Tip Jurnal Undang-undang
Bagi pelajar undang-undang, kes-kes perundangan dan artikel yang terdapat dalam jurnal undang-undang penting untuk dirujuk.
Biasanya judul jurnal-jurnal ini diberikan dalam bentuk singkatan dalam nota kaki.
Contoh singkatan bagi jurnal-jurnal di Malaysia antaranya AMR untuk All Malaysia Report; CLJ untuk Current Law Journal; J.Mal.& Comp.L., JMCL, atau Jur Undang-Undang untuk Journal of Malaysian and Comparative Law.
Cardiff Index to Legal Abbreviation adalah alat bantu yang penting apabila pelajar undang-undang mahu mendapatkan judul penuh jurnal-jurnal ini.
Dengan judul penuh, jurnal ini mudah dicari di perpustakaan.