Kapsul Nurani & buku mengenai buku

10155637_10202106294125894_6871574250219602325_nKapsul Nurani? Ibarat ‘goreng pisang’ panas. Sesuai pada musim hujan. Buku mengenai buku. Buku yang menyarankan buku. 50 penulis berhimpun dalam satu. 50 inspirasi sekali beli. Buku ini boleh dibeli daripada saya. Mohon hubungi saya melalui borang ini sekiranya berminat 🙂

Nur Dhuha seorang kenalan Facebook telah membeli buku ini daripada saya semalam, sambil bertanya lanjut:

Adakah buku lain tentang buku dan baca yang boleh [Najibah] cadangkan kepada saya?

Buku-buku lain yang saya sarankan kepada beliau, mungkin berguna juga kepada para pemburu buku yang lain. Kesemua dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Pengarang Buku Mengenai Buku
Shaharom TM Sulaiman 1. Keanehan dan Keunggulan Buku
2. Ada Apa Dengan Buku?
3. Buku Kekasih
4. Biblioholisme
5. Pesona Buku
6. Pesona Pencinta Buku
SN Mohd Anwar Ridhwan 7. Penerbitan Buku dalam Bahasa Melayu
Roosfa Hashim 8. Bukuku Kubuku: Sebuah Wacana Perbukuan dan Penerbitan
9. Menulis Ulasan Buku untuk Akhbar Majalah dan Jurnal Ilmiah
Sidin Md. Ishak 10. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia
11. Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu 1807-1960
Buku/Terjemahan Indonesia 12. Musyawarah Buku oleh Khaled Abou El-Fadl
13. Penghancuran Buku dari Masa ke Masa oleh Fernando Báez
14. The Great Bait al-Hikmah: Kontribusi Islam dalam Peradaban Barat oleh Jonathan Lyons
15. The Art of Reading oleh Agus Setiawan
16. BacaKilat oleh Agus Setiawan

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. Menarik, bukan sahaja mencadangkan Kapsul Nurani bahkan buku-buku lain yang berkaitan buku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com