Rumah Berhala Diana, Ephesus
Laale menceritakan dalam karyanya yang berjudul Ephesus (Ephesos), Rumah Berhala Diana di Ephesus pada zaman Greek dan Rom (kini di wilayah Anatolia, Turki) menyimpan pelbagai karya seni dan buku-buku yang bernilai; selain menjadi tempat keagamaan, ia turut berfungsi sebagai arkib atau perpustakaan. Menurut Tatian dari Assyria (120-180 M), ahli falsafah berbangsa Ephesus bernama Heraclitus (535-475 SM) telah menyerahkan karyanya On Nature ke rumah berhala ini, di mana Euripides (480-406 SM) membaca dan menghafalnya.
Susan Finley, Celsus Library of Ephesus
Libri, 64(3)