Middle East Librarians Association (MELA)

photo(1)

MELA adalah sebuah persatuan bermotifkan pendidikan, bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara pustakawan dalam bidang berkaitan Timur Tengah, melalui jalan perbincangan dan penerbitan. Ia ditubuhkan sejak tahun 1970 lagi di Amerika Syarikat.

Mana-mana pustakawan yang terlibat menguruskan koleksi berkaitan Timur Tengah sangat dialu-alukan untuk menjadi ahli persatuan ini. Malah orang perseorangan yang berminat dengan koleksi sebegini juga boleh menjadi ahli. Timur Tengah dalam konteks ini merujuk kepada kawasan yang merentas dari Moroko ke Pakistan, serta lain-lain negara yang pernah berada di bawah pemerintahan empayar Arab-Islam, termasuk empayar Uthmaniyah.

Melalui MELA, para pustakawan dapat bertukar pandangan mengenai koleksi di tempat bertugas masing-masing, sama ada dalam hal pemilihan bahan, perolehan, pengkatalogan, pengindeksan, penyelidikan dan lain-lain. Banyak panduan disediakan di laman web MELA termasuk persediaan untuk mengkatalog bahan-bahan berbahasa Arab, Parsi dan Urdu.

Selain menyediakan sumber meningkatkan profesionalisme ahlinya, MELA juga memberi langganan automatik kepada ahli berdaftar berupa penerbitan tahunan MELA Notes.

Bagi pustakawan di Malaysia yang terlibat menguruskan koleksi Islam, banyak manfaat yang dapat diraih dengan menjadi ahli MELA. Cara gerak kerja serta kesatuan mereka dalam menguruskan koleksi secara berpusat terutamanya dapat dijadikan contoh. Apatah lagi Malaysia mempunyai beberapa buah universiti awam dan swasta yang memiliki koleksi Islam atau Timur Tengah yang boleh dibanggakan.

Summary
Libraries, Perpustakaan
Service Type
Libraries, Perpustakaan
Provider Name
Middle Eastern Librarians Association,
Area
Middle Eastern, Timur Tengah
Description
MELA adalah sebuah persatuan bermotifkan pendidikan, bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara pustakawan dalam bidang berkaitan Timur Tengah, melalui jalan perbincangan dan penerbitan. Ia ditubuhkan sejak tahun 1970 lagi di Amerika Syarikat.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com