Acara Buku

Mana-mana pihak dijemput untuk mengirimkan butiran acara buku / perpustakaan ke e-mel admin [at] bukuria-malaysia.com.

TARIKH ACARA BUTIR ACARA
25 Julai - 3 Ogos Pesta Buku Selangor 2008 Anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor, Perpustakaan Awam Negeri Selangor dan beberapa organisasi lain.

Akan berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam.

Maklumat lanjut boleh didapati dari laman web penganjur dari semasa ke semasa.

18 - 20 Julai, 10 pagi - 10 malam Karnival Jom Baca Buku Antara aktiviti menarik adalah pelancaran buku Muhammad s.a.w (18 Julai, 5 ptg), santai bersama ‘Dear Yayah’ (19 Julai, 1 tengahari) dan Ramah Mesra Bersama Penulis Alaf21 (20 Julai, 1 tengahari).

Diskaun untuk buku-buku terbitan:
Persatuan Ulama Malaysia - iMAP - Telaga Biru – Alaf 21 - Pustaka Majid – Pustaka Salam – The Other Press – Islamic Book Turst – Truewealth Publishing - Pustaka Fajar – Perniagaan Jahabersa - Jasmin Enterprise - PTS - Blue-T – Progressive Publishing - iBOOK - Hidayah Publications - Pustaka Dini.

Maklumat lanjut:
Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1,
Kompleks Ole-ole (TEL: 019-3799 101)

14 - 25 Julai Ekspo Buku DBP Kepada sesiapa yang bekerja sekitar PJ, Dawama sedang mengadakan jualan buku-buku lama dan terbaru DBP di kawasan parkir kereta di seberang Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Buku-buku terbaru diberikan potongan sebanyak 20% manakala buku-buku lama ada yang diturunkan sehingga RM1 senaskhah.
2 - 4 Julai Festival Membaca 2008 Ruang Legar PWTC Kuala Lumpur.

Faisal Tehrani dan Zaid Akhtar adalah antara yang bakal hadir untuk promosi buku masing-masing.

2 Julai Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008 (1.30 petang) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Jika anda berminat untuk menghadiri pelancaran tersebut, sila sertakan nama, alamat, pekerjaan dan nombor telefon anda melalui email bglm@pnm.my atau menghubungi Puan Beghum di talian 03–2687 4336 atau faks 03–2681 1845.

27-29 Jun Pesta Buku Alaf21 400 judul buku menanti anda pada 27-29 Jun 2008 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) dengan diskaun sehingga 30%.

Semuanya boleh didapati premis perniagaan Alaf21 di Lot 12, Persiaran Kemajuan 6/16, Shah Alam, Selangor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang buku-buku Alaf21, laman webnya boleh dilawati di sini.