Melarik Mimpi

Apabila tak sempat membaca
Kalau tak sempat membaca, perasaan memang bergalau. Fikiran seperti air bertakung, mula-mula diliputi habuk, kemudian jadi sarang bakteria dan jentik-jentik. Akhirnya berlumpur dan tinggal bekas lopak yang tidak menyenangkan.

Sejak Syawal ingin beransur pulang, waktu membaca jadi singkat. Hujung minggu menjadi tetamu dan menyambut tamu – akhirnya batin pun terpalit tempias ‘kotor’ dari lumpur fikiran.

Baru seminggu ini kembali memadu kasih dengan buku setiap hari. Mujur saja buku bukan seperti kekasih yang bersifat manusiawi, kalau tidak sudah tentu buku memutuskan hubungan denganku, yang tidak berapa setia mengingatnya pada musim perayaan.

Sekarang buku yang sedang bermanja dan dimanjai setiap hari adalah Angela’s Ashes. Pembacaan yang tertangguh sekian lama. Antara intinya: kemiskinan, Katolik, Ireland, patriotisme, alkoholisme dan kejatuhan ekonomi. Bukankah kemiskinan itu antara kutukan sosial yang paling sering mendapat tempat dalam karya seni dan susastera? Ramai pahlawan besar kata-kata menunggang kuda kemiskinan hingga akhirnya berjaya menjulang nilai karya mereka ke mata dunia.

Sebuah buku lain yang kudakap sejenak sebelum Angela’s Ashes adalah buku Fatima Mernissi, yang jauh hari dulu, waktu remajaku, tidak berani kusentuh kerana obor feminismenya. Itu dulu, sewaktu masih takut-takut dengan segala apa yang merentang arus agamaku. Akan kuluahkan juga kecamuk tentang buku itu nanti yang masih belum mahu keluar dari dada hari ini.

Ada janji-janji juga yang perlu dilangsaikan dengan Bonda, dan dengan 3 orang lagi penyumbang ke laman BukuRia dahulu – yang makin kerap mengganggu fikiran apabila tidak sempat membaca. Itu panggilan Tuhan barangkali, supaya lebih berhati-hati lain kali dalam berjanji, dan supaya segera bersih dari segala macam hutang!

Mahu karam
Sekarang saban hari saya bergelumang buku, jurnal, manuskrip, akhbar dan segala jenis bahan bacaan. Anehnya saya berasa kian dahagakan waktu membaca, sama seperti sedang bekerja di perpustakaan dahulu. Barangkali inilah sumpahan yang terpaksa dihadapi seorang pekerja perpustakaan yang gila membaca. Saban minggu, saya akan merindui Jumaat, khususnya waktu rehat solatnya yang panjang demi menguliti jujukan ilmu yang disusun rapi di rak. Jumaat akan membuat perasaan saya berpelangi.

Antara bahan yang kini benar-benar jadi kegilaan saya adalah bahan-bahan berkait dunia Melayu yang berlaksa-laksa di tempat bekerja. Segala hal yang selama ini mahu saya lahapi, terhidang di depan mata dengan cukup sempurna. Sayang masanya pula tidak mengizinkan, dan saya cuma ada waktu enam bulan di sini. Saya bakal bergundah-gulana dengan nasib sendiri selepas itu, terutamanya menanggung rindu terhadap koleksi-koleksi nadir yang telah menjadi taman jiwa.

Saya akan lebih berdiam diri dalam dunia sendiri selepas ini. Benar-benar mahu karam dalam lautan buku yang penuh kenikmatan dan gelora tersendiri. Sesungguhnya terlalu banyak yang ingin dikongsi, tetapi lebur dalam keasyikan dan kekerdilan – ya, berada di gedung ilmu mengangkat kekerdilan peribadi lebih nyata ke hadapan mata, mengundang rasa tidak layak untuk bicara banyak, sehingga benar-benar ada lafaz bererti untuk tatapan orang.

Selamat karam di ombak buku dan ilmu, Najibah. Semoga Ramadhan ini membuka segala tabir yang selama ini melindungi jiwamu dari mengecap kemanisan sejati yang kau cari-cari.

Hujung minggu terindah
Mengapa Saya Bekerja?

Sabtu dan Ahad ini antara hujung minggu terindah dalam hidup saya sejak berkahwin. Perasaan saya segar. Allah telah memberi rezeki kerja kepada saya. Allah telah memakbulkan doa saya. Walaupun bukan kerjaya tetap, saya berjaya mendapat kerja yang bukan lagi separuh masa. Satu bukti keseriusan saya untuk terus berkerjaya pada masa depan. Bagi wanita lain yang sebaya, mungkin ini perkara enteng. Mereka sudah lama terjun berkecimpung dalam dunia kerjaya. Tetapi tidak bagi saya yang telah beberapa kali bekerja dan berhenti kerana pelbagai sebab.

Pagi Sabtu saya bangun dengan semangat secerah matahari. Saya lihat dua jambak bunga kering hadiah adik dan suami pada hari konvekesyen sarjana tahun lalu. Segala susah sukar waktu berusaha mendapatkan segulung sarjana itu berasa lebih bermakna sekarang. Saya harap saya dapat mewarnai hati emak dengan warna-warna bahagia.

Dengan pekerjaan ini, saya tidak perlu lagi terkejar-kejar menggadai keselamatan dan ketenangan psikologi anak dan suami untuk mengajar tuisyen pada sebelah malam. Suami sudah boleh ke masjid seperti biasa kalau dia pulang kerja awal. Saya juga tidak perlu rasa tertekan menulis demi mencari sedikit wang tambahan untuk membuktikan pada emak saya mampu mendapatkan sesuatu dari ilmu saya. Kerjaya bukanlah sasaran saya selepas menuntut ilmu – tidak pernah saya sematkan begitu sejak zaman belajar dahulu, dari sekolah rendah sampai habis universiti. Tetapi harapan emak membuat saya memutuskan jalan sekarang – saya harap ini jejak langkah penuh barakah yang akan memberi saya peluang pekerjaan tetap.

Tambahan lagi, sebuah buku yang sangat bermanfaat telah berupaya menjana hari-hari saya semasa seminggu bekerja dan membuat saya bersedia untuk bertukar menjadi suri rumah sepenuh masa pada hujung minggu. Judulnya adalah “Mengapa Saya Bekerja?” hasil susunan Ir Endok Sempo Mohd Tahir. Jadi dua hari  suntuk saya habiskan masa mengurus rumah sebaiknya, berbahagia menjadi suri rumah dengan hati dipenuhi bunga-bunga. Beginilah saya akan habiskan tenaga dalam keceriaan untuk sementara waktu. Tambahan lagi kali ini, sokongan suami benar-benar padu, tidak seperti keadaan sewaktu saya berkerjaya lain sebelumnya.

Semasa di alam pelajar dan siswa dahulu, saya sentiasa berimpian mahu jadi penulis sepenuh masa, tetapi dorongan emak menghapuskan cita-cita penulis sepenuh masa itu. Namun akan saya cuba gapai juga cita-cita terawal saya, walaupun jalannya merentas masa panjang. Menjadi pustakawan adalah satu tangga yang saya rasa penting, kerana di sana saya akan berpeluang membaca sebanyak-banyaknya dan mengenal segala cabang ilmu yang terjangkaukan minda manusia. Sekurang-kurangnya, wang untuk buku dapat saya alihkan untuk kursus-kursus penulisan yang saya rancang mahu ikuti apabila masa mengizinkan nanti.

Dalam Kelam Ini
Alhamdulillah. Dalam kegelisahan tanpa pekerjaan tetap, ada ilham yang membelai-belai hujung pena suatu malam beberapa bulan lalu. Lalu terpateri dakwat pena atas sehalaman buku nota – berakhir sebagai sebuah puisi bercetak di Tunas Cipta Julai 2009.

Ada isyarat yang mahu saya hantarkan kepada bonda yang menganyam sebidang rasa entah apa di kampung. Betapa tidak, kakak saya turut berpengalaman sama, sukar menemui lorong kerjaya ‘kerajaan’ seperti yang bonda harapkan – walaupun dari sudut akademik dan kemahiran lain kami tidak terlalu melesat ke belakang. Kami berdua masih meneroka jalan sendiri tanpa jemu, mencari apa yang dapat menyenangkan bonda yang kian beranjak usia.

Berguru di alam maya
Alam maya Internet selalu meneroka jalan luar jangka dan memberi harapan indah kepada manusia. Sering saya terpegun di hadapan gerbangnya – sebuah komputer peribadi yang menghubungkan saya dengan ramai manusia dan terlalu banyak perkara.

Seminggu lalu, saya mendapat seorang guru sastera baru – seribu terima kasih saya atas tunjuk ajar percumanya. Betapa pemurahnya beliau dengan ilmu, malah sangat pantas memberi maklum balas selepas santerinya memuat naik karya kerdil di ruang komen blognya. Interaktiviti yang mempesona jiwa dan mengisi minda.

Berguru di alam maya bukan lagi suatu perkara asing. Mungkin saya patut panjangkan ini juga ke mana-mana ruang bercetak?

Kesenian Islam menggamit cinta
Gerbang cinta menuju Allah bukan satu. Ia bukan semata-mata bayangan pedang seperti yang didakwa-dakwa para Orientalis. Ada gerbang-gerbang lain yang sedia terbuka. Salah satunya adalah gerbang kesenian Islam yang memukau.

Saya percaya ada dada bisa menjadi sebak dan mata bisa menjadi basah  kerana mengaguminya. Dan hati bisa menjadi rindu mengenang bebayang firdausi. Maka di gerbang seni itu mereka tertunduk dan menyerah.

Ilham nan indah itu, mengalir dari Allah melalui tangan-tangan ahli seni Islam yang mensucikanNya.

Dua brosur di bawah hanya sekadar bayangan keindahan itu – tanpa melihatnya sendiri dengan mata, bagaimanakah mungkin nikmatnya ‘kan terasa? (Sila klik di atas imej untuk melihat paparan saiz besar)

Inti doa itu keikhlasan
Saya terkenang filem Kiamat Sudah Dekat (2003) pagi ini sewaktu membuat persediaan untuk suatu ujian.

Dalam filem itu, saat paling genting adalah ketika Fandy mahu memenuhi syarat ketiga yang disuakan oleh Pak Romly, ayah kepada Sarah. Dia wajib menguasai ilmu ikhlas dalam waktu dua minggu, atau gadis impiannya bakal menikah dengan mahasiswa lulusan Mesir.

Betapa saya tersentuh dengan cara Fandy menemui makna ikhlas yang dicari-carinya, serta lafazan doanya yang tepu pengharapan. “Mohon dengan sangat”, ulangnya berkali-kali dalam kepasrahan dan ketundukan. Pada kemuncak pengabdian, keikhlasan dan keredaan itulah inti dalam perjuangan mengingini sesuatu. Fandy reda tidak memiliki Sarah, andai itulah yang terbaik bagi gadis impiannya.

Filem ini tidak pernah mewarnai hidup saya dalam ertinya yang sedalam hari ini. Dahulu saya menonton lebih untuk menikmati hiburan dan bersantai. Namun kali ini, ia telah memaknai doa yang saya lafazkan di dada sejadah.

Andainya saya layak untuk melepasi ujian ini, saya memohon agar Allah menempatkan saya di sana untuk  memikul segala amanah itu. Sekiranya tidak, maka biarlah Allah menempatkan orang yang lebih layak di sana, supaya manfaat akan lebih tersebar untuk semua.

Mulai hari ini saya akan bekerja, belajar dan berusaha demi melayakkan diri, bukan lagi untuk mendapatkan sesuatu yang tidak sepatutnya saya minta!

Semoga semangat istikhlas yang baru saya temui tidak meninggalkan saya.

Mimpi yang menjauh dan mendekat
Sesekali apabila saya memerhati perjalanan menuju impian, saya dapati ada suatu corak yang istimewa – iaitu bilamana sebuah mimpi itu menjauh, yang lain tiba-tiba datang mendekat sebagai ganti. Saya fikir ada kebaikannya juga saya mempunyai ’seribu’ mimpi!

Misalnya seminggu lalu, saya menahan kecewa mendapat tahu tentang polisi baru KPT tentang menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah. Tetapi hari ini, alhamdulillah, ceria rasanya mendapat tiga berita baik sekaligus.

Salah satu yang boleh saya rakamkan di sini, adalah termuatnya artikel “Peranti Membaca Digital” dalam Dewan Kosmik Jun 2009. Walaupun masih ada sisi-sisi tertentu artikel itu yang sangat tidak memuaskan hati sendiri, tetapi rezeki tetap perlu disambut dengan rasa syukur. Biasanya hanya selepas tersiar sesuatu karya atau artikel, barulah saya terkocoh-kocoh kembali mencari idea penulisan seterusnya. Karya yang tersiar itu menjadi seperti suntikan vaksin yang kembali merangsang antibodi minda supaya mencanai idea baru.

Dua berita lagi akan saya rakamkan kemudian, bergantung kepada beberapa gerbang ujian yang bakal dilalui pada hari Rabu dan Khamis nanti.

Pohon doa dari semua. Kedua-dua langkah ini terlalu penting untuk saya mencapai mimpi yang kedua: Menjadi pustakawan dan pensyarah sambilan….

Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu rezeki-Nya buat saya kali ini, sesudah dua kali gagal di persimpangan sama. Sudah semestinya, usaha saya harus digandakan juga!

Prejudis bahasa dan visi sastera
Saya berada di sebuah bengkel penulisan pada hari Sabtu lepas.

Kata puan penyampai bengkel semasa sesi baru bermula, beliau akan membasuh pemikiran kami secukupnya. Saya tertanya-tanya aspek apakah yang beliau akan basuhkan, kerana inilah kali pertama saya hadir ke bengkel penulisan Bahasa Melayu Tinggi PTS.

Sudah tentulah anda dapat meneka siapakah puan penyampai bengkel yang saya sebutkan di atas apabila saya menyebut nama PTS. Beliau tidak lain dan tidak bukan adalah Puan Ainon, sifu PTS yang sangat berkaliber itu.

Hampir empat jam menyertai bengkel tersebut, masa berasa bagaikan tidak mencukupi. Inilah penangan nikmat ilmu yang Puan Ainon sampaikan. Cara penyampaiannya yang bertenaga dan berselang dengan humor bersahaja begitu mencuit hati dan menjauhkan kebosanan.

Saya yang memang tidak pernah mendengar tentang teori bahasa apapun terpegun dengan kajian Basil Bernstein tentang prejudis bahasa. Setiap patah kata yang Puan Ainon sampaikan seperti membuka hijab yang selama ini telah menutupi pandangan saya tentang apa yang membezakan golongan kelas menengah dan juga golongan kelas bawahan. Rupa-rupanya salah satu faktor yang menjadi penyekat ataupun penghalang mobiliti sosial mereka adalah prejudis bahasa itu! Ini juga mencelikkan mata saya seluas-luasnya tentang hakikat yang sedang saya perhatikan sebagai seorang guru bahasa kepada beberapa orang pelajar.

Menurut Basil Bernstein, anak-anak golongan kelas bawahan akan menghadapi prejudis bahasa daripada guru-guru mereka. Guru-guru menganggap mereka orang-orang yang tidak mempunyai kecerdasan tinggi kerana keupayaan berbahasa mereka terhad. Antaranya, anak-anak golongan kelas bawahan:

Tidak mempunyai banyak kosa kata untuk digunakan dalam percakapan

Tidak menggunakan banyak kata sendi

Tidak mengetahui banyak imbuhan

Tidak dapat membina ayat yang strukturnya kompleks

Ahli psikologi lain mengembangkan teori Bernstein ini dengan mengaitkan kekurangan dari sudut berbahasa ini, dengan tingkah laku berbahasa. Berdasarkan kelemahan berbahasa dan berkembar pula dengan tingkah laku bahasa yang tidak sofistikated inilah, mereka gagal berinteraksi dengan baik. Akibatnya, mereka bukan sahaja gagal di sekolah, malah juga di tempat kerja.

Sudah tentu terdapat kes-kes yang terkeluar daripada teori Bernstein di atas, tetapi sebahagian besar kes biasanya akan menurut corak sebegini.

Selain daripada itu, saya juga mulai menilai kembali apakah tujuan sastera dalam hidup manusia Muslim dan peranan penulis Muslim terhadap masyarakatnya. Meskipun kehidupan itu bobrok, tidak sewajibnya seorang penulis menghidangkan perkara yang bobrok-bobrok itu sebagai santapan rohani dan minda generasi muda. Itu bukan tujuan seorang penulis Muslim menulis. Mereka menulis bukan sebagai perakam dunia semata-mata, tetapi mereka menulis demi tujuan yang lebih murni, iaitu memandaikan bangsa.

Selepas keluar daripada sekolah swasta di hadapan Pasar Raya Giant Taman Permata itu, saya dapat merasakan bahawa pemikiran baru yang cuba ditanamkan Puan Ainon perlahan-lahan mengambil alih sebahagian pemikiran saya yang lama. Bukanlah saya ini orang yang mudah dipengaruhi atau terpengaruh, tetapi lojik di sebalik apa yang telah Puan Ainon sampaikan itu terasa kena dengan perkara yang selama ini saya cari jawapannya.

Saya akan cuba menulis, berfikir dan berinteraksi dalam kerangka yang baru ini, walaupun mungkin tidak senekad salah seorang peserta lain yang membuat ujikaji bahasa sewaktu membeli keropok lekor.

Terperangkap dalam sistem
Seorang lelaki berbaju kemeja kemas asyik mendengar tentang suatu program keusahawanan. T**** M**** namanya.

Barangkali dia tertarik, lalu dia bertanya kepada wakil program.

“Program ini untuk siapa?”

“Untuk Bumi sahaja”, merujuk kepada Bumiputera.

Lelaki itu pun berlalu sepantas mungkin. Tanpa telinganya sempat mendengar kata maaf di hujung jawapan yang diberikan.

Dia seorang India.

“Kamu tidak boleh memohon sebagai pelatih akademik. Ijazah dan sarjana kamu berbeza. CGPA kamu semasa ijazah juga tidak cukup syarat. Kalau kami menerima permohonan kamu sekalipun, permohonan itu tidak akan terlepas dari tapisan KPT.” Kata wakil institusi itu.

Dia teringat kata-kata dua orang ahli akademik yang pernah ditemuinya.

“Fakulti pengurusan maklumat memang memerlukan orang yang ada latar belakang bidang perundangan.”

Dan…

“Masih banyak lagi penyelidikan tentang sistem informasi undang-undang Malaysia belum dilaksanakan untuk memantapkan lagi sistem perundangan negara.”

Dia pun pulang.

Laman KPT disinggahi.

Syarat-Syarat Khusus

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.

Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

CGPAnya memang melepasi syarat.

Dia bekas pelajar perundangan, memburu impian menerokai dunia informasi dan kepustakawanan.