daripada sesiapa. Cuma jarang diperoleh. Saya terbuka dan boleh terima. Harus hargai peer-response yang boleh menyeimbangkan, tambahan lagi kalau didapati dari mereka yang turut menulis.
Gaulan fakta dan fiksyen itu memang sesuatu yang sedang saya cuba kuasai. Paling suka dengan gaya menulis Saharil Hasrin Sanin, tetapi entah bila dapat mencapai keberkesanan penulisannya.
“Macam mimpi….” Ya, menarik perumpamaan itu.
Oh kak, saya pun masih belajar lagi.