Daripada Pustakawan kepada Penterjemah

Perjalanan sebagai pustakawan sehingga menjadi penterjemah membuka dunia saya yang sempit, menjadikannya lebih kaya secara intelektual.

Ada beberapa hal yang dikongsi dunia kepustakawanan dan penterjemahan yang membuat hidup tidak jemu:

1. Sentiasa ada hal yang baharu untuk dipelajari – limpahannya luas dan alirannya tak berhenti-henti. Membuat diri berasa sangat kerdil dan kemahabesaran Tuhan dirasai. Dikelilingi buku di perpustakaan, dengan dikelilingi dokumen untuk diterjemah, perasaannya tidak jauh berbeza. Percikan nyala rasanya istimewa.

2. Keantarabangsaannya – sepertimana menguruskan buku-buku dalam pelbagai bahasa melalui pengkatalogan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, penterjemah menguruskan dokumen berbahasa asing daripada sisi linguistiknya.

3. Menjadi jejambat antara ilmu dan manusia – sebagai interlokutor seperti yang pernah disarankan oleh Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, atau bidan ilmu seperti yang disebutkan oleh Profesor Zainiy Muhammad Z Uthman, pustakawan dan penterjemah kedua-duanya memegang ciri-ciri tersebut. Malah, dalam kesunyian menterjemah, seorang penterjemah masih lagi perlu menjadi tukang bincang dan bidan ilmu yang baik demi mencapai makna yang paling tepat.

Dan seterusnya…. masih banyak sisi kedua-dua kerjaya ini yang membuat saya mencintainya. Malah kian, ketika menelusuri sejarah para ilmuwan Islam seperti yang pernah dibentangkan dalam tulisan guru-guru saya yang lain, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud dan Shaharom TM Sulaiman antaranya.

Biarlah tak mampu menjadi ilmuwan, semoga ada barakah ketika menjadi penyumbang kecil di tepian.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com