Advencer Pembacaan Digital

Screen Shot 2016-03-27 at 12.26.37 AMSeorang kenalan buku di Facebook pada 10 Mac baru-baru ini menghangatkan kembali semangat saya untuk membaca secara digital. Dia telah memperkenalkan saya dengan Calibre.

Sebelum ini saya pernah mencuba Calibre; waktu itu Calibre masih dalam peringkat awal pembangunannya. Saya pun sudah lupa tahun berapa. Barangkali sebelum 2010 lagi. Interface Calibre ketika itu saya ingat tidak sebaik sekarang dan tidak ada cara yang mudah untuk memasukkan kaver buku melainkan saya perlu belajar XML.

Sebelum mengenali Calibre yang sekarang ini, saya berasa tidak cukup puas membaca secara digital kerana perlu menggunakan app ebook yang berbeza untuk ebook yang dibeli dari penyedia bahan digital berlainan, seperti Google Play, Kobo dan lain-lain.

Bayangkan mempunyai beberapa buah librari yang berbeza tanpa dapat menyusunnya mengikut cara yang kita suka. Leceh. Berasa tidak sempurna bagi seorang pustakawan yang biasa menyusun buku menurut tertib yang berautoriti :D.

Kini dengan Calibre, saya boleh menghimpun kesemua ebook dari pelbagai penyedia bahan digital ini dalam satu tempat sahaja.

Kelebihan lain pada Calibre adalah ia boleh diselaraskan dengan Dropbox. Ia juga boleh membuang DRM ebook yang saya beli di Google Play dan Kobo dengan menggunakan plugin yang telah dibina oleh para peminat Calibre. Mudah. Tidak banyak kerenah. Sekali setup alhamdulillah lepas.

Walaupun sekarang baru sempat mengisi 35 buah ebook ke dalam Calibre, saya tahu saya akan menjadi pengumpul setia ebook selepas ini. Calibre memang mengubah lanskap pembacaan digital saya menjadi lebih asyik.

Menyusuri semula advencer pembacaan digital peribadi menggunakan app ebook dan gajet, saya bermula sudah agak lewat. Kronologinya secara ringkas:

2011 – Membeli Nook (sekarang sudah rosak!)

2 Julai 2011 – Membeli ebook pertama di Kobobooks

15 Januari 2015 – Mula membeli ebook melalui Google Play

2015 – Mac 2016 – Menggunakan pelbagai app ebook seperti Google Play, iBook, PNM e-Reader, Kobo dan Dropbox untuk membaca di smartfon dan PC.

12 Mac 2016 – Mula menggunakan Calibre.

24 Mac 2016 – Memutuskan untuk menggunakan Marvin sahaja di smartfon untuk membaca epub (yang dihubungkan dengan Calibre) dan iBook sahaja untuk membaca pdf.

Mungkin selepas ini selain menulis lagi tentang keistimewaan Calibre, saya akan kongsikan juga kenapa Marvin yang dipilih sebagai app untuk membaca epub di smartfon.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. Norziati says:

    Saya masih belum mampu membaca dengan baik buku-buku menerusi paparan skrin. Masih rasa tak betul-betul seorang pembaca buku tanpa memegang buku di tangan. Sedangkan membuat kerja pejabat, membaca bahan rujukan (menerusi website/blog) atau apa-apa yang terpapar di skrin bukanlah satu masalah, tetapi bila melibatkan buku, fikiran akan segera memancarkan wajah buku, bukannya buku pada skrin. Bagaimana boleh saya buang stigma ini? Ada tips?

    • Najibah says:

      Dulu saya pun mengalami hal sama, malah berasa sebagai pembelot kerana tak setia dengan buku bercetak. Tapi tuntutan kerjaya menghalakan saya kepada ‘digital reading’, sebab pustakawan perlu sentiasa peka dengan perubahan terkini teknologi yang dapat membantu capaian informasi. Selain tu, saya memang peminat IT dan gajet. Kemudian ada waktu mahu membaca malam dengan anak yang tak boleh tidur dalam cahaya, di situ ‘digital reading’ sangat2 membantu. Jadi dalam kes Norziati, tekanan luar mungkin belum cukup kuat untuk memaksa diri beralih ke ‘digital reading’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com