Bagaimana Menjadi ‘Goodreads Author’

Profil Shahnon Ahmad

Profil Sasterawan Negara Shahnon Ahmad di Goodreads

Jadual di bawah menerangkan bagaimana pengarang boleh mendaftar sebagai ‘Goodreads Author’

Perkara Penjelasan
Apa itu Goodreads? Goodreads di http://www.goodreads.com adalah satu media sosial yang ada 'timeline' seperti Facebook tetapi berkisar mengenai buku-buku.
Kegunaan Goodreads Di Goodreads anda boleh mendaftar diri sebagai ahli pembaca atau pengarang. Selepas mendaftar diri sebagai ahli anda boleh masukkan data buku yang pernah dibaca atau dimiliki. Anda boleh cari kawan-kawan buku dan lihat apa yang mereka baca. Anda juga boleh membuka kelab buku sendiri dalam ruang forum yang disediakan.
Pengarang sebagai ahli Goodreads Ramai pengarang Malaysia yang sudah menjadi ahli Goodreads. Melalui Goodreads pengarang boleh melihat prestasi dan rating buku-buku karangan mereka. Tetapi bukan semua pengarang yang mendaftar sebagai ahli Goodreads secara automatik menjadi 'Goodreads Author' atau Pengarang Diiktiraf.
Pengarang Diiktiraf di Goodreads Pengarang Diiktiraf di Goodreads @ 'Goodreads Author' adalah pengarang yang telah menuntut profil pengarang masing-masing daripada pihak Goodreads.
Bagaimana menjadi Pengarang Diiktiraf Pengarang mesti mencari profil pengarang masing-masing terlebih dahulu. Kemudian skrol ke bawah sekali untuk mencari pautan bagi menuntut profil itu.
Klik di atas pautan 'Let us know'. Akan keluar satu kotak kecil untuk membuat permohonan. Nyatakan bahawa andalah pengarang itu. Selalunya dalam masa sehari atau dua hari pengarang akan dihubungi mengenai tuntutan yang telah berjaya melalui emel.
Klik atas imej supaya lebih jelas:pautan menuntut profil pengarang.
Manfaat Sebagai Pengarang Diiktiraf 1. Dapat memantau perkembangan prestasi buku sendiri berdasar reviu dan rating pembaca.
2. Dapat membuat promosi yang lebih teratur termasuk memberi buku percuma untuk direviu.
3. Dapat mengemas kini biodata peribadi sendiri dan berhubung secara langsung dengan pembaca.
4. Dapat memautkan blog atau video berkaitan ke profil masing-masing.
5. Dapat mengumpulkan para peminat untuk sebarang aktiviti berkaitan buku masing-masing.
6. Dapat melihat topik-topik diskusi oleh para pembaca mengenai buku pengarang.
Kelab Goodreads Malaysia (GRMY) Dalam Goodreads sekarang ada satu kelab buku peringkat nasional dengan ahli sejumlah 2038 orang. Hampir semua ada perpustakaan peribadi masing-masing. Jika para pengarang aktif di Goodreads buku-buku anda juga akan mendapat pendedahan meluas di kalangan para pembaca tegar tanah air.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

2 Responses

  1. asiah says:

    macam mana nak claim? dia ada isi satu form tu kan?apa yang patut isi?
    -Email address of your most recent publisher or agent.
    -If self-published, indicate “Self-Published Author.”
    -If some titles listed are not yours, please list each book that is not yours. Alternatively, join the Goodreads Librarians Group and provide them with a link and the necessary information for separating the incorrect titles.

    apa patut diisi?

    • Najibah says:

      Cik Puan Asiah yang dihormati,

      Mohon maaf kerana lambat membalas pertanyaan ini.

      Pada bahagian emel penerbit terkini (email address of recent publisher), Cik Puan boleh mohon izin dari pihak penerbit untuk gunakan mana-mana emel penerbit yang menerbitkan buku Cik Puan. Katakan sebuah buku Cik Puan baru terbit awal 2015 oleh penerbit A dan sebuah lagi pada Jun 2015 oleh penerbit B, pilih alamat emel penerbit yang menerbitkan buku Jun (penerbit terkini).

      Self-published pula perlu ditanda oleh mereka yang menerbitkan buku sendiri, tidak melalui penerbit komersil.

      Permintaan supaya menyenaraikan ‘some titles listed are not yours’, adalah untuk mengelakkan pertindanan dua orang penulis berbeza dalam sistem Goodreads. Ini selalu berlaku di luar negara – saya rasa dunia kepengarangan Melayu kita belum cukup tepu hingga ada dua penulis berbeza dengan nama yang sama. Tetapi kalau ada, boleh semak buku-buku yang ada dalam senarai di bawah nama Cik Puan, betulkah semua buku itu ditulis oleh Cik Puan, atau tersilap masuk buku penulis lain juga.

      Harap ini dapat membantu Cik Puan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com