Ibn al-Muqaffa’ dan Khudai-Nama

Ibn al-Muqaffa’ adalah seorang pengarang prosa terkenal yang hidup pada zaman kesultanan Umayyah dan Abbasiyah. Beliau dilahirkan di Firuzabad, Fars, Iran dan awalnya menganut agama Zoroaster.

Bapanya mempunyai darah Parsi dan pernah bekerja sebagai pegawai kerajaan Bani Umayyah di bawah seliaan al-Hajjaj. Namun atas kesalahan penyalahgunaan harta yang diamanahkan kepadanya, bapanya telah dihukum potong tangan. Setelah itu dia digelar al-Muqaffa’.

Ibn al-Muqaffa’ memeluk Islam ketika umurnya sudah agak dewasa. Nama beliau selepas memeluk Islam adalah ‘Abd Allah bin al-Muqaffa’. Dari situlah lekat gelar Ibn al-Muqaffa’ kepadanya sehinggalah beliau lebih terkenal dengan nama itu. Nama asalnya adalah Rozbih pur-i Dadoe.

Banyak karya yang pernah dihasilkan oleh beliau, antaranya penterjemahan karya klasik Panchatantra kepada Kalilah wa-Dimnah. Pada penghujung kekuasaan Bani Umayyah (745-750M), beliau telah menterjemah Khudai Nama (Khvatay-namak) dari bahasa Parsi ke bahasa Arab.

Karya ini menceritakan mengenai sejarah raja-raja Parsi pra-Islam, dan turut memuatkan unsur mitos dan semi-sejarah.

Antara kesan penterjemahan karya ini terhadap aliran historiografi Islam, adalah kemasukan unsur-unsur semi-sejarah dan mitos tersebut ke dalam karya-karya sejarah Islam yang terkemudian, akibat pengaruh aliran historiografi Parsi.

Pembukaan Khudai Nama berisi pelbagai legenda dan bab terakhirnya mengenai Dinasti Sasanid, berunsur retorik.

Malangnya, Ibn al-Muqaffa’ meninggal pada usia yang masih muda, akibat menjadi mangsa kepada pergolakan politik dalaman. Beliau dihukum bunuh oleh Khalifah al-Mansur pada zaman kerajaan Abbasiyah.

RUJUKAN

  1. Encyclopedia Britannica.
  2. Encyclopedia of Islam. Vol. III. Ibn al-Muqaffa’.
  3. Kechichian, Joseph A. (2013). Abdullah Ibn al-Muqaffa’. Accessed 20 Dec 2016 (http://gulfnews.com/life-style/general/abdullah-ibn-al-muqaffa-words-of-wisdom-for-the-kings-1.1244087)
  4. Kalila wa-Dimna. Accessed 20 Dec 2016 (http://muslimheritage.com/article/kalila-wa-dimna)

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com