Loading Events

« All Events

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-17

August 20 - August 22

PENGENALAN

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA-17) yang merupakan persidangan dwitahunan, kali pertama diadakan pada tahun 1984 atas inisiatif Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tujuan persidangan adalah untuk memupuk kesedaran terhadap peri pentingnya penterjemahan dalam usaha pemindahan ilmu. Penterjemahan merupakan wahana komunikasi ilmu yang utama bagi membangunkan negara, bangsa, dan agama bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Justeru, tujuan mengadakan persidangan di peringkat antarabangsa ini adalah untuk membolehkan pertukaran gagasan, ilmu, pengalaman, dan pada masa yang sama mempererat kerjasama dalam kalangan para ilmuan, ahli bahasa, penterjemah, penulis, penerbit, editor, pendidik dan pelajar di seluruh dunia bagi meninjau ilmu, teori, teknik yang terkini dalam bidang penterjemahan yang berkaitan demi menambahbaik kualiti terjemahan secara menyeluruh. Bermula dari persidangan yang ke-2, sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik sebagai tuan rumah persidangan. Pada tahun 2019, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-17 (PPA-17).

.

OBJEKTIF

  1. Mengupas dan memberi pencerahan terhadap isu dan permasalahan asas pelaksanaan penterjemahan yang sedia ada di samping mengaitkannya dengan situasi terkini.
  2. Membuka ruang kepada penemuan baru dan pendekatan alternatif dari aspek teori dan aplikasi penterjemahan dan interpretasi.
  3. Menggalakkan pertukaran pendapat dan pengalaman dalam bidang latihan penterjemahan.
  4. Merangka strategi yang lebih tersusun dan lebih komprehensif untuk memenuhi keperluan individu dan masyarakat kepada isu penterjemahan dalam era globalisasi  sekarang.
  5. Menekankan peranan dan kepentingan penterjemahan dalam sesebuah masyarakat melalui jalinan erat serta kerjasama dalam kalangan penterjemah dalam dunia akademik dan professional.

.

SKOP PEMBENTANGAN

– Penterjemahan dan budaya

– Penterjemahan dan ekonomi

– Penterjemahan dan etika

– Penterjemahan dan politik

– Penterjemahan dan isu sosial

– Penterjemahan dan teknologi

– Penterjemahan untuk kanak-kanak

– Penterjemahan untuk pendidikan

– Penterjemahan untuk agama

– Penterjemahan dan masyarakat

– Penterjemahan dan globalisasi

– Penterjemahan dan masyarakat tanpa sempadan

– Penterjemahan dan gender

– Penterjemahan dan belia

– Penterjemahan dan data raya (big data)

– Penterjemahan dan kecerdasan buatan (AI)

– Penterjemahan dan revolusi digital

– Penterjemahan dan era komunikasi global 

.

PENYERTAAN

Persidangan ini terbuka kepada ahli akademik, badan-badan kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi serta mana-mana pihak yang berminat didalam bidang penterjemahan dari dalam dan luar negara.

.

BAHASA PERANTARAAN

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Details

Start:
August 20
End:
August 22
Website:
http://ppa17.usim.edu.my

Venue

Hotel Bangi Resort, Malaysia
Malaysia + Google Map

Organizer

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com