Ciri-ciri khusus kitab Arab klasik

Peralihan manuskrip Arab ke bentuk bercetak telah mengekalkan beberapa ciri manuskrip, seperti yang dapat dilihat dalam beberapa keping foto di bawah.

Dalam foto pertama dan kedua adalah kitab Mukhtasar tazkirah al-Imam al-Suwaydi fi al-tib li-al-Imam al-Sha’rani, yang menunjukkan margin kitab (hamish) dimuatkan dengan sebuah kitab lain, iaitu Tazkirah al-Shaykh Ahmad al-Qalyubi fi al-tib.

Kitab Mukhtasar Tazkirah al-Imam al-Suwaydi fi al-tib

Kitab Mukhtasar Tazkirah al-Imam al-Suwaydi fi al-tib li-al-Imam al-Sha’rani

Margin kitab berisi sebuah kitab lagi, Tazkirah al-Shaykh Ahmad al-Qalyubi fi al-tib

Margin kitab berisi sebuah kitab lagi, Tazkirah al-Shaykh Ahmad al-Qalyubi fi al-tib

Foto ketiga, keempat dan kelima di bawah pula, menunjukkan kitab Akhbar al-nisa’ karangan Ibn Qayyim al-Jawziyah, di mana perkataan yang akan menyambung kisah pada halaman kanan ke halaman bertentangan akan dicatat pada margin bawah.

Kitab Akhbar al-nisa' karangan Ibn Qayyim al-Jawziyah.

Kitab Akhbar al-nisa’ karangan Ibn Qayyim al-Jawziyah.

Pada margin bawah, dicatat perkataan 'ma', yang menyambung kisah pada halaman seterusnya.

Pada margin bawah, dicatat perkataan ‘ma’, yang menyambung kisah pada halaman seterusnya.

Perkataan 'dirham' dicatat di margin bawah, sambungan kepada kisah pada halaman sebelumnya.

Perkataan ‘dirham’ dicatat di margin bawah, menyambung kisah halaman kanan ke halaman seterusnya.

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

3 Responses

  1. Ini bermakna (foto 1 dan 2), terdapat 2 kitab dengan 2 pengarang yang membicarakan perkara yang sama dalam 1 kitab, ciri menarik!

    Foto ke 3, 4 dan 5 ada terdapat juga dalam manuskrip lama Melayu… Terima kasih perkongsian ini 🙂

    • Najibah says:

      Terima kasih juga kerana kongsikan info mengenai ciri sama terdapat pada manuskrip Melayu. Mungkin teknik itu diambil dari kitab Arab juga yang dirujuk oleh pengarang2 manuskrip tersebut.

      Dan saya masih tertanya-tanya apa sebab margin buku diisi dengan sebuah kitab lain. Mengikut tok guru saya di tempat kerja, tujuannya untuk menjimatkan kertas, kerana ketika itu kertas masih belum dihasilkan secara perkilangan seperti sekarang (?).

  2. Maksud saya ciri yang sama (bagi foto 3,4,5).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com