Kaedah Islam memujuk introvert dan ekstrovert?

Introvert's Way

Kata buku ini;

Introverts also don’t want to socialize every day. Every social interaction drains a little bit of energy, and after a few consecutive days of socializing, we need to shut down.

 

Kata buku ini;

 There’s nothing wrong with declining to join every party, deciding not to talk to everyone who crosses your path, choosing quality over quantity in your relationships.

 

Kejadian setiap kita, sama ada introvert atau ekstrovert, sudah tentu punya kelebihan masing-masing di sisi Allah.

Namun buku ini membuat saya teringat kepada beberapa hadith yang saya rasa dapat memberi semangat dan kekuatan kepada introvert, supaya tidak terlalu ekstrim dengan arus introversi.

Dalam Jami’ al-Tirmidhi:

hadith senyum

Apabila seorang introvert berasa tidak bersemangat untuk menemui orang ramai kerana tabiat semulajadinya demikian, hadith Rasulullah s.a.w. ini akan tetap memberinya semangat untuk menyantuni saudara seIslam dengan senyuman dan membantu mereka dengan mengisi air ke dalam bekas mereka.

Sahih al-Bukhari dan Muslim:

hadith haq muslim

Ketika seorang introvert dikuasai rasa malas untuk memenuhi jemputan atau mengunjungi sesiapa, dia akan menguatkan diri dengan ingatan mengenai hak-hak Muslim yang perlu dipenuhi.

Bagaimana pula dengan ekstrovert? Mereka memang suka bersosial, menjadi penceria suasana dan meraih perhatian dengan kebijakan mereka berinteraksi.

Malah mengikut ilmu psikologi, suasana sosial itulah yang memberi mereka lebih tenaga berbanding introvert yang akan cepat keletihan dan berasa terasing berdepan orang ramai.

Namun kepetahan ekstrovert yang ekstrim adakala juga boleh membawa kesan negatif kepada diri sendiri. Maka di sini mungkin hadith berikut pula dapat menjadi pengingat:

Dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim:

hadith yaqulkhairanSekiranya seorang ekstrovert telah melangkaui batasan adab dalam berbicara, maka hadith ini mempunyai daya pujuk yang tinggi supaya mereka mengawal batas.

Saya kira di sinilah terpancar keindahan Islam, tidak kira kita berpersonaliti introvert atau ekstrovert, kita tidak akan terjerumus ke dalam sikap melampau melayani emosi dan tabiat diri. Keseimbangan pun tercapai dengan indahnya dalam masyarakat.

Menanti pandangan pembaca introvert dan ekstrovert lain di sini.

 

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

1 Response

  1. Bw says:

    Assalamu’alaikum, tolong hadits2 nya ditulis dengan arti bhs indonesia nya. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com