Perpustakaan Digital PNM

 

Sumber elektronik terkini dari Perpustakaan Negara Malaysia

Sumber elektronik terkini dari Perpustakaan Negara Malaysia

Bagi sesiapa yang belum berkesempatan untuk meneroka khidmat digital yang disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, boleh berbuat demikian melalui pautan ini: PNM Digital.

PNM melanggan beberapa pangkalan data (database) terkenal seperti Emerald, EBSCOHost, World e-Book Library, Credo Reference, eBrary dan Britannica.Terdapat juga langganan majalah antarabangsa yang disediakan oleh Zinio. Bagi yang berminat untuk meminjam e-buku, platform pinjaman dalam talian melalui Overdrive juga ada.

Yang lebih istimewa tentunya koleksi Malaysiana yang boleh dicapai dalam talian terdiri daripada manuskrip, buku nadir, terbitan PNM, koleksi peribadi, koleksi artikel akhbar, artikel jurnal, kertas persidangan dan terbitan kerajaan. Begitu juga e-suratkhabar, e-jurnal dan e-majalah. Arkib surat khabar tempatan boleh dicapai melalui BLIS (Bernama).

Pendaftarannya begitu mudah, hanya dengan mengisi borang yang ringkas dan mendapat kata laluan yang akan dikirim ke emel. Kata laluan boleh ditukar kemudian untuk memudahkan akses.

Usaha PNM ini sangat dialu-alukan dengan aliran pembacaan yang semakin beralih kepada digital, seiring dengan usaha komersil lain seperti eSentral, eMall (Karangkraf) dan PTS Digital.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

4 Responses

  1. Snuze says:

    Wah! Hebatnya! Ini perlu saya terokai!

  2. Mantap! Terima kasih perkongsian 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com