by najibah | May 15th, 2009
Seorang lelaki berbaju kemeja kemas asyik mendengar tentang suatu program keusahawanan. T**** M**** namanya.
Barangkali dia tertarik, lalu dia bertanya kepada wakil program.
“Program ini untuk siapa?”
“Untuk Bumi sahaja”, merujuk kepada Bumiputera.
Lelaki itu pun berlalu sepantas mungkin. Tanpa telinganya sempat mendengar kata maaf di hujung jawapan yang diberikan.
Dia seorang India.
* * * * *
“Kamu tidak boleh memohon sebagai pelatih akademik. Ijazah dan sarjana kamu berbeza. CGPA kamu semasa ijazah juga tidak cukup syarat. Kalau kami menerima permohonan kamu sekalipun, permohonan itu tidak akan terlepas dari tapisan KPT.” Kata wakil institusi itu.
Dia teringat kata-kata dua orang ahli akademik yang pernah ditemuinya.
“Fakulti pengurusan maklumat memang memerlukan orang yang ada latar belakang bidang perundangan.”
Dan…
“Masih banyak lagi penyelidikan tentang sistem informasi undang-undang Malaysia belum dilaksanakan untuk memantapkan lagi sistem perundangan negara.”
Dia pun pulang.
Laman KPT disinggahi.
Syarat-Syarat Khusus
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.
- Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.
CGPAnya memang melepasi syarat.
Dia bekas pelajar perundangan, memburu impian menerokai dunia informasi dan kepustakawanan.




Najibah,
Hari ini saya berpeluang mendengar kupasan menarik mengenai BLUE OCEAN STRATEGIES oleh ex-KPP, Tan Sri Dato’ Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin. Beliau menggariskan bahawa, BLUE OCEAN objektifnya hanya ada 2: 1) Making thinking is major theme in higher learning institution core curricular 2) Dealing with consequences with the theme in teaching, learning and evaluation.
Dia provok kami dengan 2 objektif itu – dan mula memancing apa yang kami fikirkan …
Dan, dalam diam saya berkata pada diri, no matter how good I am in encouraging the thinking process to my students, I always be defeated by the system … namun, oleh kerana creativity doesn’t hv preconditions, I still believing I could do something within the wreck system … how inspiring!
T**** M**** — saya tahu .. boleh saya selesaikan? :p
Off topic … teringat bait2 dalam Last LEcture:
“All you have to do is ask …”
Yup Peesha, sebenarnya saya ada teringat pada Last Lecture bila berhadapan dengan dua situasi di atas. Cuma entah bagaimana saya tak mengaitkannya dalam entri yang ini. Mungkin sebab tujuan saya mahu beri gambaran kehampaan insan-insan yang terperangkap di dalam sistem on the spot bila peristiwa tu berlaku. Entri ni sekali baca terlalu pesimiskah? He he he.
Tapi, saya memang bercadang mahu hubungi KPT lepas ini. Atau cari kelemahan / kecacatan dalam sistem mereka yang boleh saya tembusi
.
He he he, orang TM pun risau sebenarnya masa kejadian tu. Sempat bercerita pada saya, memang mereka kurang berkenan program tu dibuka hingga ke universiti lain, sebab bila lebih ramai orang tahu, mereka yang tak layak sertai akan rasa macam dipinggirkan.
Sistem oh sistem!
Bukan salah sistem semata-mata, tapi orang yang mencipta sistem itulah, dan juga mungkin termasuk orang yang melaksanakannya. Sistem hanyalah produk akhir yang dihasilkan oleh manusia.
Kelemahan seperti ini memang menyesak dan melemaskan.
Nana, setuju dengan Nana. Sistem yang dicipta itu seringkali memerangkap mereka yang barangkali layak, kalaupun bukan saya. Yang penting sekarang, kita perlu membuktikan bahawa sistem yang tidak tepat itu telah tersalah mengasingkan manusia tertentu daripada apa yang patut baginya.