Arabic Collections Online (ACO)

Screen Shot ACOSebuah koleksi digital dalam talian dinamakan Arabic Collections Online (ACO) telah dibiayai oleh New York University of Abu Dhabi, menghimpunkan karya klasik Islam yang berada di domain awam atau tidak lagi terikat dengan hak cipta.

ACO mensasarkan sehingga 15,000 bahan, hasil kerjasama dengan lima buah institusi besar seperti American University of Beirut, Columbia University, Cornell University, New York University dan Princeton University.

Bahan yang didigitkan terdiri daripada pelbagai bidang, termasuk sastera, sains dan perdagangan.

Koleksi ini boleh diakses di URL berikut: http://dlib.nyu.edu/aco/

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com