Buku ‘sukar didapati’ dan buku ‘nadir/langka’

1251320Dari buku Modern Book Collecting (1980) oleh Robert A. Wilson:

Kedua-dua istilah ‘sukar didapati’ (scarce) dan ‘nadir/langka’ (rare) selalu digunakan saling berganti di dalam katalog penjual buku bekas. Bagaimanapun, kebanyakan pengumpul buku dan penjual sepakat bahawa ‘sukar didapati’ bermakna sesebuah buku itu susah untuk ditemui dalam pasaran sekarang atau dalam waktu terdekat. Tetapi buku itu akan muncul juga dalam tempoh munasabah. Berbeza dengan buku ‘nadir’, ada kemungkinan ia sukar ditemui bertahun-tahun, malah menjangkau dekad.

Harus diperhatikan, untuk menjadikan sesebuah buku itu ‘sukar didapati’ atau ‘nadir’, pertama sekali jumlah cetaknya mestilah kecil. Jumlah cetak kecil bererti paling banyak pun sekitar ribuan naskhah, tak lebih daripada itu. Malah mungkin jauh lebih kecil. Kedua, buku ‘sukar didapati’ atau ‘nadir’ selalunya adalah buku edisi pertama, atau edisi yang mempunyai keistimewaan lain yang menaikkan nilainya (boleh jadi ada tandatangan pengarang; ilustrasi oleh pelukis terkenal – lukisan asli / litograf – atau cara jilidnya cermat dan istimewa)

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com