TG Nik Aziz & budaya baca di Malaysia

Wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN bersama jurugambar, ROSNI MASRI menjejaki Tuan Guru Nik Aziz yang menyambut ulang tahun ke 83 pada 10 Januari lalu. Antara soalan yang ditanyakan adalah mengenai cara Tuan Guru mengisi masa lapang.

Bagaimana Tok Guru mengisi masa lapang jika tidak sibuk dengan tugas hakiki?

NIK AZIZ: Saya membaca. Buku saya banyak. Malah, rakan-rakan yang duduk luar negara pun turut kirim macam-macam buku. Masa saya di luar negara, contohnya Kaherah, saya tengok rakyat di sana gemar membaca. Dalam masjid pun orang bawa akhbar. Berbeza dengan orang Melayu, pemalas. Kesedaran untuk membaca tiada. Kita tidak dididik untuk membaca. Anak-anak kecil contohnya, sibuk dengan Internet. Tak pasti salah siapa, ibu bapa atau kementerian, wallahuallam.

Waktu saya mula-mula balik ke Tanah Melayu dulu, kad pengenalan saya hilang di India, jadi saya pergi buat yang baharu, ketika itu di Pejabat Tanah.

Sementara menunggu, saya membaca. Datang seorang rakan, tegur dan kata membaca buat apa? Patut dia bagi semangat, tapi dia perlekeh pula. Masya-Allah, berbeza benar pemikiran kita dengan orang luar. Wartawan sekarang ini, saya fikir perlu buat artikel-artikel yang boleh menimbulkan semangat untuk orang ramai membaca, tidak kiralah macam mana, Internet, Twitter atau Facebook.

Saya juga mengikuti perkembangan semasa menerusi surat khabar, Internet dan lain-lain. Kalau Internet, selalunya anak cuculah. Tak boleh banyak sangat tengok Internet, jadi khayal sampai habis masa saya. Terbongkok-bongkok duduk tengok Internet, bahaya.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com