Indeks: Buku & Perpustakaan

senarai bahan-bahan mengenai buku & perpustakaan di Malaysia

Archive for the ‘2013’ Category

Novel popular mesti membina susila (2013, 10 Februari)

Compiled by najibah

February 20th, 2013 at 12:51 am

Pengarang kreatif Malaysia sukar nikmati royalti (2013, 14 Februari)

Oleh Hafizah Iszahanid

 

Compiled by najibah

February 18th, 2013 at 6:33 am

Kaji kenapa novel lapuk di gudang (2013, 31 Januari)

Oleh Sri Diah

Compiled by najibah

January 31st, 2013 at 4:13 am

Wibawa ITBM, DBP dipersoal (2013, 31 Januari)

Oleh Adli Shahar

Compiled by najibah

January 31st, 2013 at 4:06 am

Memupuk budaya membaca ke arah kecemerlangan negara (2013, 2 Januari)

Oleh Anas Alam Faizli

2 JAN – Pada tanggal 6 April 1933, Jerman telah menyaksikan segolongan mahasiswa di bawah rejim Nazi melancarkan “Biblioclasm” bagi menghapuskan buku-buku yang kononnya disifatkan “anti-Jerman”.

Kira-kira 2000 tahun yang lalu, pihak pemerintah China telah membakar buku-buku yang dianggap berbau Confuscian kerana tidak berpuas hati dengan pengaruh ajarannya yang semakin menular.

Ketika penaklukan kota Baghdad pula, Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan dimusnahkan oleh tentera Mongol. Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang.

Read the rest of this entry »

Compiled by najibah

January 10th, 2013 at 6:45 am

Perluas persepsi pembacaan (2013, 8 Januari)

Oleh Najibah Abu Bakar

 

Compiled by najibah

January 9th, 2013 at 2:26 am

Biar sasterawan mewarnai 2013 (2013, 1 Januari)

Oleh: Anwar Ridhwan

Tahun baru 2013 menjelang tiba. Setiap individu dan perancang pelbagai sektor kehidupan seperti sektor pendidikan, perumahan, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya melakar cita-cita yang tersendiri. Ada cita-cita atau azam yang dibawa semula dari tahun lalu. Ada pula cita-cita atau azam yang benar-benar baharu.

Dunia sastera tanah air juga wajar melakar harapan tahun baru, agar mencapai prestasi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Program atau aktiviti yang baik wajar diteruskan dan dipertingkatkan mutunya. Sementara program atau aktiviti yang baik tetapi tenggelam timbul (terutama kegiatan bahasa dan sastera peringkat antarabangsa) wajar dihidupkan semula dan dilaksanakan secara konsisten. Read the rest of this entry »

Compiled by najibah

January 8th, 2013 at 1:09 am

70 pelajar Palestin di USM terima baucar buku (2013, 1 Januari)

PULAU PINANG 1 Jan. – Seramai 70 pelajar Palestin yang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menerima baucar buku bagi membantu mengurangkan kos pengajian masing-masing.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, baucar berkenaan adalah inisiatif bagi membantu pelajar dari negara bergolak berkenaan meneruskan pengajian di sini.

Katanya, setiap pelajar berkenaan diberikan baucar bernilai RM200 yang boleh ditunaikan di Koperasi USM Berhad untuk pembelian buku.

“Kita rasa terpanggil membantu pelajar dari negara tersebut agar mereka tidak terbeban dengan kos peralatan pengajian yang semakin tinggi hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130102/wu_03/70-pelajar-Palestin-di-USM-terima-baucar-buku#ixzz2GnrN3bpW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Compiled by najibah

January 2nd, 2013 at 8:03 am