Tanyalah Pustakawan – Malaysia

Para pustakawan Malaysia telah melakukan inisiatif bersama sebagai sebahagian daripada khidmat komuniti melalui laman Facebook terbaru iaitu Tanyalah Pustakawan – Malaysia. Laman ini boleh dicapai oleh para pengguna Facebook di sini.

Laman Facebook Tanyalah Pustakawan yang disediakan oleh pustakawan Malaysia.

Laman Facebook Tanyalah Pustakawan yang disediakan oleh pustakawan Malaysia.

Selain daripada menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh para pengguna, laman ini juga berkongsi tips mengenai dunia maklumat serta mengemukakan isu-isu segar dan terkini berkaitan maklumat.

Semoga dengan adanya laman ini, para pustakawan tidak kira dari bahagian rujukan / referensi mahupun dari bahagian-bahagian lain, dapat menajamkan lagi kemahiran maklumat masing-masing dan sentiasa bersiap-siaga berdepan dengan arus maklumat yang sentiasa merempuh bagaikan tsunami berterusan.

Mohon sokongan dari semua juga, agar kita sama-sama beroleh manfaat dari laman Facebook ini, terutama apabila berdepan dengan isu-isu berkaitan dunia maklumat.

Selamat bertanya, dan kalau tuan/puan ada jawapannya, tetap dialu-alukan berkongsi dengan para pengguna yang lain.

Add Comment Register

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>