Jom Sertai Maraton Tahunan GRMY

Aktiviti tahunan Goodreads Malaysia (GRMY) sejak 2008 adalah Maraton Membaca di kalangan ahli. Alhamdulillah tahun ini ia masuk tahun ke-9.

Tujuan maraton ini diadakan adalah untuk:

1. Berkongsi bahan bacaan menarik dengan rakan-rakan pembaca di Malaysia
2. Meningkatkan semangat untuk menamatkan target bacaan peribadi
3. Memperluas rangkaian persahabatan dengan rakan-rakan buku; dan
4. Menghidupkan budaya membaca di tanahair.

Walaupun maraton ini kelihatan lebih mementingkan jumlah buku yang dibaca, bagi para penganjur, ia bukanlah misi utama.

Angka hanyalah hiasan semata-mata. Pembacaan adalah satu aktiviti yang jauh lebih kompleks daripada itu.

Fungsi GRMY di peringkat ini adalah untuk menghidupkan budaya membaca, manakala perbahasan mengenai kualiti buku adalah satu topik perbincangan lain yang lebih serius.

Maka dengan segala rendah hati, saya menjemput rakan-rakan pembaca lain bergabung di Maraton Membaca GRMY untuk 2016.

Berikut panduan bagaimana boleh menyertainya (selepas berdaftar sebagai pengguna Goodreads).

1. Pertama sekali anda perlu sertai Goodreads Malaysia.

2. Kemudian buka topik baharu dalam folder Maraton Malaysia Membaca 2016.

Klik 'New Topic'

Klik ‘New Topic’

Capture2

1. Tajuk topik bebas mengikut kehendak peserta. 2. Intro sedikit menurut citarasa sendiri 3. Kemudian tekan ‘Post’.

3. Sentiasa ‘update’ maklumat penting buku yang sudah dibaca dalam topik anda, seperti judul dan pengarangnya (kalau mahu tambah ulasan ringkas pun boleh juga)

Capture3

Contoh topik salah seorang ahli yang menyertai Maraton Membaca 2016 – isinya maklumat pembacaan tahun 2016

4. Sentiasa mengikut perkembangan maraton membaca ahli lain dan saling memberi semangat serta komentar berguna kepada rakan (bak kata Nazmi salah seorang moderator GRMY, ‘jadikan pengalaman membaca juga pengalaman sosial bersama’).

Capture

Kawan-kawan buku tolong ‘up’ semangat. Boleh tanya tips kuat membaca juga 🙂

Tak payah tunggu-tunggu lagi, jom maraton buku dengan kami di GRMY 🙂

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com