@najibah (Twitter)

Berikut adalah beberapa fakta di sebalik tabir BukuRia:

Kemunculan Bukuria

BukuRia muncul di dunia maya secara tidak rasmi pada Februari 2008 sebagai sebuah laman web. Ia boleh dianggap sebagai versi beta kepada BukuRia sebenar yang dirancang untuk masa depan. Pada bulan April 2008, BukuRia telah dipindahkan ke platform blog WordPress untuk mengambil peluang daripada pelbagai kemudahan terkini yang hanya disediakan untuk laman-laman berasaskan blog, terutamanya kemudahan pengemaskinian laman, interaktiviti dan pengiklanan yang akan menjadi nadi BukuRia.

Makna BukuRia

BukuRia terdiri daripada gabungan perkataan Buku dan Ria, dengan maksud ingin membawa keriaan yang boleh didapati di sebalik buku-buku kepada semua para pembacanya. Diakui buat masa ini keriaan dan keceriaan tersebut belum benar-benar tergambar daripada rekabentuk laman. Namun BukuRia merancang untuk mendapatkan khidmat profesional dalam pembinaan konsep apabila keadaan mengizinkan.

Misi dan Visi BukuRia

Misi dan visi BukuRia muncul di laman maya adalah untuk:

  • Menjadi satu komuniti yang hidup dan subur yang membincangkan tentang buku dan perpustakaan di Malaysia.
  • Menjadi wadah penulisan dan pengumpulan bahan-bahan berkait buku dan perpustakaan Malaysia di dunia maya secara berterusan dan serius.
  • Menguatkan gelombang minat membaca dan mencintai ilmu yang semakin ketara dan menonjol di kalangan para pemblog Malaysia.

Pengasas BukuRia

BukuRia adalah sebuah ilham manis dari Allah bagi saya, Najibah A Bakar. Setelah saya mendapat latihan dalam bidang kepustakawanan, sains maklumat dan undang-undang serta serba-sedikit pengalaman menulis, saya menggerakkan idea ini sebagai satu percubaan memantapkan ilmu asas yang telah digali semasa melanjutkan pengajian, di samping sebagai wadah bertukar pendapat dan maklumat dengan peminat buku, perpustakaan dan sastera di luar sana.

Saya selalu bermimpi rencam, termasuk mahu menjadi pereka web, penulis, usahawan dan pelbagai lagi, namun hasrat terbesar saya adalah menyumbang sesuatu untuk dunia keilmuan Melayu Islam terutama berproksikan buku dan perpustakaan.

Najibah boleh ditemui terutama di Goodreads dan Facebook.

Senarai penerbitan tempatan saya (local publications) sehingga 2010:

  1. “Cadangan kemas kini Hadiah Sastera Perdana Malaysia”, Berita Harian, Februari 22, 2010.
  2. “Sehampar Ambal Tabriz” (“A Rug from Tabriz”), Mingguan Malaysia, September 5, 2009.
  3. “Dalam Kelam Ini” (“In This Moment of Darkness”), Tunas Cipta July 2009, ii.
  4. “Peranti Membaca Digital” (“E-Reader”), Dewan Kosmik Jun 2009, p. 26 & 27.
  5. “Web 2.0: Platform ke Dunia Maya” (Web 2.0: Platform to Digital World), Dewan Kosmik November 2008.
  6. “Hadiah Termahal Bonda” (Mother’s Most Precious Gift), Tunas Cipta Oktober 2008.
  7. “Penerbitan Web” (Web Publishing), Dewan Kosmik April 2008, p. 20 & 21.
  8. ”Perpustakaan Digital” (Digital Library), Dewan Kosmik Januari 2008, p. 29 & 30.
  9. ”Maling Kecil” (The Child Thief), Tunas Cipta, 2005.
  10. ”Bulan Paling Biru” (The Bluest Moon), Tunas Cipta, 2005.
  11. ”Sejak Kaupergi” (Since You were Away), Tunas Cipta, 2004.
  12. ”Hanya Sahaja” (Just Yet), Tunas Cipta, Jun 2004.

Entri-entri lain yang berkaitan:

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>