Marcel Khalife & Mahmoud Darwish

20131101-145404.jpg

Jika ada peminat lagu puisi dan muzik opera di luar sana, saya sarankan album ini sebagai halwa telinga.

Album ini merupakan kolaborasi antara seorang pemuzik ulung Lubnan dan seorang pemuisi Palestin.

Marcel Khalife adalah seorang komposer yang telah mendapat gelar Artis Keamanan daripada UNESCO. Beliau juga mendapat Anugerah Muzik Palestin hasil karya- karya muzik yang mengangkat puisi Mahmoud Darwish.

Mahmoud Darwish telah dianggap sebagai pemuisi kebangsaan Palestin kerana puisi-puisi yang menceritakan mengenai Nakbah. Beliau berusia 7 tahun apabila keluarganya diusir keluar daripada kampung halamannya di Birwa, Palestin.

Lagu-lagu dalam album ini hanya bersumber sebuah puisi sahaja. Judul puisi Mahmoud Darwish itu adalah Ahmad al-Za’tar. Puisi-puisi Mahmoud Darwish dalam bahasa Arab boleh dibaca di laman ini.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com