Setiap Perempuan Adalah Engkau, Hypatia

photo(1)

Rezeki puisi April, alhamdulillah.

Puisi ini adalah hasil sampingan ketika menelaah sejarah Perpustakaan Iskandariah yang diabadikan dalam pelbagai media. Dari telaah itu, saya bertemu dengan filem Agora yang menyorot kehidupan Hypatia di ambang berkembangnya Kristianiti di dunia timur.

Pertembungan agama Kristian dan sains Greek menyebabkan Hypatia, seorang sarjana wanita Greek yang terkenal, dihukum kejam akibat kekeliruan besar terhadap sains ‘anutannya’.

Persoalannya, perlukah sejarah manusia melalui detik demikian; dikotomi sains-agama sampai mengorbankan ilmuwan yang menikmati akalnya? Sama sekali tidak, jika kita mengerti di mana tempat yang sebenar bagi wahyu dan di mana pula tempat untuk akal. Seperti kata hikmah, wahyu itu matahari dan akal itu mata.

Keupayaan meletakkan sesuatu pada tempatnya inilah yang ingin dicapai melalui ta’dib, seperti yang diperkenalkan di kuliah WISE berdasarkan perenungan filsuf besar Islam, Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas (semoga Allah merahmatinya).

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com