Dalam Kelam Ini

by najibah | June 27th, 2009

42-21558224

Alhamdulillah. Dalam kegelisahan tanpa pekerjaan tetap, ada ilham yang membelai-belai hujung pena suatu malam beberapa bulan lalu. Lalu terpateri dakwat pena atas sehalaman buku nota – berakhir sebagai sebuah puisi bercetak di Tunas Cipta Julai 2009.

Ada isyarat yang mahu saya hantarkan kepada bonda yang menganyam sebidang rasa entah apa di kampung. Betapa tidak, kakak saya turut berpengalaman sama, sukar menemui lorong kerjaya ‘kerajaan’ seperti yang bonda harapkan – walaupun dari sudut akademik dan kemahiran lain kami tidak terlalu melesat ke belakang. Kami berdua masih meneroka jalan sendiri tanpa jemu, mencari apa yang dapat menyenangkan bonda yang kian beranjak usia.

3 Responses to “Dalam Kelam Ini”

  1. Oh kak, saya sejak sekolah rendah hingga kini tidak pernah terlintas untuk berkerja dengan kerajaan Thailand. Langsung tidak terlintas. Dan sekarang kegelisahan untuk mendapat kerja tetap pun sudah tidak wujud. Rezeki ada di mana-mana.

    Saya rasa kak punya gaya penulisan agak lembut tapi mengapa pendek sangat?Tidak puas baca.Tidak sampai sejengkal.

    *saya tidak pandai tulis puisi.:)

  2. Salam Najibah.

    Betul cakap Isma … rezeki Allah ada di mana2 … selagi belum tamatnya nyawa, selama itulah kita akan berezeki, insyaAllah.

    Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda.

    Wassalam

    P/s: memang saya sudah tidak selalu ke goodreads itu … blog pun masih belum boleh berupdate … hambatan tugas dan masa … cabaran alam maya ini juga kadang2 meresahkan …

  3. Najibah says:

    Isma dan Peesha, kegelisahan tidak berpekerjaan tetap lebih berpunca daripada kegagalan merealisasikan impian seorang ibu. Bonda saya dulu pekerja kerajaan, beliau belum dapat hapuskan ketidakpercayaan bahawa kerja swasta atau kerja sendiri tidak menjamin hari tua. Kegelisahan diri sendiri, lebih berpunca daripada kegagalan menghasilkan ‘masterpiece’… he he he…

    *Jauh di suatu masa dulu, impian saya cuma untuk menulis dan menulis, tetapi telah kabur oleh impian seorang ibu, yang lebih wajar dipenuhi… :)

Leave a Reply

LARIKAN TERKINI

SERIBU MIMPI

ARKIB MIMPI

SAMA BERMIMPI?

PETAH SANG PENDETA


"It is what you read when you don't have to that determines what you will be when you can't help it."— Oscar Wilde

http://www.goodreads.com/

KELAB BUKU, ANYONE?

Goodreads Malaysia
Goodreads Malaysia 125 members
Anak Malaysia yang gemar membaca! Mengalu-alukan para pembaca antarabangsa dan serantau yang meminat...

currently reading


Tawarikh Cinta Tawarikh Cinta
by Nisah Haji Haron
Start date: May 1, 2009

BACAAN SEKARANG

Widget_logo