Tuah Jebat di Petronas
Buku ini pertama kali saya sedar kewujudannya ketika menjawat jawatan kontrak di Perpustakaan Desa di kampung halaman.
Saya menyukainya pandang pertama (mungkin disebabkan tajuk yang menyentuh jati diri Melayu) dan tidak sia-sia apabila isinya meninggalkan kesan nostalgia mengenai organisasi perkasa ini, yang dianggap sebagai ‘lombong emas’ negara.
Turut mengandungi foto-foto terawal ketika Petronas mula dirintis, buku ini pasti mengusik semangat patriotik dengan kesungguhan sekumpulan anak Malaysia berhadapan dengan kerenah syarikat minyak antarabangsa sebelum berjaya mengambil alih hak cari gali minyak negara.
Pengarangnya adalah akauntan kanan sewaktu Petronas mula diwujudkan. Sebagai dua orang terawal yang berkhidmat di Petronas pada November 1974, banyak kisah mengenai Petronas berada dalam kocek beliau. Ketika buku ini ditulis, beliau telah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Naib Presiden Kanan Petronas.
Sukar diperoleh di pasaran biasa, buku edisi khas ini boleh dibeli melalui Tuan Razmahwata, seorang jurutera minyak dan gas, lengkap dengan tandatangan pengarangnya: jemput lihat di sini.
Salam. Tuan jumpa buku ni di Perpustakaan Desa Kertih ke?
Tuan Razmahwata,
Saya waktu tu di PD Labok, Machang, Kelantan.
Saya rasa seluruh PD yang serentak naik waktu Tan Sri Utama Rais Yatim pegang KeKKWa dulu, dapat judul2 yang lebih kurang sama, paling tidak di Kelantan. Mungkin di PD lain seluruh Kelantan buku ni ada.