Berpindah lagi

by najibah | May 8th, 2009

Saya berumah baru sekali lagi. Mahu memberi ruang kepada sedikit penerokaan baru – sebuah kedai mungil dalam talian yang menjual sesuatu yang belum diputuskan buat masa ini.

Sudah lama saya berniat mahukan sebuah kedai dalam talian, tetapi baru sekarang saya menemui ‘peralatan’ yang saya cari. Maklumlah mahu ‘peralatan’ yang percuma, lambatlah bersua.

Bagaimanapun saya akan memuat naik semula sebanyak mungkin cerita dari blog lama, cuma tidak semesti kesemuanya. Itu proses biasa semasa berpindah saya rasa. Suatu proses pembersihan dan penapisan. Suatu semakan hidup sekaligus.

Nantikan kemunculan kedai dalam talian saya, kedai mungil yang akan menjual sesuatu yang masih belum diputuskan!

Pohon doa dari semua.

Serta terima kasih atas sokongan selama ini.

14 Responses to “Berpindah lagi”

  1. wajah baru… terkezut td… ingatkn pindah rumah betul td… ;-) cantik gmbr jie dgn tim tu… k, best of luck…

  2. Salam.

    Hai, banyak kali ‘renovate’ rumah nampaknya? Berpindah ke web hosting mana kali ni?

  3. Salam. Tak sabaqnya nak tengok kedai Kak Najibah. :)

  4. Assalammualaikum…

    Rasanya pagi jumaat tu saya masih lagi melihat komentar tentang buku tony buzan.

    Keep up the good work (salah, tolong betulkan yea…) :)

    Chaiyok!

  5. Salam, thanks singgah blog akak.. eh sama la, theme wordpress kita. Good luck on your online store.

  6. Bertambah baik…bertambah mesra, tak mengapa. Saya juga kalau ‘pandai sikit’ mau rumah2 yang cantik dan selesa juga. Tapi, tak berapa mahir pulak menggodek2 menda alah nih. kalau lah saya punya rumah seperti ini dengan alamat pada kepala pagar yang lebih menarik, ringkas dan mesra pengunjung, alangkah seronoknya juga.

    selamat maju jaya, selamat berblog.

  7. najibah says:

    One,

    He he, rumah betul pun nak pindah juga, tapi tak ada rezeki lagi. Selalu-selalulah jenguk kami (daku dan Tim) di sini. Ada blog ya? Awat tak habaq?

  8. najibah says:

    Nana,

    Itulah, rasanya kena surutkan sikit keinginan berkreativiti yang melampau ni – agaknya kena belajar buat Wordpress theme pula. Saya setia pada webhosting lama. Cuma mereka dah upgrade kepada 2.7.1.

  9. najibah says:

    Wan, jangan berharap terlalu tinggi. Saya baru dalam bidang online retail ni :D . Rasa segan pun ada dengan keadaan kedai konon-konon tu. Apapun, terima kasih atas sokongan.

  10. najibah says:

    Annahs,

    Waalaikumussalam wbt.

    Ya, pagi Jumaat kerja BukuRia 3.0 ni, masih lagi di belakang tabir walaupun dah siap. Terima kasih, sama-sama kita sokong menyokong

    Chaiyok jugalah :)

  11. najibah says:

    Kak Min, terima kasih singgah ke sini. Ya, sehati sejiwa pula dari sudut theme :) .

    Hee, segan dengan online store saya yang entah apa-apa. Tak terlawan bakery Kak Min.

  12. najibah says:

    RMN,

    Sebenarnya tak susah sangat, lebih kurang macam rumah pasang siap orang kata. Semua bahannya orang dah sedia, tinggal nak klik install saja :) – dengan sedikit pelaburanlah. RMN kena cuba juga rasanya – saya tengok dah maju benar tu blog Celik Huruf.

  13. Barangkali, saya seperti Sdr, mahukan yang percuma atau yang paling minimum, menghampiri gratis. Impian memiliki kedai maya. Di PBAKL lalu, sekurang2-nya 3 buah buku berkaitan saya beli untuk dibaca dan dihayati.

  14. najibah says:

    Bagi saya antara yang paling seronok tentang sesuatu yang gratis adalah proses pembelajarannya yang terasa sangat nikmat meskipun sukar. Faktor masa walaupun selalu menghambat, tetapi itulah cabaran namanya yang menambah bumbu kehidupan.

Leave a Reply

LARIKAN TERKINI

SERIBU MIMPI

ARKIB MIMPI

SAMA BERMIMPI?

PETAH SANG PENDETA


"It is what you read when you don't have to that determines what you will be when you can't help it."— Oscar Wilde

http://www.goodreads.com/

KELAB BUKU, ANYONE?

Goodreads Malaysia
Goodreads Malaysia 125 members
Anak Malaysia yang gemar membaca! Mengalu-alukan para pembaca antarabangsa dan serantau yang meminat...

currently reading


Tawarikh Cinta Tawarikh Cinta
by Nisah Haji Haron
Start date: May 1, 2009

BACAAN SEKARANG

Widget_logo